>

KENA BUANG KERJA? DIPECAT TANPA SEBAB? INI LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU ANDA BUAT.

 

kena buang kerja

DIBUANG KERJA? DI BERHENTIKAN KERJA? ALASAN TIDAK MUNASABAH? INI LANGKAH YANG ANDA BOLEH AMBIL.

Anda menerima gaji RM2,000 dan kebawah. Anda telah dipecat atau dibuang kerja oleh majikan. Anda tidak berpuas hati dan merasakan pemecatan atau pembuangan tersebut adalah tidak munasabah dan tidak adil. Apakah langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk mendapat keadilan? 

1. Di sini kami menggariskan beberapa langkah ringkas yang boleh anda ambil sekiranya anda dibuang kerja.

SURAT REPRESENTASI PEKERJA

2. Pertama, anda perlu menyediakan satu surat representasi di bawah seksyen 20 (1), Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

3. Apa itu surat representasi pekerja? Secara mudahnya, ianya adalah satu surat kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPP) (mudahnya, Pejabat Buruh) yang mengandungi aduan tentang pembuangan kerja anda. 

4. Surat representasi tersebut hendaklah disertakan dengan butir-butir penting diantara lainnya, seperti no. kad pengenalan, alamat, nama majikan, alamat tempat kerja, jawatan dan gaji terakhir, tarikh mula dan diberhentikan kerja.

5. Surat Representasi tersebut hendaklah disertakan dengan salinan surat pemecatan (jika ada) dan adalah penting juga Surat Representasi tersebut juga mempunyai permohonan agar anda diambil semula untuk berkerja oleh majikan anda.

6. Kedua setelah anda menyediakan surat representasi tersebut, anda hendaklah menyerahkan surat representasi tersebut ke mana-mana Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia yang terdekat. 

7. Anda boleh merujuk cawangan JPP yang terdekat menerusi laman ini: http://jpp.mohr.gov.my/profail/cawangan. Surat representasi tersebut hendaklah dihantar didalam tempoh masa 60 hari daripada tarikh pemecatan anda.

SESI RUNDINGAN PEKERJA DAN MAJIKAN

8. Ketiga, selepas anda menyerahkan surat representasi tersebut, JPP akan mengatur dan akan mengadakan sesi konsiliasi/rundingan dimana anda dan pihak majikan akan dipanggil. 

9. Pegawai JPP akan menjadi orang tengah didalam perbincangan tersebut dan beliau akan cuba memberikan cadangan yang mana ianya boleh dipersetujui oleh anda dan majikan.

10. Untuk sesi rundingan ini, anda perlu membawa bersama dokumen-dokumen sokongan seperti surat-surat amaran (jika ada), surat pemberhentian kerja, nota-nota keterangan dari proses siasatan dalaman (jika ada) dan apa-apa dokumen berhubung dengan pemecatan anda.

KEPUTUSAN RUNDINGAN

7. Kemungkinan keputusan sesi rundingan tersebut adalah diantara berikut:

  •  Majikan bersetuju untuk mengambil anda semula berkerja.
  • Anda bersetuju untuk menarik balik permohonan pengambilan semula berkerja
  • Anda bersetuju menerima pampasan atau
  • Tiada kata sepakat dan rundingan gagal 

8.  Sekiranya sesi rundingan gagal, maka kes anda akan dirujuk kepada kementerian dimana Menteri Sumber Manusia akan mempunyai pilihan samada untuk merujuk kes anda ke Mahkamah Perusahaan.

KES KE MAHKAMAH 

9. Apabila kes anda dirujuk kepada Mahkamah, langkah terbaik adalah untuk mendapatkan nasihat daripada peguam secara bersemuka dan anda bolehlah mempertimbangkan untuk melantik peguam bagi mengendalikan kes anda di Mahkamah.

buang kerja


Hubungi kami di 0129797494 atau menerusi email di norhafeezlaw@gmail.com atau menerusi kotak pertanyaan untuk sebarang maklumat lanjut.

8 Pertanyaan & Jawapan

  1. Salam..Saya ditawarkan pekerjaaan pada 15hb June 2020.Saya dah dipecat secara tidak adil (3 sebab dalam notis 24jam)Tanpa diberi peluang menjelaskan keadaan pada 11hb ogos 2020.Offer letter Dan semua document kad gaji,slip bank masuk gaji lengkap.boleh buat aduan lagi atau tidak? Sebelum ni majikan ada janji Lisan akan ganti pekerjaan di tempat lain dalam masa 1 minggu. Lepas seminggu ganti sebulan sampai sekarang dah hampir setahun masih tiada pekerjaan. Ada cara ke untuk dapat pengadilan.

    BalasPadam
  2. Gaji saya telah dipotong gaji sebanyak 30% daripada gaji basic.selepas saya mengadu kepada Jabatan tenaga kerja,majikan telah dapat maklumat dari pejabat dumber manusia bahawa saya telah buat report tentang pemotongan gaji,apa yang harus buat sekarang?adakah dibuang kerja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adakah syarikat telah mengambil tindakan terhadap cik?

      Padam
  3. Salam....Sya kerja tak sampai sebulan di buang kerja tanpa sebab lepastu suka hati potong gaji....gaji langsung tiada....and surat pengesahan dia tak bagi trus kerja je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rujuk semula perjanjian perkhidmatan. Boleh failkan aduan ke JTK sekiranya sesuai

      Padam
  4. Adakah ini termasuk bagi kakitangan kerajaan/badan berkanun yg dilantik secara kontrak tetapi diberi surat penamatan kontrak tanpa ada sebab diberhentikan…

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rujuk Perjanjian Perkhidmatan dan Akta Badan Berkanun

      Padam
  5. Saya dah berkhidmat di tempat kerja saya selama 3bulan,dan telah dibuang kerja atas masalah disiplin pada 25hb dalam bulan yg ketiga saya bekerja,majikan telah beri 2 warning later pada saya dan seterusnya dibuang,tetapi saya dibuang kerja tanpa ada sebarang notis dibuang kerja,pihak majikan buang saya dri kerja hanya melalui whatsapp sahaja,selepas saya dibuang kerja,saya masih ada baki 24hari saya bekerja di syarikat itu,adakah majikan perlu bayar gaji saya yang berbaki 24hari saya bekerja itu atau tidak?sekiranya majikan tidak bayar gaji saya apa tindakan yang saya perlu buat?yelah dalam bulan yang ketiga saya berkhidmat selama 24hari,keesokanya kena buang serta merta kerana atas masalah kecik,jadi syrikat tu perlu bayar gaji saya atau tidak ya?

    BalasPadam

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.