>

22 SOAL JAWAB RINGKAS BERKENAAN PERCERAIAN NON MUSLIM / 22 FREQUENTLY ASKED QUESTIONS AND ANSWERS (FAQ) FOR NON MUSLIM DIVORCE

non muslim divorce 2021

22 SOAL JAWAB RINGKAS BERKENAAN PERCERAIAN NON MUSLIM / 22 FREQUENTLY ASKED QUESTIONS AND ANSWERS (FAQ) FOR NON MUSLIM DIVORCE IN MALAYSIA

1. Saya dan pasangan sudah tidak dapat meneruskan perkahwinan. Kami sama-sama mahu bercerai. Apa yang perlu saya lakukan?
- Anda perlu melantik peguam dan failkan petisyen perceraian bersama.

1. The spouse and I could no longer continue with the marriage and both of us wanted a divorce. What should we do?
- It is advisable that both of you seek assistance from a lawyer of your own choice (or us). Consider filing for a Joint Petition for Divorce.

2. Apakah petisyen perceraian bersama?
- Petisyen Bersama adalah permohonan yang difailkan di mana perceraian dan terma-terma perceraian telah dipersetujui oleh kedua-dua suami dan isteri. 

2. Joint Petition for Divorce? What is that?
- A Joint Petition for Divorce, simply put, is an application for divorce jointly made by you and your spouse, whereby the divorce, and any other terms relating to the divorce, have been mutually agreed upon by both you and your spouse.  
 
3. Apakah syarat-syarat untuk saya dan pasangan failkan perceraian bersama? 
- pertama, perkahwinan tersebut hendaklah berdaftar; kedua perkahwinan hendaklah tidak lebih dari satu; ketiga kedua-dua anda dan pasangan hendaklah bermastautin di Malaysia semasa Petisyen itu difailkan; keempat, tempoh perkahwinan anda hendaklah lebih daripada dua tahun.

3. Are there any conditions before the spouse and I can file the Joint Petition?
- Yes there are. In fact, there are 4 of them. First, the marriage must be registered under the Malaysian Marital law; second, the marriage must be monogamous; third, when the Petition is filed both you and your spouse are staying in Malaysia; fourth, the marriage needs to be more than 2 years of age.

4. Apakah dokumen-dokumen asas yang saya perlu bawa bagi membolehkan peguam menyediakan Petisyen Bersama?
- Bawa salinan kad pengenalan, sijil pendaftaran perkahwinan, salinan sijil lahir anak-anak (sekiranya ada) dan dokumen berkenaan hakmilik hartanah (jika ada).

4. What are the documents should I bring along with me before I go and meet my lawyer?
- Bring along a copy of your and your spouses IC, marriage registration certificate, children's birth certificates (if any) and any documents relating to the matrimonial assets (if any). Your lawyer might not need them all, but it's good just to bring them along in case any of the documents are needed.

5. Apakah kelebihan Petisyen Bersama?
- Kelebihan pemfailan permohonan perceraian melalui Petisyen Bersama adalah:

(a) Ianya lebih cepat;
(b) Ianya tidak memerlukan kos yang terlalu tinggi;
(c) Pasangan tidak perlu menghadiri sesi kaunseling/rundingcara di Tribunal Perkahwinan.

5. Are there any notable advantages if the spouse and I opted for a Joint Petition
Well, yes there are. The notable advantages, if you and your spouse opt for a Joint Petition, would be the following:

(a) The process would usually be much more quicker;

(b) Cheaper compared to a single petition; and

(c) You and your spouse are not required to attend the obligatory conciliation process at the Marriage Tribunal. 

6. Tempoh perkahwinan saya dan pasangan masih belum melebihi dua tahun. Bolehkah saya failkan petisyen bersama?
- tidak boleh melainkan dengan kebenaran Mahkamah.

6. My marriage has yet to reach the two year old threshold. Can the spouse and I file a Joint Petition?
- No, unless you have permission from the Court.

7. Sekiranya tempoh perkahwinan saya melebihi dua tahun adakah saya dan pasangan perlu menghadiri rundingcara di tribunal perkahwinan sebelum memfailkan petisyen bersama?
- tidak perlu.

7. If my marriage exceeds the 2 year old threshold, do I still need to attend the conciliation process?
-No.

8. Bagaimana cara untuk menghadiri rundingcara di tribunal perkahwinan?
- Anda dan pasangan boleh hadir ke cawangan JPN bersama dengan sesalinan kad pengenalan, passport asal dan salinan, sijil pendaftaran perkahwinan asal dan salinan serta laporan polis (jika berkaitan) dan menyerahkan borang JPNKC 14.

8. The marriage conciliation process, how do I initiate that?
- The easiest way would be to go to any nearby JPN office. Bring along a copy (together with the originals) of your IC, Passport, Marriage Registration Certificate, Police Report (if applicable) and a pocket full of change. Get a copy of the JPNKC 14 Form, fill it up, pay the necessary fees and hand everything over to the attending officer.  


9. Berapa lamakah tempoh masa untuk proses rundingcara di Tribunal Perkahwinan berjalan?
- Rundingcara hendaklah diselesaikan di dalam masa 6 bulan.

9. How long does the conciliation process takes?
- Around 6 month or less.

10. Siapa yang boleh hadir ke proses runding cara?
- Hanya anda dan pasangan ataupun ahli keluarga sekiranya dibenarkan oleh Tribunal Perkahwinan. Pihak-pihak tidak boleh diwakili oleh peguam.

10. Who should be attending the conciliation process?
- It is advisable that you and your spouse personally attend the process. However, any one of you can be represented by a family member if you have the necessary permission from the Marriage Tribunal or the conciliatory body. No lawyers can represent any of you though. 

11. Pasangan telah diberitahu untuk hadir ke sesi rundingan tetapi memilih untuk tidak hadir, apa yang akan berlaku?
- Sekiranya pasangan enggan hadir, Tribunal Perkahwinan akan memberikan cadangan yang bersesuaian dan rundingcara boleh dikecualikan.

11. What will happen if the Spouse refuses to attend the conciliation session?
- If the Spouse refuses to attend the conciliation process, the Marriage Tribunal will make the necessary finding and the conciliation process may be exempted.

divorce lawyer 2021 for non muslim divorce

12. Apakah yang akan berlaku sekiranya rundingcara tidak dapat diselesaikan?
- Tribunal Perkahwinan akan mengeluarkan satu sijil yang menyatakan rundingan gagal dan mengesyorkan terma-terma berkenaan dengan pembahagian aset perkahwinan, nafkah dan hak penjagaan anak sebagaiman yang difikirkan sesuai. 

12. What will happen if the conciliation process fails?
- The Marriage Tribunal will issue a certificate stating that the conciliation process has failed and shall make recommendations pertaining to the division of the matrimonial assets, alimony/maintenance and custody of children.

13. Saya ingin bercerai namun pasangan tidak mahu bercerai, bolehkah saya failkan petisyen perceraian?
- Boleh. Permohonan boleh dibuat melalui Petisyen untuk Pemisahan Penghakiman.

13. I wanted a Divorce but the Spouse is very much against it. Can I still file for Divorce?
- Yes. But it's going to be a little bit complicated.
 
14. Apakah alasan-alasan yang boleh digunakan untuk Pemisahan Penghakiman?
- Keretakan rumahtangga boleh digunakan sebagai alasan untuk Pemisahan Kehakiman.

14. What are the grounds for Judicial Separation?
- Breakdown of marriage.

15. Apa maksud keretakan rumah tangga?
 
- terdapat 4 alasan yang membawa kepada keretakan rumah tangga iaitu:
 
i. pasangan melakukan zina dan Pemohon sudah tidak boleh tinggal bersama pasangan lagi;
 
ii. kelakuan pasangan yang menyebabkan anda tidak boleh lagi tinggal bersamanya, sebagai contoh, kaki botol atau kaki pukul;
 
iii. Pasangan lari meninggalkan anda dalam jangka masa lebih dari dua tahun.
 
iv. Pasangan dan anda telah tinggal secara berasingan dalam jangka masa lebih dari dua tahun. 

15. Breakdown of marriage, what does it mean?
- There are four grounds for breakdown of marriage:

i. Your spouse commits adultery;

ii. Unreasonable behavior of spouse;

iii. You have been deserted for a period of two years or more by your spouse;

iv. You and your spouse have been living separately for a period of two years of more.

16. Pasangan saya adalah seorang alkoholik/pendera/kaki judi dan saya tidak lagi sanggup hidup bersama dia. Bolehkah saya memfailkan penceraian?
- Ya, boleh.

16. My spouse is an alcoholic/abusive/has a gambling addiction and I could no longer stand the sight of him. Can I file for divorce?
-Yes, you can.

17. Sekiranya saya ingin memfailkan Petisyen untuk Pemisahan Penghakiman adakah saya perlu menghadiri rundingcara di Tribunal perkahwinan?
- Ya.

17. If I file for a Judicial Separation, do I need to attend the conciliation process?
- Yes.

18. Adakah saya dan pasangan perlu hadir sewaktu pendengaran Petisyen?
- Ya.

18. Does the spouse and I need to attend the hearing of the Petition?
- Yes.

19. Selepas Petisyen di dengarkan oleh Mahkamah, apa yang akan berlaku?
- Sekiranya Mahkamah berpuas hati, Mahkamah akan memberikan dekri perceraian yang dipanggil Dekri Nisi. Dekri Nisi akan sah selama 3 bulan.

19. What happens after the hearing of the Petition?
- If the Court is satisfied, the Court may grant a decree for divorce called Decree Nisi which will remain valid for the next 3 month.

20. Sekiranya selepas Dekri Nisi diberikan, adakah saya boleh merujuk semula kepada pasangan?
- Didalam masa 3 bulan selepas tarikh Dekri Nisi diberikan, anda dan pasangan boleh memohon untuk membatalkan Dekri Nisi tersebut.

20. After Decree Nisi is granted, can I get back together with my spouse?
- Within 3 months from the date of the Decree Nisi, you can apply for the Decree Nisi to be rescinded, if you intend to get back together.

21. Selepas tempoh 3 bulan Dekri Nisi tamat bolehkah saya atau pasangan membuat permohonan untuk menjadikan Dekri tersebut muktamat?
- Ya, boleh.

21. Right after the expiry of the 3 month period for the Decree Nisi, can I or the spouse file an application to make the Decree absolute?
- Yes.

22. Adakah saya boleh mengahwini semula pasangan selepas Dekri Muktamat diberikan?
- Sekiranya masa untuk membuat rayuan telah tamat ataupun rayuan terhadap Dekri Muktamat tersebut telah ditolak, anda boleh mengahwini semula pasangan anda. 

22. Can I remarry my spouse after the Decree Absolute has been granted?
- If the time period for appeal against the Decree has lapsed or your appeal against the Decree has been dismissed, you may remarry your spouse.

Untuk maklumat lanjut, rujuk pautan berikut:

👉 Proses cerai Non Muslim (Bukan Islam)

👉 Isu yang perlu diputuskan sebelum cerai

👉 Bolehkah bercerai dalam tempoh 2 tahun

👉 Hak penjagaan anak selepas cerai

👉 Pembahagian aset perkahwinan

👉 Soal Jawab ringkas tentang perceraian Non Muslim (BM/BI)


Hubungi kami di 0129797494 atau menerusi email di norhafeezlaw@gmail.com atau menerusi kotak pertanyaan untuk sebarang maklumat lanjut.  

cerai non muslim

2 Pertanyaan & Jawapan

  1. Berapa kah bayaran untuk upah peguam mengurus Kes cerai?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh hubungi En.Hafeez secara whatsapp di talian 0129797494 untuk atur mendapatkan maklumat lanjut

      Padam

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.