>

PEGUAM UNTUK SYARIKAT

peguam syarikat, company lawyer, guaman syarikat

PEGUAM UNTUK SYARIKAT

Syarikat ingin menyaman atau syarikat disaman? Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya syarikat ingin mengambil tindakan saman ataupun syarikat telah disaman oleh mana-mana pihak? Adakah syarikat boleh mewakili diri sendiri secara persendirian di Mahkamah atau memerlukan peguam syarikat? Adakah syarikat wajib melantik peguam syarikat untuk mengendalikan apa-apa kes Mahkamah bagi pihaknya?

KAPASITI SYARIKAT UNTUK BERTINDAK

1. Syarikat, samada syarikat berhad atau sendirian berhad, sebagaimana entiti lain, boleh menyaman ataupun di saman di Mahkamah.

2. Berbeza dengan entiti perniagaan milikan tunggal (enterprise), disisi undang-undang, sesebuah syarikat diiktirafkan sebagai individu (legal person) yang mempunyai kapasiti sah (legal capacity) yang boleh menyaman dan disaman.

3. Ini bermaksud, sesebuah syarikat boleh menyaman dan disaman diatas namanya sendiri. 

4. Lantaran itu, sekiranya syarikat ingin mengambil tindakan undang-undang atau mana-mana pihak ingin mengheret sesebuah syarikat ke Mahkamah, tindakan yang diambil adalah diatas nama syarikat itu sendiri dan bukannya pemegang saham atau pengarah-pengarah sesebuah syarikat.

ENTITI PERUNDANGAN YANG BERASINGAN (SEPARATE LEGAL ENTITY)

5. Ya, pemegang saham dan pengarah sesebuah syarikat dianggap sebagai entiti-entiti yang berasingan dengan sesebuah syarikat. 

6. Sebagai contoh, sekiranya sesebuah syarikat itu didapati telah melanggar apa-apa kontrak, maka tindakan hendaklah diambil keatas syarikat itu sendiri dan bukannya pemegang saham ataupun pengarah syarikat tersebut. 

7. Konsep ini dikenali sebagai prinsip separate legal entity ataupun entiti perundangan yang berasingan.

#rujukpeguam, rujuk peguam, peguam scam, saman scammer

KEPERLUAN PEGUAM SYARIKAT

8. Sebagaimana yang kita sedia maklum, seseorang individu atau orang perseorangan boleh mewakili dirinya sendiri di Mahkamah. Beliau boleh membawa kes tanpa memerlukan seorang peguam sekiranya beliau mempunyai pengetahuan undang-undang yang mencukupi. 

9. Namun adakah sesebuah syarikat boleh mewakili dirinya sendiri memandangkan undang-undang mengiktiraf syarikat sebagai individu legal?

10. Jawapannya tidak boleh. Sesebuah syarikat tidak boleh mewakili diri sendiri sebagai sebuah entiti ataupun melantik mana-mana pegawainya sebagai wakil. Ini bermaksud, untuk membawa sesuatu tindakan undang-undang di Mahkamah, syarikat perlu melantik seorang peguam bagi pihak syarikat untuk mewakilinya.

11. Begitu juga sekiranya syarikat tersebut disaman. Syarikat perlu melantik seorang peguam syarikat untuk mewakilinya di Mahkamah.

12. Ini adalah kerana, undang-undang memperuntukkan bahawa sesebuah syarikat hendaklah diwakili oleh seorang peguam yang bertauliah untuk mewakili syarikat tersebut di Mahkamah untuk apa-apa kes.

HUBUNGAN PEGUAM DAN SYARIKAT

13. Adalah disarankan kepada pemilik-pemilik syarikat sendirian berhad ataupun berhad menjalinkan hubungan yang baik dengan peguam bagi memudahkan urusan sekiranya syarikat perlu ke Mahkamah, samada untuk menyaman ataupun di saman.

penghakiman ingkar

Hubungi kami di 0129797494 atau menerusi email di norhafeezlaw@gmail.com atau menerusi kotak pertanyaan untuk sebarang maklumat lanjut. 


0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.