KENA BUANG KERJA? DIPECAT TANPA SEBAB? INI LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU ANDA BUAT.
DIBUANG KERJA? DI BERHENTIKAN KERJA? ALASAN TIDAK MUNASABAH? INI LANGKAH YANG ANDA BOLEH AMBIL.
Anda telah dipecat atau dibuang kerja oleh majikan. Anda tidak berpuas hati dan merasakan pemecatan atau pembuangan tersebut adalah tidak munasabah dan tidak adil. Apakah langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk mendapat keadilan?
SURAT REPRESENTASI PEKERJA
2. Pertama, anda perlu menyediakan satu surat representasi di bawah seksyen 20 (1), Akta Perhubungan Perusahaan 1967.
3. Apa itu surat representasi pekerja? Secara mudahnya, ianya adalah satu surat kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPP) (mudahnya, Pejabat Buruh) yang mengandungi aduan tentang pembuangan kerja anda.
4. Surat representasi tersebut hendaklah disertakan dengan butir-butir penting diantara lainnya, seperti no. kad pengenalan, alamat, nama majikan, alamat tempat kerja, jawatan dan gaji terakhir, tarikh mula dan diberhentikan kerja.
5. Surat Representasi tersebut hendaklah disertakan dengan salinan surat pemecatan (jika ada) dan adalah penting juga Surat Representasi tersebut juga mempunyai permohonan agar anda diambil semula untuk berkerja oleh majikan anda.
6. Kedua setelah anda menyediakan surat representasi tersebut, anda hendaklah menyerahkan surat representasi tersebut ke mana-mana Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia yang terdekat.
7. Anda boleh merujuk cawangan JPP yang terdekat menerusi laman ini: http://jpp.mohr.gov.my/profail/cawangan. Surat representasi tersebut hendaklah dihantar didalam tempoh masa 60 hari daripada tarikh pemecatan anda.
SESI RUNDINGAN PEKERJA DAN MAJIKAN
8. Ketiga, selepas anda menyerahkan surat representasi tersebut, JPP akan mengatur dan akan mengadakan sesi konsiliasi/rundingan dimana anda dan pihak majikan akan dipanggil.
9. Pegawai JPP akan menjadi orang tengah didalam perbincangan tersebut dan beliau akan cuba memberikan cadangan yang mana ianya boleh dipersetujui oleh anda dan majikan.
10. Untuk sesi rundingan ini, anda perlu membawa bersama dokumen-dokumen sokongan seperti surat-surat amaran (jika ada), surat pemberhentian kerja, nota-nota keterangan dari proses siasatan dalaman (jika ada) dan apa-apa dokumen berhubung dengan pemecatan anda.
KEPUTUSAN RUNDINGAN
7. Kemungkinan keputusan sesi rundingan tersebut adalah diantara berikut:
- Majikan bersetuju untuk mengambil anda semula berkerja.
- Anda bersetuju untuk menarik balik permohonan pengambilan semula berkerja
- Anda bersetuju menerima pampasan atau
- Tiada kata sepakat dan rundingan gagal
_______________________


8 Pertanyaan & Jawapan