Kenapa Kita Perlu Faham Akta Kontrak 1950?
1. Ramai antara kita beranggapan bahawa undang-undang kontrak hanyalah untuk ahli korporat, syarikat - syarikat gergasi atau peguam-peguam di kamar mahkamah.
2. Tapi hakikatnya, hampir setiap aspek hidup kita hari ini – dari beli rumah, tandatangan agreement kerja, sampai lah ke beli telefon secara ansuran – melibatkan elemen kontrak.
3. Persoalannya, sejauh mana kita faham isi kandungan kontrak yang kita tandatangan itu?
4. Akta Kontrak 1950 bukan sekadar dokumen undang-undang. Ia sebenarnya satu panduan kehidupan berkontrak – yang menentukan bila sesuatu persetujuan itu sah, bila ia boleh dibatalkan, dan apa yang berlaku bila salah satu pihak gagal menunaikan janji.
5. Tanpa kefahaman asas, kita bukan saja berisiko ditipu, malah mungkin hilang hak untuk menuntut ganti rugi yang sepatutnya.
6. Bayangkan kita menandatangani satu perjanjian tanpa baca butiran penting – dan kemudian terperangkap dalam syarat-syarat yang kita langsung tak jangka.
7. Atau kita setuju kepada satu janji mulut yang akhirnya membawa kerugian besar. Atau mungkin kita pernah berdepan dengan kontrak yang terbatal sebab ada elemen yang menyalahi undang-undang.
8. Semua ini boleh dielakkan kalau kita ambil sedikit masa untuk memahami asas-asas kontrak yang telah kami kongsikan sebelum ini menerusi pautan - pautan dibawah:
- Apakah itu Kontrak? – Ini adalah titik mula. Apa yang membezakan janji kosong dengan satu kontrak yang mengikat secara sah?
- Persetujuan Bebas – Bagaimana jika anda dipaksa bersetuju? Adakah kontrak itu sah?
- Kontrak yang Tidak Sah – Ramai tak sedar, walaupun kontrak itu ditandatangani, ia boleh terbatal jika menyalahi undang-undang.
- Pampasan & Gantirugi – Bila kontrak dilanggar, apakah hak anda untuk menuntut kerugian?
- “Saya tak baca perjanjian tu...” – Adakah alasan ini boleh menyelamatkan anda di mahkamah?
9. Rencana - rencana ini ditulis untuk kita semua sebagai peringatan dan pengetahuan, dalam bahasa yang mudah difahami. Ia bukan kuliah undang-undang, tapi panduan realiti yang boleh menjimatkan wang, masa, dan kadang-kadang – maruah.
10. Kalau anda ada tandatangan apa-apa perjanjian tahun ini, atau mungkin akan tandatangan tidak lama lagi… anda wajib baca kesemuanya.
Jangan tunggu sampai anda disaman atau rugi beribu ringgit baru nak ambil tahu. Fahami kontrak hari ini — sebelum kontrak itu mempermainkan anda.
Berwaspada dan beringatlah selalu!
Penafian: Rencana di dalam Norhafeezlaw[dot]com ini diterbitkan dengan tujuan untuk kesedaran dan pengetahuan umum. Mana-mana bahagian yang terkandung di dalam rencana ini tidak boleh dijadikan panduan untuk memulakan tindakan undang-undang secara sendirian, tanpa terlebih dahulu merujuk kepada seorang peguam yang berpengalaman.
Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan rencana ini atau untuk mengatur sesi konsultasi guaman, anda boleh berhubung dengan mana-mana peguam pilihan anda, atau pun anda boleh menghubungi kami [Firma Guaman Tetuan Hafeez & Hazlina] melalui whatsapp dengan menekan imej diatas.