PROFIL PEGUAM
Nor Hafeez Nurul Hadi dilahirkan dan dibesarkan di Kota Bharu, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Ugama (A) Maahad Muhammadi Lelaki, Jalan Pengkalan Chepa.
Selepas memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang cemerlang, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dan menamatkan pengajian dengan kepujian pada tahun 2006.
Sejurus selepas tamat pengajian, beliau menjalani latihan dalam kamar selama 9 bulan di Radzuan Ibrahim & Co, Ampang, Selangor. Dalam tempoh tersebut, beliau didedahkan kepada asas amalan guaman sivil dan jenayah, termasuk penyediaan serta pemfailan kertas kausa di bawah seliaan Dato’ Dr. Radzuan Ibrahim.
Pada tahun 2007, beliau meneruskan kerjaya sebagai peguamcara di Azhar Yong & Co. Di firma tersebut, beliau mendapat pendedahan lebih mendalam terhadap proses litigasi sivil dan seni advokasi di bawah bimbingan Mr. Yong Chee Kong.
Beliau turut mengendalikan pelbagai kes sivil, khususnya berkaitan undang-undang pembinaan (construction law) dan tuntutan hutang (debt recovery).
Pada tahun 2009, beliau menyertai Khalek Awang & Associates dan diberi kepercayaan untuk menerajui Jabatan Litigasi Sivil bersama rakan kongsi yang lain. Beliau kemudiannya dilantik sebagai rakan kongsi pada tahun 2012.
Pada tahun 2021, beliau mengambil langkah memulakan firma guamannya sendiri, Hafeez & Hazlina, yang mula beroperasi pada Jun 2021 dan beribu pejabat di Batu Caves, Selangor.
Dalam amalan guaman, beliau mengendalikan pelbagai jenis kes termasuk litigasi perbankan (banking litigation), tuntutan hutang (debt recovery), perceraian bukan Islam (non-Muslim divorce), undang-undang pekerjaan (employment law), tort fitnah (defamation), pencerobohan tanah (trespass), tuntutan harta pusaka dan pelanggaran hak cipta (copyright infringement).
Beliau boleh dihubungi melalui emel di norhafeezlaw@gmail.com atau melalui talian 012-979 7494.
Scientia Magistra Vitae | Knowledge is the Mistress of Life