>

PROSES PERCERAIAN NON MUSLIM - PEMBAHAGIAN HARTA

non muslim divorce procedure

PROSES PERCERAIAN NON MUSLIM - PEMBAHAGIAN MATRIMONIAL ASSETS/HARTA PERKAHWINAN

Sesuatu proses perceraian bagi non muslim / bukan islam, kebiasannya boleh menjadi rumit apabila melibatkan pertikaian dari segi hak penjagaan anak-anak dan pembahagian harta perkahwinan (matrimonial assets). Apakah itu matrimonial assets? Apakah jenis-jenis aset dalam perkahwinan? Bagaimana untuk membuat pembahagian aset perkahwinan selepas perceraian?

APAKAH ITU MATRIMONIAL ASSETS?

1. Secara umumnya, aset-aset perkahwinan adalah aset-aset yang diperolehi bersama (jointly acquired assets) ataupun melalui usaha tunggal salah seorang suami atau isteri (sole effort of one party) di dalam tempoh kewujudan perkahwinan di antara suami dan isteri.

Contoh:

David dan Mary telah membeli sebuah rumah secara bersama sewaktu perkahwinan mereka. Rumah tersebut dikenali sebagai aset yang diperolehi bersama atau jointly acquired asset. Sewaktu perkahwinan tersebut, David juga telah membeli sebuah lagi rumah tanpa penglibatan Mary, maka rumah kedua tersebut dikenali sebagai aset yang diperolehi melalui usaha tunggal satu pihak ataupun secara sole effort of one party. 

2. Apabila berlaku perceraian, Mahkamah mempunyai kuasa untuk memberikan perintah dan arahan agar aset atau harta perkahwinan tersebut dibahagikan atau dijual dan hasil jualan tersebut dibahagikan.

3. Aset-aset ini tidak semestinya rumah sahaja, ianya boleh mencakupi harta-harta seperti hartanah, kenderaan, wang tunai atau simpanan wang di bank-bank, saham, pencen dan sebagainya.

JENIS-JENIS ASET DALAM PERKAHWINAN

4. Apakah jenis-jenis aset atau harta di dalam perkahwinan dan adakah kesemua aset-aset ini dianggap sebagai matrimonial assets? Jenis-jenis harta di dalam perkahwinan secara kebiasaannya adalah seperti berikut:

(a) Aset atau harta yang dibeli atau diperolehi secara bersama;

(b) Aset atau harta yang dibeli atau diperolehi melalui usaha tunggal mana-mana pasangan dan pihak yang satu lagi tidak terlibat di dalam usaha pembelian tersebut; dan

(c) Aset yang dibeli oleh mana-mana pihak sebelum perkahwinan.

5. Panduan pembahagian aset jenis (a) dan (b) akan dijelaskan di bawah. Ada pun aset jenis (c) ianya bergantung kepada samada aset yang dibeli sebelum perkahwinan itu telah ditambah baik dengan ketara (substantially improved) oleh pihak yang satu lagi atau tidak.

Contoh:

Sebelum berkahwin, David telah membeli sebuah rumah. Di dalam waktu perkahwinan, Mary telah menambahbaik rumah itu dengan membuat mengubahsuaian (renovation) pada bahagian ruang tamu rumah tersebut. Pengubahsuaian ini sekiranya ketara (substantial), maka Mary boleh menuntut hak pembahagian rumah tersebut.


peguam 2021


PEMBAHAGIAN MATRIMONIAL ASSETS

6. Sejujurnya, sehingga rencana ini ditulis, undang-undang tidak menetapkan satu formula khusus untuk menetapkan cara pembahagian sesuatu matrimonial asset.

7. Namun Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 telah memberikan panduan berkenaan dengan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum matrimonial asset itu dibahagikan di antara suami dan isteri.

FAKTOR YANG DINILAI SEBELUM PEMBAHAGIAN MATRIMONIAL ASSETS

8. Sekiranya aset perkahwinan tersebut diperolehi secara bersama (jointly acquired), maka faktor-faktor yang akan dinilai oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

(a) sejauh mana sumbangan kewangan dan kerja suami dan isteri untuk mendapatkan aset tersebut;

(b) nilai beban hutang yang ditanggung oleh kedua-dua pihak setelah mendapatkan aset tersebut; dan

(c) keperluan anak-anak bawah umur (jika ada).

9. Untuk aset yang diperolehi secara bersama, Mahkamah lazimnya cenderung (incline) kepada pembahagian secara sama rata (equality of division).

10. Sekiranya aset perkahwinan tersebut diperolehi secara usaha tunggal salah satu pihak, maka faktor-faktor yang akan dinilai adalah seperti yang berikut:

(a) sejauh mana sumbangan pihak yang tidak terlibat keatas aset tersebut di dalam menjaga kebajikan keluarga melalui penjagaan rumah yang dibeli atau penjagaan keluarga secara umum; dan

(b) keperluan anak-anak bawah umur (jika ada).

11. Untuk aset yang diperolehi melalui usaha tunggal pula, Mahkamah boleh membahagikan aset tersebut mengikut apa yang difikirkan munasabah (reasonable). Walaubagaimana pun pihak tunggal yang memperoleh aset tersebut akan mendapat bahagian yang lebih.

LANGKAH-LANGKAH TERBAIK

12. Pertikaian berkenaan pemabahagian matrimonial assets ini akan menyebabkan sesuatu proses perceraian itu menjadi rumit, yang tentunya akan menyebabkan prosiding menjadi lebih panjang dan lama dan pihak-pihak terpaksa menanggung kos yang tinggi. 

13. Oleh yang demikian adalah disarankan agar perbincangan dan persetujuan untuk menentukan bahagian-bahagian harta perkahwinan dapat diadakan dan dicapai terlebih dahulu.

14. Sekiranya terdapat persetujuan di antara kedua-dua pihak, prosiding di Mahkamah akan menjadi lebih lancar, singkat dan pastinya lebih menjimatkan kos.

Untuk maklumat lanjut, rujuk pautan berikut:

👉 Proses cerai Non Muslim (Bukan Islam)

👉 Isu yang perlu diputuskan sebelum cerai

👉 Bolehkah bercerai dalam tempoh 2 tahun

👉 Hak penjagaan anak selepas cerai

👉 Pembahagian aset perkahwinan

👉 Soal Jawab ringkas tentang perceraian Non Muslim (BM/BI)


Hubungi kami di 0129797494 atau menerusi email di norhafeezlaw@gmail.com atau menerusi kotak pertanyaan untuk sebarang maklumat lanjut.

3 Pertanyaan & Jawapan

  1. sekiranya suami mengugut serta mngasari isteri mcm mna proses penceraian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat laporan polis dan pergi ke JPN untuk mendapat borang tribunal perkahwinan untuk mencari jalan penyelesaian sebelum bercerai.

      Padam
  2. masih kurang faham aset yg dicari sendiri. adakah ia nya perlu dibahagikan contoh kereta dan rumah tnpa bantuan dari pasangan. contoh kereta dibeli oleh suami dan tiada sumbangan dari belh isteri. adakah ia nya perlu dijual utk memberi hak tuntutan kepada isteri?

    BalasPadam

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.