Ebook Due Diligence Percuma
DUE DILIGENCE
Panduan Menilai Risiko Urusniaga Dengan Perniagaan Milikan Tunggal untuk Usahawan Kecil di Malaysia.
Panduan praktikal untuk membantu para usahawan kecil menilai risiko, sebelum berurusan dengan para pemberi khidmat, peniaga, peruncit, pembekal, kontraktor atau individu yang menjalankan perniagaan secara milikan tunggal.
Muat Turun Ebook PercumaApakah ebook ini?
Ebook ini memberikan maklumat berkenaan dengan cara untuk menilai risiko urus niaga dengan perniagaan milikan tunggal atau pihak yang menggunakan nama perniagaan tetapi sebenarnya bukanlah sebuah syarikat yang mempunyai entiti berasingan.
Fokus ebook ini adalah kepada semakan asas, risiko pembayaran, dokumen urus niaga, tanda amaran awal dan langkah berhati-hati sebelum sesuatu transaksi dibuat.
Masalah yang sering berlaku sebelum pertikaian bermula
Siapa yang sesuai membaca ebook ini?
Apa yang pembaca akan belajar?
- Perbezaan asas antara perniagaan milikan tunggal dan Sdn Bhd.
- Kenapa konsep separate legal entity penting dalam menilai risiko urus niaga.
- Kepentingan membuat semakan asas melalui maklumat SSM.
- Tanda-tanda amaran awal sebelum sesuatu urus niaga menjadi bermasalah.
- Risiko bayaran tertunggak, janji lisan dan dokumen yang tidak lengkap.
- Kepentingan rekod bertulis, invois, quotation, bukti pembayaran dan komunikasi.
- Bila keadaan sudah cukup serius untuk mendapatkan nasihat peguam.
Kenapa ebook ini diberikan secara percuma?
Ebook ini disediakan sebagai bahan pendidikan undang-undang dan risiko komersial untuk membantu usahawan kecil membuat keputusan dengan lebih berhati-hati sebelum sesuatu pertikaian berlaku.
Dalam banyak keadaan, masalah undang-undang tidak bermula di Mahkamah. Ia bermula lebih awal, iaitu ketika pihak-pihak bersetuju untuk berurusan tanpa semakan yang mencukupi, tanpa dokumen yang jelas dan tanpa memahami risiko sebenar pihak yang mereka hadapi.
Rujukan berkaitan di NorHafeezLaw.com
Untuk memahami isu yang berkaitan dengan tuntutan, pertikaian dan tindakan sivil, pembaca juga boleh merujuk artikel-artikel berikut:
Soalan Lazim
Apa maksud perniagaan milikan tunggal?
Perniagaan milikan tunggal lazimnya ialah perniagaan yang dimiliki oleh seorang individu. Ia sering didaftarkan sebagai enterprise atau sole proprietorship. Dari sudut risiko, penting untuk mengenal pasti siapa pemilik sebenar kerana nama perniagaan itu sendiri bukanlah syarikat berasingan seperti Sdn Bhd.
Kenapa urus niaga dengan enterprise boleh menjadi berisiko?
Risiko boleh timbul apabila identiti pemilik tidak disemak, dokumen urus niaga tidak lengkap, kemampuan membayar tidak dinilai dan pihak yang berurusan hanya bergantung kepada kepercayaan atau janji lisan.
Adakah ebook ini nasihat undang-undang?
Tidak. Ebook ini ialah bahan pendidikan umum. Ia tidak menggantikan nasihat undang-undang khusus berdasarkan fakta, dokumen dan keadaan sebenar sesuatu kes.
Siapa sesuai membaca ebook ini?
Ebook ini sesuai untuk usahawan kecil, pembekal, kontraktor, freelancer, pemilik SME dan sesiapa yang kerap membuat urus niaga dengan enterprise, individu berniaga atau pihak perniagaan kecil.
Bagaimana cara mendapatkan ebook ini?
Pembaca boleh menekan butang muat turun di halaman ini dan mengisi borang ringkas. Selepas borang dihantar, pautan muat turun akan diberikan.
Muat turun ebook percuma ini
Sekiranya anda seorang usahawan kecil, pembekal, kontraktor atau pemilik perniagaan yang sering berurusan dengan pihak lain, ebook ini boleh menjadi panduan awal untuk menilai risiko sebelum masalah berlaku.