Nor Hafeez Law
  • Utama
  • Profil
  • Hubungi Saya
  • MYkebankrapan
  • Himpunan Artikel
  • AI.RA Chatbot
  • Privasi

Lokasi Mahkamah Negeri di Semenanjung Malaysia

Dikemas kini pada: 13 Mac 2026

Mahkamah-mahkamah di Malaysia beroperasi di kompleks-kompleks mahkamah di setiap negeri dan mengendalikan pelbagai prosiding dan kes-kes hampir setiap hari. Halaman ini menghimpunkan rujukan lokasi mahkamah bagi memudahkan orang awam mencari alamat dan navigasi ke mahkamah negeri yang berkaitan. Setiap pautan di bawah membawa ke halaman lokasi yang mengandungi maklumat asas seperti alamat mahkamah, nombor telefon serta pautan navigasi seperti Google Maps atau Waze.

Direktori Lokasi Mahkamah

Mahkamah Kuala Lumpur (Jalan Duta)
Mahkamah Majistret, Sesyen & Mahkamah Tinggi
Mahkamah Shah Alam, Selangor
Mahkamah Majistret, Sesyen & Mahkamah Tinggi
Mahkamah Klang, Selangor
Mahkamah Majistret, Sesyen & Mahkamah Tinggi
Mahkamah Melaka
Mahkamah Majistret, Sesyen & Mahkamah Tinggi
Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan
Mahkamah Majistret, Sesyen & Mahkamah Tinggi
Mahkamah Johor Bahru, Johor
Mahkamah Majistret, Sesyen & Mahkamah Tinggi
Mahkamah Kuala Terengganu, Terengganu
Mahkamah Majistret, Sesyen & Mahkamah Tinggi
Mahkamah Kota Bharu, Kelantan
Mahkamah Majistret, Sesyen & Mahkamah Tinggi
Mahkamah Kuantan, Pahang
Mahkamah Majistret, Sesyen & Mahkamah Tinggi
Mahkamah Temerloh, Pahang
Mahkamah Majistret, Sesyen & Mahkamah Tinggi
Mahkamah Ipoh, Perak
Mahkamah Majistret, Sesyen & Mahkamah Tinggi
Mahkamah Taiping, Perak
Mahkamah Majistret, Sesyen & Mahkamah Tinggi
Mahkamah Alor Setar, Kedah
Mahkamah Majistret, Sesyen & Mahkamah Tinggi

Etika Hadir Mahkamah di Malaysia

Setiap individu yang hadir ke mahkamah sama ada sebagai pihak dalam kes, saksi atau orang awam perlu mematuhi etika dan peraturan tertentu ketika berada di dalam mahkamah. Ini termasuk cara berpakaian yang sesuai, menjaga tingkah laku semasa prosiding dan menghormati perjalanan mahkamah.

Kegagalan mematuhi etika asas ini boleh menyebabkan seseorang diarahkan keluar dari mahkamah atau mengganggu perjalanan prosiding yang sedang dijalankan.

Untuk memahami dengan lebih jelas tentang pakaian yang sesuai ke mahkamah, etika hadir mahkamah serta peraturan dalam mahkamah Malaysia, sila rujuk panduan lengkap di sini:

Panduan Etika Hadir Mahkamah dan Peraturan Dalam Mahkamah

Soalan Lazim

Adakah halaman ini mengandungi semua Mahkamah Tinggi di Malaysia?
Buat masa ini, halaman ini menghimpunkan lokasi yang telah diterbitkan di NorHafeezLaw.com. Senarai ini boleh ditambah dari semasa ke semasa.
Adakah maklumat lokasi ini rasmi?
Halaman ini berfungsi sebagai rujukan umum. Untuk pengesahan akhir, elok semak juga dengan pihak mahkamah atau navigasi rasmi sebelum hadir.
Bolehkah saya terus datang ke mahkamah tanpa peguam?
Itu bergantung pada jenis urusan. Untuk isu prosedur atau tindakan sivil yang kompleks, lebih selamat dapatkan pandangan peguam terlebih dahulu.
Adakah halaman ini memberi nasihat undang-undang?
Tidak. Halaman ini ialah halaman rujukan lokasi dan pautan ke artikel berkaitan, bukan nasihat undang-undang khusus untuk fakta kes kau.
Maklumat di atas adalah untuk rujukan lokasi dan alamat mahkamah sahaja. Jika anda ingin membaca artikel perundangan atau mendapatkan pandangan peguam sivil mengenai kes sivil, sila rujuk artikel di NorHafeezLaw.com atau hubungi melalui WhatsApp.
Rujuk Artikel Undang-Undang WhatsApp NorHafeezLaw

Hafeez Hazlina Firma Guaman Kuala Lumpur

Penafian: Rencana di dalam Norhafeezlaw[dot]com ini diterbitkan bagi tujuan kesedaran dan pengetahuan umum. Mana-mana bahagian yang terkandung di dalam rencana ini tidak boleh dijadikan panduan untuk memulakan tindakan undang-undang secara sendirian tanpa terlebih dahulu merujuk kepada seorang peguam yang berpengalaman.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan rencana ini atau untuk mengatur sesi konsultasi guaman, anda boleh berhubung dengan mana-mana peguam pilihan anda, atau anda boleh menghubungi kami, Firma Guaman Tetuan Hafeez & Hazlina, melalui WhatsApp dengan menekan imej di atas.

AI chatbot guaman Malaysia AI.RA Norhafeezlaw
Dikemas kini pada: 14 Mac 2026

Jika anda pernah membaca artikel di norhafeezlaw.com, anda mungkin perasan bahawa laman ini mengandungi ratusan rencana berkaitan undang-undang seperti tuntutan hutang, fitnah, litigasi sivil, muflis dan pelbagai isu guaman lain.

Bagi memudahkan pembaca mencari maklumat yang relevan dengan lebih cepat, laman ini kini menyediakan satu pembantu carian berasaskan AI yang dikenali sebagai AI.RA.

AI.RA bermaksud Artificial Intelligence Reference Assistant. Ia dibangunkan khusus sebagai pembantu rujukan untuk membantu pembaca memahami isu undang-undang secara asas dan seterusnya mencari artikel yang berkaitan dalam laman norhafeezlaw.com.

Perkara penting yang perlu difahami ialah AI.RA tidak berfungsi seperti chatbot umum seperti ChatGPT atau Gemini. Sistem ini tidak menjawab berdasarkan keseluruhan internet, tetapi hanya merujuk kepada kandungan artikel yang telah diterbitkan dalam laman Norhafeezlaw.

Apabila anda bertanya sesuatu soalan kepada AI.RA, ia akan cuba memahami konteks soalan tersebut dan seterusnya mencadangkan artikel-artikel yang berkaitan dalam laman ini. Dalam kebanyakan keadaan, AI.RA juga akan memberikan pautan terus kepada rencana yang relevan supaya anda boleh membaca penerangan penuh dengan lebih terperinci.

Pendekatan ini bertujuan menjadikan proses mencari maklumat undang-undang lebih tersusun. Daripada meneka artikel mana yang sesuai, pembaca boleh menggunakan AI.RA sebagai pembantu rujukan awal sebelum membaca rencana yang berkaitan.

Namun begitu, seperti mana-mana maklumat undang-undang di internet, jawapan daripada AI.RA tidak boleh dianggap sebagai nasihat guaman khusus. Ia hanyalah rujukan awal untuk membantu kefahaman sebelum seseorang mendapatkan nasihat daripada peguam yang berkelayakan.

Cuba AI.RA – Artificial Intelligence Reference Assistant


etika hadir mahkamah malaysia pakaian sesuai dan peraturan dalam mahkamah

Dikemas kini pada: 14 Mac 2026

Etika hadir mahkamah merangkumi cara berpakaian, adab semasa prosiding dan pematuhan kepada peraturan dalam mahkamah Malaysia. Orang awam yang hadir ke mahkamah perlu berpakaian sopan, menjaga tingkah laku, mematikan telefon bimbit dan mengelakkan sebarang perbuatan yang boleh mengganggu perjalanan prosiding.

Mahkamah merupakan institusi rasmi sistem kehakiman negara. Oleh itu, setiap individu yang hadir ke mahkamah perlu mematuhi etika, adab dan peraturan tertentu bagi memastikan prosiding dapat berjalan dengan tertib dan menghormati kedudukan mahkamah.

Artikel ini menerangkan secara ringkas beberapa etika asas, peraturan dalam mahkamah Malaysia serta perkara yang tidak boleh dilakukan ketika berada di dalam mahkamah.

Kandungan Artikel:
  • Etika Hadir Dalam Mahkamah
  • Pakaian Yang Sesuai Ke Mahkamah
  • Peraturan Dalam Mahkamah Malaysia
  • Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan Dalam Mahkamah
  • Soalan Lazim

Rujukan berkaitan:

• Lokasi Mahkamah di Semenanjung Malaysia Baca di sini

• Cara Melantik Peguam Baca di sini

• Whatsapp Firma Guaman Hafeez & Hazlina Whatsapp di sini

Apa maksud Etika Hadir Mahkamah?

1. Etika hadir mahkamah merujuk kepada adab, pakaian dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap individu yang hadir ke mahkamah semasa prosiding dijalankan. Tujuannya ialah memastikan perjalanan prosiding berjalan tertib dan menghormati institusi mahkamah.

Apakah Etika Ketika Hadir Dalam Mahkamah?

2. Pihak yang hendak berada dalam Mahkamah hendaklah hadir pada hari dan masa yang ditetapkan oleh Mahkamah. Mahkamah lazimnya bersidang bermula pada pukul 9.00 pagi. Oleh itu, jangan datang lewat.

3. Di dalam sesuatu kompleks Mahkamah, terdapat banyak dewan-dewan mahkamah yang mengendalikan kes. Dewan mahkamah ini dipanggil Bilik atau Dewan Bicara. Pastikan lokasi Dewan Bicara yang perlu dihadiri melalui bantuan pegawai di kaunter pertanyaan Mahkamah.

4. Setelah sampai di Dewan Bicara, duduk di tempat duduk yang terletak di bahagian paling belakang Dewan Bicara. Tempat duduk ini lazimnya dipanggil Galeri Awam. 

5. Apabila berada di dalam Dewan Bicara Mahkamah, pastikan untuk bangun dan tunduk hormat apabila Hakim atau Majistret masuk atau keluar dari Mahkamah.

6. Sentiasa bawa kad pengenalan. Apabila dipanggil oleh Mahkamah, tampil ke hadapan dan kenalkan diri dengan menunjukkan kad pengenalan tersebut.

7. Berikan sepenuh perhatian terhadap perjalanan kes semasa prosiding sedang berlangsung.

8. Dilarang bercakap-cakap atau membuat bising semasa Mahkamah sedang bersidang. Merakam prosiding Mahkamah yang sedang berjalan melalui apa jua cara juga adalah di larang.

9. Tunduk hormat mengadap Hakim ketika hendak keluar dan meninggalkan Dewan Bicara ketika Mahkamah yang sedang bersidang.

10. Kanak-kanak tidak digalakkan dibawa masuk ke dalam Mahkamah semasa prosiding sedang dijalankan.

Apakah Pakaian Yang Sesuai Ke Mahkamah?

11. Mahkamah merupakan tempat rasmi yang menuntut tahap kesopanan dan profesionalisme tertentu. Oleh itu, individu yang hadir ke mahkamah hendaklah memakai pakaian yang bersih, kemas dan sopan.

12. Antara pakaian yang lazimnya tidak dibenarkan dipakai ketika hadir ke mahkamah termasuk:

a. Seluar atau skirt pendek.

b. Jeans.

c. Selipar.

d. Topi keledar.

e. Cermin mata hitam.

f. Jaket kulit, jaket denim atau pakaian tanpa lengan.

g. Pakaian yang terlalu terang atau sarat dengan perhiasan.

Apakah Peraturan Umum Dalam Mahkamah?

13. Selain etika dan pakaian, terdapat juga beberapa peraturan umum yang perlu dipatuhi oleh orang awam ketika berada di dalam kompleks mahkamah.

14. Antara peraturan asas tersebut termasuk larangan membawa sebarang senjata tajam atau benda merbahaya ke dalam kawasan mahkamah.

15. Mahkamah juga tidak membenarkan sebarang bentuk rakaman audio, visual atau video tanpa kebenaran.

16. Telefon bimbit dan peranti elektronik yang boleh menghasilkan bunyi atau rakaman hendaklah dimatikan atau diletakkan dalam mod senyap.

Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan Dalam Mahkamah?

17. Secara ringkas, terdapat beberapa perkara yang tidak wajar dilakukan ketika berada di dalam mahkamah.

18. Ini termasuk membuat bising, bercakap sesama sendiri semasa prosiding sedang berjalan, menggunakan telefon bimbit secara aktif atau cuba merakam prosiding mahkamah tanpa kebenaran.

19. Sebarang tingkah laku yang mengganggu perjalanan prosiding atau menunjukkan kurang hormat kepada Mahkamah boleh menyebabkan individu tersebut diarahkan keluar dari Mahkamah atau dikenakan tindakan yang bersesuaian.

gambar dalam mahkamah malaysia

Orang awam boleh mengikuti proses bicara tertentu dengan duduk di Galeri Awam.

Soalan Lazim

Apa pakaian sesuai ke mahkamah?
Pakaian yang sesuai ke mahkamah ialah pakaian yang kemas, sopan dan tidak menjolok mata. Elakkan pakaian santai seperti selipar, seluar pendek atau pakaian terlalu mencolok.

Boleh guna telefon dalam mahkamah?
Telefon biasanya perlu dimatikan atau diletakkan dalam mod senyap. Rakaman audio atau video di dalam mahkamah tidak dibenarkan tanpa kebenaran.

Boleh bercakap semasa prosiding?
Orang awam tidak dibenarkan bercakap atau membuat bising semasa prosiding mahkamah sedang berjalan.

_______________________

Hafeez Hazlina Firma Guaman Kuala Lumpur

Penafian: Rencana di dalam Norhafeezlaw[dot]com ini diterbitkan dengan tujuan untuk kesedaran dan pengetahuan umum. Mana-mana bahagian yang terkandung di dalam rencana ini tidak boleh dijadikan panduan untuk memulakan tindakan undang-undang secara sendirian, tanpa terlebih dahulu merujuk kepada seorang peguam yang berpengalaman.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan rencana ini atau untuk mengatur sesi konsultasi guaman, anda boleh berhubung dengan mana-mana peguam pilihan anda, atau pun anda boleh menghubungi kami [Firma Guaman Tetuan Hafeez & Hazlina] melalui WhatsApp dengan menekan imej di atas.

kena saman pinjaman pelajaran dan tindakan undang-undang di Malaysia

Dikemas kini pada: 26 Februari 2026

Tidak semua saman pinjaman pelajaran perlu diterima bulat-bulat dan diakui keabsahan tindakan saman tersebut. Dalam situasi tertentu, saman pinjaman pelajaran boleh dicabar, dirunding, atau sekurang-kurangnya dikawal risikonya. Artikel ini menerangkan kenapa pelajar, pekerja atau peminjam yang kena saman wajar mempertimbangkan untuk melantik peguam, serta kemungkinan asas yang lazim digunakan untuk mencabar atau melembutkan kesan saman.

Kandungan Artikel:
  • Saman Pinjaman Pelajaran: Kenapa Ia Tidak Semestinya “Straightforward”
  • Bila Saman Pinjaman Pelajaran Boleh Dicabar?
  • Kenapa Lantikan Peguam Memberi Kelebihan Nyata
  • Risiko Jika Anda Hadapi Saman Ini Sendiri
  • Soalan Lazim (FAQ)

Rujukan berkaitan:

• Saman Perjanjian Biasiswa Pelajaran: Baca di sini

• Sebab Kenapa Disaman Biasiswa Pelajaran: Baca di sini

• Penjamin Pinjaman Pelajaran & Tanggungjawab Undang-Undang: Baca di sini

Saman Pinjaman Pelajaran: Kenapa Ia Tidak Semestinya Jelas dan Straightforward

1. Secara umum, saman pinjaman pelajaran berlaku apabila pemberi pinjaman seperti Universiti atau Institusi yang berkaitan, mendakwa peminjam gagal mematuhi obligasi atau tanggungjawab pembayaran di bawah perjanjian pinjaman.

2. Namun dari sudut undang-undang, saman jenis ini tidak selalunya bersifat “hitam dan putih”. Ia bergantung kepada kandungan, terma dan syarat perjanjian yang ditandatangani, rekod pembayaran, notis yang diberikan, dan cara tuntutan itu difailkan.

3. Kesilapan biasa peminjam ialah menganggap saman pinjaman pelajaran pasti akan kalah. Hakikatnya, terdapat situasi tertentu di mana saman boleh dicabar sepenuhnya atau dikurangkan impaknya.

Bila Saman Pinjaman Pelajaran Boleh Dicabar?

4. Tidak semua kes perlu perbicaraan panjang. Namun, antara kemungkinan asas yang lazim dipertimbangkan oleh peguam ialah seperti berikut.

Isu dokumen dan pematuhan prosedur.
5. Dalam sesetengah kes, terdapat persoalan sama ada notis, penyata akaun, atau dokumen sokongan boleh menyokong tuntutan yang dibuat. Kecacatan dokumentasi atau kegagalan mematuhi prosedur tertentu boleh menjejaskan kekuatan tuntutan.

6. Kadang-kadang terdapat kes-kes dimana perjanjian yang ditandatangani tidak mempunyai terma-terma yang membolehkan tuntutan difailkan.

7. Malah lebih teruk, ada keadaan di mana, tuntutan tidak disokong oleh sebarang perjanjian pinjaman pelajaran.

Isu jumlah tuntutan dan pengiraan.
8. Bukan semua jumlah yang dituntut adalah tepat. Kesilapan pengiraan faedah, penalti, atau bayaran yang tidak dikreditkan boleh membuka ruang untuk mencabar sebahagian tuntutan atau merundingkan semula.

Isu penangguhan, kelulusan atau keadaan khas.
7. Ada peminjam yang pernah memohon penangguhan, penstrukturan semula, atau mempunyai keadaan khas (contohnya kesihatan atau status pekerjaan). Fakta-fakta ini, jika disokong bukti, boleh memberi kesan besar kepada hala kes.

Kenapa Lantikan Peguam Memberi Kelebihan Nyata

8. Peguam bukan sekadar “menjawab saman”. Peranan sebenar peguam ialah menilai risiko, mengenal pasti titik lemah tuntutan, dan menentukan strategi paling selamat—sama ada untuk mencabar, merunding, atau mengehadkan pendedahan kewangan kita.

9. Dalam banyak kes pinjaman pelajaran, keputusan awal yang salah (contohnya gagal memfailkan pembelaan yang betul atau kandungan pembelaan terlalu longgar) boleh mengunci kedudukan kita sehingga sukar dipulihkan. Di sinilah nasihat profesional menjadi kritikal.

10. Lantikan peguam juga menghantar isyarat jelas kepada pihak penuntut bahawa kes ini ditangani secara serius, berfakta, dan berstruktur— faktor yang sering mempengaruhi rundingan dan pendekatan pihak lawan.

Risiko Jika Kita Hadapi Saman Ini Sendiri

11. Risiko paling ketara ialah kehilangan peluang untuk mencabar atau merunding di peringkat awal. Kesilapan prosedur boleh menyebabkan keputusan dibuat tanpa pertimbangan penuh fakta kita.

12. Selain itu, ramai peminjam hanya sedar implikasi sebenar—seperti kos tambahan dan kesan jangka panjang—apabila kes sudah berada di peringkat lanjut. Pada ketika itu, pilihan yang ada menjadi lebih terhad.

Soalan Lazim (FAQ)

Adakah semua saman pinjaman pelajaran boleh dicabar?
Sekiranya terma perjanjian jelas dan tindakan yang dilakukan pemberi pinjaman mengikut syarat dan terma yang sepatutnya maka ianya sukar dicabar. Tetapi banyak kes memerlukan penilaian terma perjanjian dan fakta sebelum menentukan sama ada cabaran atau rundingan wajar dilakukan.

Perlu ke lantik peguam kalau hutang memang wujud?
Walaupun hutang wujud, isu jumlah, prosedur dan remedi masih relevan. Peguam membantu memastikan anda tidak menanggung liabiliti melebihi sepatutnya.

Apa langkah paling selamat bila terima saman pinjaman pelajaran?
Jangan abaikan. Semak dokumen, kumpul bukti, dan dapatkan nasihat peguam sebelum membuat sebarang tindakan atau pengakuan.

_______________________

Hafeez Hazlina Fima Guaman Kuala Lumpur

Penafian: Rencana di dalam Norhafeezlaw[dot]com ini diterbitkan dengan tujuan untuk kesedaran dan pengetahuan umum. Mana-mana bahagian yang terkandung di dalam rencana ini tidak boleh dijadikan panduan untuk memulakan tindakan undang-undang secara sendirian, tanpa terlebih dahulu merujuk kepada seorang peguam yang berpengalaman. Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan rencana ini atau untuk mengatur sesi konsultasi guaman, anda boleh berhubung dengan mana-mana peguam pilihan anda, atau pun anda boleh menghubungi kami [Firma Guaman Tetuan Hafeez & Hazlina] melalui whatsapp dengan menekan imej diatas.
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

RENCANA TERBARU

CARIAN RENCANA

Dikuasakan oleh Blogger.


TENTANG SAYA

Nor Hafeez – Peguam Sivil di Kuala Lumpur
Nor Hafeez adalah seorang peguamcara sivil yang beramal sebagai seorang peguam dan pemilik penuh sebuah firma guaman yang mempunyai pejabat kecil di pinggir Kuala Lumpur. Beliau mengendalikan pelbagai kes-kes sivil dan pelbagai masalah berkait dengan undang-undang sivil Malaysia seperti kes saman malu, langgar kontrak, hutang peribadi dan korporat, pencerobohan tanah, penceraian bukan islam, harta pusaka, pemecatan kerja, konsultan tuntutan CIPAA dan sebagainya. Di masa lapang, beliau berkongsi ilmu melalui penulisan blog dan sekali sekala menggunakan telefon untuk mengambil dan mengedit gambar secara amatur. Beliau juga adalah seorang glory hunter yang meminati Manchester City dan juga segelas Nescafe Ais diwaktu pagi.
HUBUNGI FIRMA -
TETUAN HAFEEZ & HAZLINA
No.15-A, Jalan SG 1/1,
Taman Seri Gombak,
68100, Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA


Waktu Operasi:
Isnin hingga Jumaat
9.00 pagi – 5.00 petang


Call: 012-979 7494
WhatsApp / SMS: 012-979 7494
Email: norhafeezlaw@gmail.com
PENAFIAN – Setiap satu rencana yang terkandung di dalam norhafeezlaw.com adalah bertujuan untuk pengetahuan, kesedaran dan pendidikan secara umum. Keseluruhan rencana-rencana ini, atau mana-mana bahagian daripadanya, tidak boleh dijadikan sebagai asas, premis atau panduan untuk memulakan sebarang tindakan undang-undang secara sendiri tanpa terlebih dahulu merujuk kepada mana-mana peguam yang bertauliah dan berpengalaman. Penulis tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesan dan akibat daripada sebarang tindakan yang dimulakan secara sendiri tanpa merujuk kepada peguam.
Hakcipta Terpelihara. Kandungan, rencana dan imej yang dipaparkan di dalam laman ini adalah terpelihara mengikut peruntukan-peruntukan yang relevan di bawah Akta Hakcipta 1987. Setiap rencana dan imej tidak boleh disiarkan semula di mana-mana platform tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik laman.

Copyright © Nor Hafeez Law. Designed by OddThemes