>

HAK-HAK LAIN TERHADAP HARTA PUSAKA ORANG ISLAM

hakta pusaka orang islam dan pembahagian harta pusaka

HAK-HAK LAIN KEATAS HARTA PUSAKA SEBELUM IANYA DIFARAIDKAN

1. Sebelum suatu harta pusaka itu di bahagi-bahagikan kepada waris-waris, terdapat hak-hak lain keatas harta pusaka tersebut yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Apakah maksudnya? Apakah hak-hak lain yang dimaksudkan? Apakah tertib penyelesaiannya?

2. Mengikut pendapat sarjana islam, apabila terdapat sesuatu tuntutan keatas harta pusaka orang islam dan ianya ditadbirkan mengikut hukum syarak, maka terdapat hak-hak lain yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. 

3. Apa maksudnya? Maksudnya, sebelum harta pusaka tersebut boleh dibahagi-bahagikan kepada waris-waris mengikut hukum dan prosedur perundangan yang sesuai, sesuatu amaun daripada harta pusaka tersebut hendaklah diketepikan bagi maksud menyelesaikan hak-hak lain ini.

4. Apakah hak-hak lain yang dimaksudkan? Para ulama telah menyatakan bahawa terdapat empat hak-hak lain yang perlu diselesaikan mengikut tertib. Hak-hak lain itu adalah:

i. Hak-hak yang bergantung kepada harta;

ii. Pembiayaan pengurusan jenazah;

iii. Hutang yang belum dilunaskan; 

iv. Wasiat.

harta pusaka faraid

i) HAK HAK YANG BERGANTUNG KEPADA HARTA

5. Hak-hak yang bergantung kepada harta ini bermaksud hak-hak yang perlu ditunaikan keatas harta itu sendiri. Hak ini termasuklah zakat yang belum ditunaikan; harta sepencarian, wakaf atau nazar, hibah atau barang-barang gadaian yang belum ditebus.

6. Bahagian yang perlu diketepikan adalah mengikut kadar yang telah ditentukan atau harta-harta khusus yang telah dinyatakan.

ii) PEMBIAYAAN PENGURUSAN JENAZAH

7.  Sebahagian daripada harta pusaka tersebut juga perlu diketepikan untuk kos pembiayaan pengurusan jenazah si Mati.

8. Amaun kos pengurusan adalah tidak tetap dan mungkin akan berbeza dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Secara lazimnya kos pembiayaan ini boleh berjumlah daripada RM1,000 ke RM5,000 bergantung kepada kawasan. 

iii) HUTANG YANG BELUM DILUNASKAN

9. Sekiranya si Mati ada berhutang dan hutang tersebut masih belum dilunaskan atau dibayar, maka sebahagian harta pusaka tersebut juga perlu diketepikan bagi tujuan untuk membayar hutang-hutang si Mati.

10. Ini juga termasuk hutang menunaikan fardhu haji sekiranya semasa hayat si Mati, beliau masih belum sempat menunaikannya walaupun beliau telah memenuhi syarat-syaratnya.

iv) WASIAT

11. Sekiranya si Mati ada meninggalkan wasiat maka 1/3 daripada harta pusaka tersebut hendaklah diketepikan bagi maksud untuk menunaikan wasiat tersebut.

KESIMPULAN

12. Daripada penerangan di atas kita akan fahami bahawa sebelum sesuatu harta pusaka itu dibahagi-bahagikan, hak-hak lain diatas hendaklah diselesaikan dan diputuskan terlebih dahulu, mengikut tertib dan aturan yang ditetapkan.

13. Lazimnya hak-hak lain ini akan turut disenaraikan di dalam senarai aset dan liabiliti semasa permohonan suratcara kuasa mentadbir di failkan di Mahkamah.

harta pusaka


Hubungi kami di 0129797494 atau menerusi email di norhafeezlaw@gmail.com atau menerusi kotak pertanyaan untuk sebarang maklumat lanjut.


0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.