>

BORANG PELEPASAN BANKRAP

pelepasan kebankrapan segera, borang pelepasan bankrapan
 

Selaras dengan pembentangan Belanjawan negara 2023, kerajaan telah mengumumkan bahawa individu-individu yang telah dibankrapkan, kini boleh memohon pelepasan kebankrapan melalui Sijil Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi sekiranya individu-individu tersebut termasuk di dalam 3 kategori yang diumum.

1. Yang pasti, ini adalah berita yang baik buat anda sekiranya anda masih berstatus bankrap. 

2. pengumuman tersebut adalah selaras dengan keprihatinan kerajaan bahawa individu-individu yang telah diisyitharkan muflis layak menerima peluang kedua sekiranya mereka terdiri dan memenuhi 3 kategori atau syarat yang berikut:

(a) Kebankrapan anda sudah melebihi 5 tahun dari tarikh Perintah Kebankrapan; 
 
(b) Jumlah kebankrapan anda tidak melebihi RM50,000.00; dan
 
(c) Tiada sebarang prosiding penyiasatan di Mahkamah yang menghalang Sijil Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi dikeluarkan.
 

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENDAPATKAN BORANG PELEPASAN KEBANKRAPAN SEGERA?

Klik disini untuk muat turun borang Permohonan Pelepasan Sijil Ketua Pengarah Insolvensi.

3. Pastikan anda telahpun menemui pegawai di Jabatan Insolvensi Malaysia cawangan yang berkenaan bagi membolehkan pegawai Insolvensi menjalankan pentadbiran ke atas kes anda.

4. Selepas itu, anda boleh memuat turun dan mengisi borang di atas dan seterusnya menyerahkan sesalinan borang tersebut bersama dengan apa-apa borang sokongan berkenaan kepada Jabatan Insolvensi yang mentadbir kebankrapan anda.

Penafian: Rencana ini diterbitkan dengan tujuan untuk kesedaran dan pengetahuan umum. Mana-mana bahagian yang terkandung di dalam rencana ini tidak boleh dijadikan panduan untuk memulakan tindakan undang-undang secara sendirian, tanpa terlebih dahulu merujuk kepada seorang peguam yang berpengalaman atau badan yang mempunyai bidang kuasa.

0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.