>

LANTIK PEGUAM SEMASA PKP? BAGAIMANA CARANYA?

lantik peguam

 INGIN MELANTIK PEGUAM SEMASA PKP? BAGAIMANA CARANYA?

1. Anda mempunyai permasalahan undang-undang dan ingin melantik peguam semasa di dalam tempoh perintah kawalan pergerakan? Bagaimana? Boleh teruskan membaca.

2. Sepertimana yang kita ketahui, tahun 2020 (mungkin sehingga tahun 2021) bukanlah tahun yang indah buat kita semua. Setiap daripada kita amat terkesan daripada wabak Covid 19 yang mula melanda negara pada awal tahun ini. Ianya turut memberi kesan yang amat besar kepada sektor ekonomi negara yang secara tidak lansung telah menjejaskan kesejahteraan sebilangan besar rakyat negara ini.

3. Namun ianya tidak cukup untuk menghentikan sebarang pertelingkahan dan pertelagahan di antara dua pihak yang ingin menuntut hak masing-masing. Walaupun di dalam tempoh perintah kawalan pergerakan, sistem kehakiman, barisan para hakim dan juga para peguam masih lagi menjalankan tanggungjawab yang di amanahkan oleh rakyat yang ingin mendapatkan perkhidmatan mereka.

4. Walaupun pergerakan fizikal adalah terhad namun anda sebenarnya masih lagi boleh mendapatkan khidmat peguam sekiranya anda memerlukannya. Di dalam rencana sebelum ini (yang boleh dibaca di sini), kami telah menjelaskan sedikit sebanyak bagaimana cara untuk mendapatkan khidmat peguam untuk anda yang masih kabur mengenai cara perlantikan seorang peguam.

5. Di dalam rencana kali ini, kami ingin memberikan sedikit penerangan mengenai bagaimana caranya untuk melantik khidmat seorang peguam semasa di dalam tempoh perintah kawalan pergerakan. 

6. Untuk makluman anda, semasa tempoh PKP, sesetengah Mahkamah lazimnya akan di tutup. Langkah ini di ambil kerana Mahkamah adalah sebuah tempat yang sering di hadiri oleh golongan dari segenap lapisan masyarakat, tidak kira dari golongan professional mahupun orang awam. Langkah ini adalah wajar bagi membendung sebarang potensi penularan wabak.

7. Akan tetapi ianya tidak menghalang daripada pemfailan kes-kes baharu. Ini bermakna sekiranya anda mempunyai sebarang permasalahan yang ingin di rujuk kepada Mahkamah melalui proses perundangan yang ditetapkan, anda masih boleh melakukannya.

MELANTIK PEGUAM SEMASA PKPB.

8. Sewaktu PKP (Pemulihan atau Bersyarat), masyarakat awam tidak digalakkan untuk keluar daripada rumah, maka cara yang terbaik untuk mendapatkan khidmat guaman adalah secara atas talian dan telekomunikasi (email, telefon dan sebagainya). Cara paling mudah untuk anda mencari peguam adalah melalui carian google. Pilih lah peguam mengikut kepakaran dan lokasi yang bersesuaian dengan anda.

9. Setelah mendapat maklumat mengenai peguam melalui carian anda, hubungi peguam tersebut untuk bertanyakan tentang perkhidmatan beliau. Anda mungkin ingin mengetahui apakah perkhidmatan yang ditawarkan dan juga kos yang akan dikenakan.

10. Setelah anda berpuas hati dengan penjelasan peguam mengenai perkhidmatan beliau dan juga kos yuran guaman yang ditawarkan, selalunya peguam akan meminta anda menanda tangani surat perlantikan. Ini boleh dilakukan secara email. Pastikan anda memberikan maklumat hubungan (seperti email dan nombor telefon) dengan tepat.

9. Selepas caj pembukaan fail dan yuran guaman awal di jelaskan maka anda perlu bersedia untuk ditemu bual. Pastikan anda mempunyai salinan soft copy dokumen-dokumen yang ingin dirujuk dan di emailkan kepada peguam seawal yang mungkin. Dapatkan maklumat dari peguam mengenai dokumen-dokumen yang perlu di hantar secara email. 

10. Temubual untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kes dan tuntutan anda yang sebelum ini selalunya dibuat melalui perjumpaan bersemuka kini boleh dibuat melalui panggilan telefon atau aplikasi mesyuarat video (video conference) seperti zoom. 

11. Yang pasti caj-caj guaman yang dipersetujui boleh di bayar secara atas talian sebelum peguam boleh memulakan tugas-tugas mereka mengikut kesesuaian kes dan tuntutan anda. Ini termasuklah untuk mengadakan tele-conference dan memberikan nasihat perundangan yang sesuai. 

12. Selepas mendengar nasihat dan penjelasan peguam, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai langkah seterusnya untuk anda buat. Selalunya peguam akan mendapatkan arahan anda untuk memfailkan Notis Tuntutan ataupun Saman.

13. Sesetengah Mahkamah masih dibuka secara terhad dan dengan syarat yang ketat. Pemfailan sebarang Saman lazimnya akan dibuat melalui sistem efiling. Malah bagi sesetengah kes, bicara atau pendengaran permohonan boleh dibuat secara atas talian secara e-review, email ataupun video conference.

13. Jadi anda tidak perlu risau mengenai perjalanan kes anda semasa tempoh PKP. Ianya tetap akan berjalan seperti biasa walaupun mungkin sesetengah tarikh yang sebelum ini telah di tetapkan untuk pengurusan kes atau bicara terpaksa ditangguhkan seketika. Yang penting, sentiasalah mendapatkan maklumat lanjut daripada peguam pilihan anda untuk mengetahui sebarang perkembangan mengenai kes anda.


Hubungi kami di 0129797494 atau menerusi email di norhafeezlaw@gmail.com atau menerusi kotak pertanyaan untuk sebarang maklumat lanjut.  

 

0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.