22 SOAL JAWAB RINGKAS BERKENAAN PERCERAIAN NON MUSLIM / 22 FREQUENTLY ASKED QUESTIONS AND ANSWERS (FAQ) FOR NON MUSLIM DIVORCE
22 SOAL JAWAB RINGKAS BERKENAAN PERCERAIAN NON MUSLIM DI MALAYSIA
22 Essential FAQs About Non-Muslim Divorce in Malaysia: Answers and Insights
1. Saya dan pasangan sudah tidak dapat meneruskan perkahwinan. Kami sama-sama mahu bercerai. Apa yang perlu saya lakukan?
- Anda perlu melantik peguam dan memfailkan Petisyen Perceraian Bersama. Lazimnya suami dan isteri akan melantik peguam yang sama untuk memudahkan urusan.
1. My spouse and I can no longer continue with the marriage, and both of us want a divorce. What should we do?
- You should engage a lawyer of your choice (or us) and file a Joint Petition for Divorce. Typically, both spouses appoint the same lawyer to simplify the process.
2. Apakah maksud Petisyen Perceraian Bersama?
- Petisyen Bersama ialah permohonan yang difailkan secara bersama oleh suami dan isteri. Lazimnya, perceraian serta persetujuan berkaitan nafkah, aset perkahwinan, dan hak jagaan/lawatan anak telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
2. Joint Petition for Divorce — what is it?
- A Joint Petition for Divorce is an application filed jointly by you and your spouse, where both parties have mutually agreed on the divorce terms and related arrangements (maintenance, matrimonial assets, and child custody/access, where applicable).
3. Apakah syarat-syarat untuk saya dan pasangan memfailkan perceraian bersama?
- Pertama, perkahwinan hendaklah berdaftar sama ada di Semenanjung, Sabah atau Sarawak; kedua, perkahwinan hendaklah monogami; ketiga, kedua-dua pihak hendaklah bermastautin di Malaysia semasa Petisyen difailkan; keempat, tempoh perkahwinan hendaklah melebihi dua (2) tahun.
3. Are there any conditions before we can file a Joint Petition?
- Yes. The key requirements are: (1) the marriage must be registered under Malaysian law (Peninsular / Sabah / Sarawak), (2) it must be monogamous, (3) both spouses must be residing in Malaysia at the time of filing, and (4) the marriage must have lasted more than two (2) years.
4. Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa untuk membolehkan peguam menyediakan Petisyen Bersama?
- Bawa salinan kad pengenalan, sijil pendaftaran perkahwinan, salinan sijil lahir anak-anak (jika ada), dan dokumen hak milik hartanah/aset (jika ada).
4. What documents should I bring when meeting my lawyer?
- Bring copies of both spouses’ ICs, the marriage registration certificate, children’s birth certificates (if applicable), and documents relating to matrimonial property/assets (if applicable).
5. Apakah kelebihan Petisyen Bersama?
- Kelebihan Petisyen Bersama ialah: (a) lebih cepat; (b) kos lebih rendah; dan (c) pasangan tidak perlu menghadiri sesi kaunseling/runding cara di Tribunal Perkahwinan.
5. Are there advantages if we opt for a Joint Petition?
- Yes. The process is usually quicker, more cost-effective, and you are not required to attend the conciliation process at the Marriage Tribunal.
6. Tempoh perkahwinan saya dan pasangan masih belum melebihi dua tahun. Bolehkah saya memfailkan Petisyen Bersama?
- Untuk memfailkan Petisyen Bersama, syarat utama ialah usia perkahwinan dua (2) tahun atau lebih. Pasangan tidak dibenarkan memfailkan perceraian jika perkahwinan belum mencapai dua (2) tahun melainkan dengan kebenaran Mahkamah dan syarat-syarat tertentu yang ketat.
6. My marriage has not yet reached two years. Can we file a Joint Petition?
- No, unless you have permission from the Court.
7. Jika tempoh perkahwinan melebihi dua tahun, adakah saya dan pasangan perlu menghadiri runding cara di Tribunal Perkahwinan sebelum memfailkan Petisyen Bersama?
- Tidak perlu.
7. If our marriage exceeds two years, do we still need to attend the conciliation process?
- No.
8. Bagaimana cara untuk menghadiri runding cara di Tribunal Perkahwinan?
- Anda dan pasangan boleh hadir ke cawangan JPN bersama salinan kad pengenalan, pasport asal dan salinan, sijil pendaftaran perkahwinan asal dan salinan, serta laporan polis (jika berkaitan), kemudian serahkan borang JPNKC 14.
8. How do I initiate the conciliation process?
- Visit a nearby JPN office. Bring the originals and copies of your IC, passport, marriage registration certificate, and police report (if applicable). Obtain and submit the JPNKC 14 form as required.
9. Berapa lamakah tempoh masa untuk proses runding cara di Tribunal Perkahwinan berjalan?
- Runding cara hendaklah diselesaikan dalam masa 6 bulan.
9. How long does the conciliation process take?
- Around six (6) months or less.
10. Siapa yang boleh hadir ke proses runding cara?
- Hanya anda dan pasangan, atau ahli keluarga jika dibenarkan oleh Tribunal Perkahwinan. Pihak-pihak tidak boleh diwakili oleh peguam.
10. Who can attend the conciliation process?
- It is recommended that both spouses attend in person. With permission, a family member may attend in place of a spouse. Lawyers are not allowed to represent either party.
11. Pasangan telah diberitahu untuk hadir ke sesi rundingan tetapi memilih untuk tidak hadir. Apa yang akan berlaku?
- Sekiranya pasangan enggan hadir, Tribunal Perkahwinan akan memberikan cadangan yang bersesuaian dan runding cara boleh dikecualikan. Petisyen Perceraian boleh difailkan di Mahkamah selepas itu.
11. What happens if my spouse refuses to attend the conciliation session?
- The Marriage Tribunal may make the necessary determination, and the conciliation process may be exempted. A Divorce Petition can then be filed in Court.
12. Apakah yang akan berlaku sekiranya runding cara tidak dapat diselesaikan?
- Tribunal Perkahwinan akan mengeluarkan sijil yang mengesahkan rundingan telah gagal dan mengesyorkan terma berkaitan pembahagian aset perkahwinan, nafkah, dan hak penjagaan anak sebagaimana yang difikirkan sesuai.
12. What will happen if the conciliation process fails?
- The Marriage Tribunal will issue a certificate confirming the conciliation has failed and may provide recommendations on matrimonial assets, maintenance, and child custody.
13. Saya ingin bercerai namun pasangan tidak mahu bercerai. Bolehkah saya memfailkan petisyen perceraian?
- Boleh.
13. I want a divorce but my spouse is against it. Can I still file?
- Yes. But it may be more complicated.
14. Apakah alasan-alasan yang boleh digunakan untuk permohonan perceraian sebelah pihak?
- Keretakan rumah tangga boleh digunakan sebagai alasan.
14. What are the grounds for Judicial Separation?
- Breakdown of marriage.
15. Apa maksud keretakan rumah tangga?
- Terdapat 4 alasan yang membawa kepada keretakan rumah tangga, iaitu:
i. pasangan melakukan zina dan Pemohon tidak lagi boleh tinggal bersama pasangan;
ii. kelakuan pasangan yang menyebabkan anda tidak boleh lagi tinggal bersamanya (contohnya kaki botol atau kaki pukul);
iii. pasangan lari meninggalkan anda dalam tempoh lebih dua tahun; dan
iv. anda dan pasangan telah tinggal berasingan dalam tempoh lebih dua tahun.
15. Breakdown of marriage — what does it mean?
- There are four grounds for a breakdown of marriage:
i. Your spouse commits adultery;
ii. Unreasonable behaviour by your spouse;
iii. You have been deserted by your spouse for a period of two years or more; or
iv. You and your spouse have been living separately for a period of two years or more.
16. Pasangan saya seorang alkoholik/pendera/kaki judi dan saya tidak lagi sanggup hidup bersama dia. Bolehkah saya memfailkan perceraian?
- Ya, boleh.
16. My spouse is an alcoholic/abusive/has a gambling addiction, and I can no longer bear to live with him. Can I file for divorce?
- Yes, you can.
17. Sekiranya saya ingin memfailkan Petisyen untuk Pemisahan Penghakiman, adakah saya perlu menghadiri runding cara di Tribunal Perkahwinan?
- Ya.
17. If I file for Judicial Separation, do I need to attend the conciliation process?
- Yes.
18. Adakah saya dan pasangan perlu hadir sewaktu pendengaran Petisyen di Mahkamah?
- Ya.
18. Do my spouse and I need to attend the hearing of the Petition?
- Yes.
19. Selepas Petisyen didengarkan oleh Mahkamah, apa yang akan berlaku?
- Sekiranya Mahkamah berpuas hati, Mahkamah akan memberikan dekri perceraian yang dipanggil Dekri Nisi. Dekri Nisi sah selama 3 bulan. Dekri Nisi juga boleh dijadikan muktamad/mutlak dengan serta-merta sekiranya memenuhi syarat-syarat tertentu.
19. What happens after the hearing of the Petition?
- If the Court is satisfied, it may issue a Decree Nisi, a provisional divorce decree that remains valid for three (3) months. In certain cases, it may be made absolute immediately if the requirements are met.
20. Selepas Dekri Nisi diberikan, adakah saya boleh merujuk semula kepada pasangan?
- Dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh Dekri Nisi diberikan, anda dan pasangan boleh memohon untuk membatalkan Dekri Nisi tersebut.
20. After Decree Nisi is granted, can I reconcile with my spouse?
- You may apply to rescind the Decree Nisi within three (3) months from the date it is granted if you intend to reconcile.
21. Selepas tempoh 3 bulan Dekri Nisi tamat, bolehkah saya atau pasangan memohon untuk menjadikan Dekri tersebut muktamad/mutlak?
- Ya, boleh.
21. After the three-month period ends, can either of us apply to make the Decree absolute?
- Yes.
22. Adakah saya boleh mengahwini semula pasangan selepas Dekri Muktamad/Mutlak diberikan?
- Sekiranya tempoh membuat rayuan telah tamat atau rayuan terhadap dekri tersebut telah ditolak, anda dibenarkan mengahwini semula pasangan anda.
22. Can I remarry my spouse after the Decree Absolute has been granted?
- If the appeal period has expired, or if an appeal against the Decree has been dismissed, you are permitted to remarry your spouse.
Untuk maklumat lanjut, rujuk pautan berikut:
👉 Proses cerai Non Muslim (Bukan Islam)
👉 Isu yang perlu diputuskan sebelum cerai
👉 Bolehkah bercerai dalam tempoh 2 tahun
👉 Hak penjagaan anak selepas cerai
👉 Pembahagian aset perkahwinan
👉 Soal Jawab ringkas tentang perceraian Non Muslim (BM/BI)
Dapatkan sesalinan cetak Law Reform Act (Marriage and Divorce) Act 1976 dengan menekan link DI SINI.
_______________________
Penafian: Rencana ini diterbitkan untuk kesedaran dan pengetahuan umum. Mana-mana bahagian rencana ini tidak boleh dijadikan panduan untuk memulakan tindakan undang-undang secara sendirian, tanpa terlebih dahulu merujuk kepada peguam yang berpengalaman.
Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan rencana ini atau untuk mengatur sesi konsultasi guaman, anda boleh berhubung dengan mana-mana peguam pilihan anda, atau menghubungi kami melalui WhatsApp dengan menekan imej di atas.
3 Pertanyaan & Jawapan
Berapa kah bayaran untuk upah peguam mengurus Kes cerai?
BalasPadamBoleh hubungi En.Hafeez secara whatsapp di talian 0129797494 untuk atur mendapatkan maklumat lanjut
PadamKalau suami sudah meninggal. Perlu ke saya bubarkan perkahwinan?
BalasPadamAnda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.