>

FITNAH TERHADAP SYARIKAT

fitnah syarikat perniagaan, fitnah company, company defamation

FITNAH TERHADAP SYARIKAT

Apabila sesuatu kenyataan palsu dibuat terhadap sesebuah syarikat, apakah tindakan yang boleh syarikat tersebut ambil? Apakah syarikat boleh memfailkan saman malu atau fitnah? Apakah itu saman kepalsuan berniat jahat (Malicious Falsehood)? 

1. Apabila terdapat tuduhan palsu atau fitnah dibuat terhadap sesebuah syarikat, maka syarikat tersebut mempunyai pilihan untuk mengambil tindakan.

2. Untuk fitnah terhadap syarikat, terdapat tiga (3) pilihan, atau kausa tindakan (sebab untuk menyaman) yang lazimnya akan dipilih oleh syarikat tersebut.

SAMAN MALU/FITNAH SYARIKAT

3. Pilihan pertama adalah untuk memfailkan tindakan Saman Fitnah (Defamation).

4. Syarat-syarat lazim yang perlu dipenuhi sebelum sesebuah syarikat boleh memfailkan saman malu atau fitnah adalah tiga (3).

i. Kenyataan tersebut adalah fitnah atau palsu;

ii. Kenyataan tersebut merujuk kepada syarikat;

iii. Kenyataan tersebut telah disiarkan dan disebarkan.

5. Syarikat yang ingin memfailkan Saman Malu tersebut hendaklah memenuhi ketiga-tiga syarat ini.

SAMAN KEPALSUAN BERNIAT JAHAT

6. Pilihan kedua yang boleh diambil oleh syarikat terhadap orang yang memfitnah syarikat tersebut adalah tuntutan dibawah Kepalsuan Berniat Jahat ataupun Malicious Falsehood.

7. Syarat-syarat utama yang perlu dipenuhi oleh syarikat dibawah tuntutan ini juga ada tiga (3).

i. Kenyataan yang disiarkan terhadap syarikat adalah palsu;

ii. Kenyataan tersebut disiarkan dengan niat jahat;

iii. Syarikat perlu membuktikan kerugian khusus (specific damages) yang telah di alami akibat daripada penyiaran kenyataan tersebut.

APA ITU NIAT JAHAT (MALICE)?

8. Sesuatu tindakan itu boleh ditafsirkan sebagai berniat jahat apabila ianya dibuat sembrono (reckless), dengan prejudis, tidak munasabah (unreasonable) atau kepercayaan tidak berasas (unfair belief in the truth).

9. Niat jahat boleh dibuktikan dengan menunjukkan bahawa seseorang yang membuat kenyataan itu tidak mempercayai pun apa yang ditulis.

PERBEZAAN DI ANTARA SAMAN MALU DENGAN SAMAN KEPALSUAN BERNIAT JAHAT.

10. Secara umumnya, asas untuk kedua-dua kausa tindakan adalah sama iaitu kenyataan palsu yang disebarkan terhadap syarikat.

11. Yang membezakan keduanya adalah beban pembuktian di Mahkamah.

12. Untuk kes Saman Malu, beban untuk membuktikan kenyataan fitnah itu sebenarnya benar adalah pada pemfitnah. Manakala untuk kes Kepalsuan Berniat Jahat, beban untuk membuktikan kebenaran kenyataan itu adalah pada syarikat yang mengambil tindakan.

13. Secara mudahnya, untuk kes Fitnah, sesuatu kenyataan itu dianggap (presumed) palsu dan pemfitnah perlu membuktikan kenyataan yang dibuat itu adalah benar.

14. Dibawah kes Malicious Falsehood pula, sesuatu kenyataan itu dianggap benar dan syarikat perlu membuktikan bahawa kenyataan yang dibuat itu adalah palsu.

15. Ini adalah seperti yang ditetapkan di dalam sebuah kes inggeris (english case) iaitu Drummond-Jackson v British Medical Association. Mahkamah telah memutuskan seperti berikut:

These two actions [of libel and malicious falsehood] must be kept distinct. They have very different consequences. In libel the law presumes everything against the writer; the words presumed to be false and malicious; and it is for the writer to prove, if he can, that the words were true and the comment was fair, or otherwise make good his defence. But in malicious falsehood the boot is on the other foot. The writer is presumed to be acting honestly and without malice; and it is for the plaintiff to prove, if he can, that the words were written by the defendant falsely and maliciously and were calculated to damage the plaintiff in his calling.

16. Di dalam sebuah lagi kes inggeris yang dirujuk oleh kebanyakan Mahkamah di Malaysia untuk kes-kes sebegini, iaitu Derbyshire County Council v Times Newspapers Ltd, Mahkamah menyatakan seperti berikut:

The distinction between the torts of defamation and malicious falsehood is conveniently summarised in Duncan and Neill on Defamation (2nd Ed 1983) para 2.03. The essential differences are: (1) the shift in the burden of proof: in defamation the defendant has to prove that the defamatory words were true; in malicious falsehood the plaintiff must prove that the words are false; (2) in an action for malicious falsehood the plaintiff has to prove malice as part of his cause of action; this is not so in the case of defamation. 

PILIHAN KETIGA?

17. Apa pilihan ketiga yang ada bagi sebuah syarikat yang ingin mengambil tindakan terhadap tuduhan palsu yang dibuat keatasnya?

18. Pilihan tersebut adalah; dengan mengambil tindakan dibawah kedua-dua, iaitu Saman Malu DAN saman Kepalsuan Berniat Jahat.

gangguan seksual di malaysia

Hubungi kami di 0129797494 atau menerusi email di norhafeezlaw@gmail.com atau menerusi kotak pertanyaan untuk sebarang maklumat lanjut.


0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.