>

HAK BADAN PENGURUSAN (JMB/MC) TERHADAP DEFAULTER

saman JMB, JMB block

HAK BADAN PENGURUSAN (JMB/MC) TERHADAP DEFAULTER

Sebagaimana yang kita semua ketahui, isu yang paling kerap dihadapi oleh badan pengurusan sesebuah kediaman strata adalah berkenaan dengan kegagalan pemilik unit untuk membuat pembayaran caj-caj penyeleanggaraan dan sinking fund. Apakah yang boleh dilakukan oleh pihak JMB/MC terhadap pemungkir-pemungkir (defaulters) ini mengikut Akta Pengurusan Strata dan Peraturan Pengurusan Strata di Malaysia serta Undang-Undang Kecil Strata (Strata By Laws)?

SIAPAKAH DEFAULTER ATAU PEMUNGKIR?

1. Pemungkir (ataupun terma yang kerap digunakan; Defaulter) adalah mana pemilik unit kediaman strata yang gagal membuat pembayaran penuh caj-caj penyelenggaraan (Maintenance Charges) ataupun Kumpulan Wang Pelepasan (Sinking Funds) ataupun apa-apa pembayaran dan caj-caj yang diwajibkan oleh JMB/MC keatas mereka selepas tamat tempoh 14 hari daripada tarikh penerimaan Notis Tuntutan Pembayaran.

HAK UNTUK MENGENAKAN FAEDAH KELEWATAN

2. JMB/MC berhak untuk mengenakan bayaran faedah kelewatan (Late Interest) sebanyak 10% setahun, atau amaun peratusan yang sesuai yang boleh ditetapkan oleh JMB/MC, terhadap Defaulter. Faedah Kelewatan ini akan dikira secara harian daripada tarikh kegagalan pembayaran sehingga pembayaran penuh amaun-amaun yang perlu dibayar.

HAK UNTUK MEMAPARKAN SENARAI DEFAULTER

3. JMB/MC turut boleh menyediakan satu senarai yang mengandungi nama Defaulter, nombor unit dan juga jumlah tertunggak dan boleh memaparkan senarai tersebut di Papan Kenyataan premis.

Joint management body JMB perbadanan pengurusan MC

HAK UNTUK MENYAHAKTIF (DEACTIVATE) KAD AKSES

4. JMB/MC juga berhak untuk menyahaktifkan (deactivate) alatan akses elektro magnetik seperti kad akses, tag ataupun transponder terhadap Defaulter. 

5. Pada kelazimannya kad-kad akses ini akan diperlukan untuk memasuki premis itu sendiri, tempat letak kereta ataupun untuk memasuki kawasan kemudahan bersama seperti gimnasium, kolam renang, taman permainan kanak-kanak atau padang sukan.

6. JMB/MC boleh mengenakan caj bayaran tidak lebih daripada RM50 untuk mengaktifkan semula (reactivate) alatan akses elektro magnetik tersebut kepada Defaulter.

HAK UNTUK MENGGUNAKAN BUKU PENDAFTARAN DEFAULTER

7. Selain daripada itu, JMB/MC berhak untuk mewajibkan Defaulter untuk mengisi dan menandatangani Buku Pendaftaran Defaulter (Defaulter Register Book) sekiranya Defaulter berhasrat untuk menggunakan apa sahaja harta dan kemudahan bersama (Common Properties and facilities) di dalam premis tersebut.

HAK UNTUK MENYEKAT AKSES KEPADA TEMPAT LETAK KERETA

8. JMB/MC juga turut boleh menyekat defaulter daripada masuk dan menggunakan tempat letak kereta biarpun tempat letak kereta tersebut dikhususkan untuk Defaulter tersebut.

KESAN SEKATAN

9. Kesan sekatan-sekatan yang dikenakan oleh JMB/MC di atas bukan sahaja mengikat Defaulter itu sendiri bahkan turut mengikat sesiapa sahaja yang menduduki premis tersebut baik ahli keluarganya, penyewanya ataupun tetamunya.

saman JMB

Hubungi kami di 0129797494 atau menerusi email di norhafeezlaw@gmail.com atau menerusi kotak pertanyaan untuk sebarang maklumat lanjut.

saman defaulter JMB MC


0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.