>

TUNTUTAN CIPAA - PROSES ADJUDIKASI DIBAWAH AKTA PEMBAYARAN DAN ADJUDIKASI INDUSTRI PEMBINAAN 2012

apa itu cipaa - tuntutan cipaa

APA ITU CIPAA DAN PROSES TUNTUTAN DI BAWAH CIPAA? MEMAHAMI PROSES ADJUDIKASI DI BAWAH AKTA PEMBAYARAN DAN ADJUDIKASI INDUSTRI PEMBINAAN 2012 (CIPAA 2012).

Apa itu CIPAA atau tuntutan di bawah Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 (Construction Industry Payment and Adjudication 2012)? Dan apakah proses tuntutan melalui CIPAA? 

APA ITU TUNTUTAN CIPAA?

1. Tuntutan CIPAA adalah tuntutan industri pembinaan yang dibuat di bawah Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 (Construction Industri Payment and Adjudication 2012) atau lebih dikenali sebagai CIPAA 2012. 

2. CIPAA yang berkuat kuasa pada 15.4.2014, telah diperkenalkan oleh Parlimen sebagai salah satu platform alternatif bagi menyelesaikan pertikaian di dalam industri pembinaan berdasarkan Perjanjian yang telah dimeterai. 

3. Tuntutan melalui CIPAA ini turut bertujuan untuk membantu masalah cash flow yang seringkali dihadapi oleh firma-firma industri disebabkan oleh pertikaian pembayaran (payment disputes). 

FUNGSI & SKOP CIPAA

4. Ianya adalah prosedur yang lebih mudah, cepat, efisien dan efektif bagi menyelesaikan sebarang pertikaian yang melibatkan pembayaran untuk kerja kontrak (contractual work done), pembekalan bahan (material supply) dan perkhidmatan (services rendered) yang telah disempurnakan di antara firma-firma yang terlibat di dalam industri pembinaan dan kontraktor. 

5. Walau bagaimana pun, ianya bersifat terus (summary) dan tidak melibatkan keperluan untuk mendapatkan keterangan saksi melainkan sekiranya difikirkan perlu oleh adjudikator.

6. Oleh yang demikian, keputusan terhadap sesuatu tuntutan di bawah CIPAA adalah berdasarkan kekuatan dokumen-dokumen yang di sediakan dan diserahkan kepada Adjudikator.

SIAPA YANG BOLEH MEMBUAT TUNTUTAN CIPAA?

7. Pihak-pihak yang boleh membuat tuntutan di bawah CIPAA adalah pihak-pihak yang terlibat di dalam industri pembinaan bangunan. Ini termasuklah pihak pemilik projek, pemaju perumahan, kontraktor, arkitek, jurutera, electricians dan sebagainya.

BILA BOLEH MEMBUAT TUNTUTAN CIPAA?

8. Lazimnya tuntutan boleh dibuat apabila terdapat kegagalan mana-mana pihak untuk membuat pembayaran yang telah dipersetujui melalui perjanjian. 

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT TUNTUTAN CIPAA?  

9. Bagaimana untuk membuat tuntutan melalui CIPAA? Apabila pihak-pihak yang terlibat di dalam industri pembinaan dan kerja kontrak gagal untuk mencapai kata sepakat untuk sesuatu pertikaian melibatkan pembayaran bagi kerja-kerja (termasuk kerja-kerja tambahan (variation works) yang seringkali menjadi punca utama pertikaian), syarikat yang menuntut boleh menyerahkan Tuntutan Bayaran secara formal kepada Syarikat yang Dituntut.

CIPAA lawyer in Malaysia Kelantan

10. Sekiranya tiada sebarang bayaran diterima oleh Syarikat yang Menuntut di dalam tempoh 10 hari, maka bayaran yang dituntut akan di anggap sebagai Bayaran yang Dipertikaikan.

11. Syarikat yang menuntut boleh memfailkan Notis Adjudikasi di bawah CIPAA 2012 kepada Syarikat yang Dituntut. Selepas 7 hari bekerja, Syarikat yang Menuntut boleh memfailkan Notis Adjudikasi ke Pusat Arbitrasi (Asian International Arbitration Centre) bagi tujuan pendaftaran.

12. Setelah seorang adjudikator (yang berfungsi sebagai pengadil di mana beliau mempunyai kuasa di bawah s.25 CIPAA 2012 untuk melakukan apa-apa tindakan yang difikirkan sesuai bagi maksud untuk menilai fakta dan dokumen sokongan tuntutan dan kemudiannya memberikan keputusan) dilantik, beliau akan menyerahkan Notis Penerimaan sebagai adjudikator.

13. Syarikat yang Menuntut hendaklah menyerahkan Tuntutan Adjudikasi (Adjudication Claim) bersama dengan dokumen-dokumen sokongan mereka kepada Syarikat yang Dituntut dan Adjudikator. 

14. Syarikat yang Dituntut seterusnya boleh memfailkan Jawapan Adjudikasi (Adjudication Responce) bersama dokumen-dokumen sokongan kepada Syarikat yang Menuntut yang seterusnya boleh membalasnya melalui penyerahan Balasan Adjudikasi (Adjudication Reply). 

15. Kesemua dokumen-dokumen ini hendaklah diserahkan kepada pihak-pihak dan adjudikator di dalam masa yang tertentu dan yang telah ditetapkan.

KEPUTUSAN TUNTUTAN CIPAA

16. Setelah membuat penilaian terhadap dokumen-dokumen yang telah diserahkan dan dilampirkan bersama, Adjudikator, selaras dengan s.25, boleh mengadakan pendengaran, mengambil keterangan, melantik pakar dengan persetujuan pihak-pihak atau melakukan pemeriksaan di tempat-tempat pembinaan, bahan-bahan pembinaan yang berkaitan ataupun melanjutkan sebarang tempoh masa sekiranya dirasakan perlu. 

17. Setelah berpuas hati, Adjudikator akan memberikan Keputusan Adjudikasi (Adjudication Decision).

18. Sekiranya keputusan berpihak kepada Syarikat yang Menuntut, maka pihak tersebut boleh mendaftar atau menguatkuasakan keputusan tersebut sebagai Penghakiman melalui Mahkamah Tinggi ataupun membuat tuntutan terus kepada kontraktor prinsipal (sekiranya ada) untuk sub kontraktor. Proses keseluruhan tuntutan melalui CIPAA 2012 memakan masa minimum selama 90 hari.

20. Keputusan Adjudikator akan mengikat pihak-pihak, walau bagaimana pun, Syarikat yang Dituntut boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk mengenepikan Keputusan tersebut selaras dengan s.15 CIPAA 2012 sekiranya keputusan tersebut di dapati diperolehi melalui penipuan (fraud) ataupun rasuah (bribery), ataupun terdapatnya penafian keadilan asasi (natural justice) ataupun adjudikator di dapati gagal bertindak secara bebas dan saksama (independently and impartially) dan diluar bidang kuasa beliau sebagai adjudikator.

FUNGSI PEGUAM ATAU KONSULTAN TUNTUTAN 

21. Fungsi peguam untuk tuntutan CIPAA adalah untuk memastikan kepatuhan kepada akta yang terbabit, memastikan dokumen-dokumen yang terlibat disediakan dengan sempurna dan mendapatkan pandangan perundangan terhadap sebarang terma dan klausa sebarang perjanjian dan dokumentasi malah untuk membantu syarikat merangka strategi, merencana fakta dan menderaf notis-notis yang perlu difail dan diserahkan, pihak syarikat boleh mendapatkan khidmat peguam-peguam pilihan untuk tujuan-tujuan tersebut memandangkan tuntutan yang dibuat melalui CIPAA dan tuntutan melalui Mahkamah tidaklah terlalu jauh bezanya. 

CIPAA malaysia, proses CIPAA

Hubungi kami di 0129797494 atau menerusi email di norhafeezlaw@gmail.com atau menerusi kotak pertanyaan untuk sebarang maklumat lanjut.

CIPAA claims in malaysia


1 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.