>

PEMBAYARAN & ADJUDIKASI INDUTSRI PEMBINAAN - PENGECUALIAN CIPAA

cipaa 2022

 

 CIPAA 2012 DAN KETERPAKAIANNYA DI DALAM MENYELESAIKAN PERTIKAIAN

1. Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 (CIPAA 2012) adalah mekanisme atau platform alternatif untuk menyelesaikan sebarang pertikaian berhubung dengan pembayaran mengikut satu kontrak bertulis selama mana kontrak tersebut adalah berkenaan dengan kerja atau perkhidmatan dalam industri pembinaan. 

2. Pemakaian CIPAA telah ditetapkan melalui s.2 Akta yang menyebut bahawa CIPAA 2012 terpakai bagi setiap kontrak pembinaan yang dibuat secara bertulis untuk sesuatu kerja pembinaan yang dijalankan sepenuhnya atau sebahagiannya di dalam mana-mana wilayah di Malaysia.

3. S.3 Akta walau bagaimanapun telah menggariskan bahawa CIPAA 2012 tidak boleh digunakan sekiranya kontrak pembinaan yang ingin dirujuk itu di buat oleh orang persendirian yang membuat kerja pembinaan apa-apa bangunan kediaman persendirian yang tingginya 3 tingkat dan kebawah. 

4. Walaupun s.2 Akta menyatakan bahawa tuntutan melalui CIPAA 2012 turut terguna pakai untuk apa-apa kontrak kerajaan, namun s.40 Akta memberikan kuasa kepada Menteri untuk memberikan perintah pengecualian penggunaan CIPAA 2012 terhadap mana-mana pihak atau kontrak selaras dengan apa-apa syarat yang ditetapkan.

5.S.2 Perintah Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan (Pengecualian) 2014 juga menyatakan bahawa terdapat kerja-kerja pembinaan kerajaan yang turut dikecualikan daripada pemakaian CIPAA 2012 selama mana ianya mengikut syarat-syarat yang telah dinyatakan di dalam Perintah tersebut.

6. Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Datuk Wong Kian Kheong, di dalam kes Uzma Engineering Sdn Bhd v Khan Co Ltd telah memberikan kesimpulan yang baik berkenaan dengan syarat-syarat pemakaian CIPAA 2012. Syarat-syarat tersebut adalah:

(a) wujudnya satu kontrak pembinaan selaras dengan definisi kontrak kerja dan konsultansi pembinaan yang dinyatakan di dalam s.4 CIPAA 2012 di antara pihak yang menuntut dengan responden;

(b) kontrak pembinaan tersebut dibuat secara bertulis;

(c) kontrak pembinaan tersebut hendaklah berkenaan dan berkaitan dengan kerja pembinaan selaras dengan definisi s.4 CIPAA 2012; dan

(d) kerja pembinaan tersebut telah dijalankan keseluruhan atau sebahagiannya di dalam negara Malaysia.

7. Firma-firma dan pemain industri pembinaan disarankan menggunakan platform ini dengan sebaik mungkin serta mendapatkan nasihat dan konsultasi daripada konsultan-konsultan serta peguam-peguam yang terlibat secara mendalam dengan CIPAA 2012.

peguam cerai non muslim

Mencari peguam di Kuala Lumpur? Hubungi kami di 0129797494 atau menerusi email di norhafeezlaw@gmail.com atau menerusi kotak pertanyaan untuk sebarang maklumat lanjut.

 

0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.