TANYA AI.RA
NAVIGASI WEB NORHAFEEZLAW.COM DENGAN
AI.RA
(Artificial Intelligence Reference Assistant)
Pengguna dinasihatkan supaya mengemukakan soalan yang terhad kepada penerangan atau penjelasan umum berkaitan undang-undang tertentu sahaja, sebagai contoh penjelasan mengenai syarat-syarat saman fitnah, undang-undang kebankrapan, atau isu pencerobohan tanah.
AI.RA ialah sebuah chatbot yang direka untuk membantu memberikan penerangan umum dan ringkas mengenai undang-undang berdasarkan rencana yang telah diterbitkan di laman web www.norhafeezlaw.com. Skop jawapan AI.RA adalah terhad dan tidak merangkumi semua bidang undang-undang.
AI.RA merupakan kecerdasan buatan (artificial intelligence) yang masih berada dalam fasa beta testing. Jawapan yang diberikan oleh AI.RA adalah sekadar untuk memberikan rujukan berdasarkan rencana-rencana yang telah disiarkan di dalam www.norhafeezlaw.com dan ianya tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat guaman dan tidak akan mempunyai ketepatan, ketelitian atau kualiti yang setara dengan pandangan profesional seorang peguam.
Sehubungan itu, pengguna adalah diingatkan supaya tidak menjadikan sebarang maklumat atau jawapan yang diperoleh daripada AI.RA sebagai asas untuk memulakan, meneruskan atau mempertahankan sebarang tindakan undang-undang tanpa terlebih dahulu mendapatkan nasihat daripada seorang peguam yang bertauliah.
Pengguna juga tidak digalakkan untuk mengemukakan soalan yang memerlukan penilaian terhadap fakta kes peribadi atau meminta cadangan tindakan khusus, termasuk tetapi tidak terhad kepada soalan berbentuk “apa yang patut saya lakukan berdasarkan situasi saya”. Soalan sedemikian wajar dibincangkan secara langsung dengan peguam melalui sesi konsultasi yang sewajarnya.
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kekeliruan, salah tafsir atau salah faham yang timbul daripada penggunaan maklumat yang diberikan oleh AI.RA, termasuk kegagalan pengguna untuk mendapatkan nasihat guaman yang sesuai daripada seorang peguam yang sebenar.
Bagi memastikan jawapan yang lebih jelas dan relevan, pengguna dinasihatkan supaya menaip soalan dengan ejaan penuh dan mengelakkan penggunaan singkatan atau short form.
Sekali lagi ditegaskan bahawa semua jawapan yang dipaparkan melalui AI.RA bukanlah pandangan atau nasihat daripada peguam kami, sebaliknya dijana oleh sistem kecerdasan buatan yang masih dalam peringkat ujilari. Sebarang tindakan undang-undang yang diambil tanpa mendapatkan nasihat profesional daripada peguam adalah atas risiko pengguna sendiri.