>

KAJIAN KES - AIAF v ASHBMF DAN LAIN-LAIN (KECUAIAN DAN BULI)

 

kes buli di malaysia, peguam anti buli

KAJIAN KES - AIAF (MENDAKWA MELALUI BAPA DAN SAHABAT WAKILNYA AHMAD FAUZI BIN ABDULLAH) v ASHBMF DAN LAIN-LAIN

KATA KUNCI - Tort - Kes Buli di Malaysia - Liabiliti dan Tanggungjawab pihak sekolah - Pampasan buli - Liabiliti Pentadbir sekolah.

APA YANG BERLAKU DI DALAM KES INI?

1. Di dalam kes ini, Plaintif, yang menyaman melalui bapanya, merupakan seorang pelajar di sebuah sekolah di Kuala Terengganu, Terengganu.

2. Plaintif telah mendakwa bahawa beliau telah dipukul dan dibuli oleh 5 pelajar, yang merupakan Defendan-Defendan Pertama sehingga Kelima, di dalam bilik Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas sekolah tersebut. 

3. Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas yang turut berada di dalam bilik tersebut tidak mengambil sebarang tindakan atau menghalang kejadian dan perbuatan buli tersebut.

4. Defendan Pertama hingga Kelima serta Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas didakwa turut mengugut Plaintif agar tidak membuat sebarang laporan berkenaan dengan perbuatan buli tersebut.

5. Akibat daripada kejadian tersebut, Plaintif telah mengalami kecederaan dan terus mendapatkan rawatan di Hospital. Plaintif seterusnya telah membuat laporan polis terhadap Defendan Pertama hingga kelima.

6. Kelima-lima pembuli tersebut telah didakwa dibawah s.323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja yang dibaca bersama dengan s.34 Kanun yang sama. 

7. Defendan Pertama hingga Kelima telah mengaku salah dan telah dijatuhkan hukuman bon berkelakuan baik selama dua tahun.

8. Plaintif juga turut memfailkan saman terhadap Defendan Pertama hingga Kelima dan turut menyaman pihak pengurusan sekolah terbabit.


buang kerja, saman majikan, majikan buang kerja

PERSOALAN UNDANG-UNDANG

9. Terdapat beberapa persoalan undang-undang yang menarik yang telah diputuskan oleh Mahkamah di dalam kes ini. Persoalan-Persoalan tersebut, diantara lainnya adalah:

10. Samada Plaintif berhak mendapat pampasan daripada Defendan Pertama hingga Kelima kerana telah menyerang dan membuli Plaintif.

11. Samada pihak pentadbiran sekolah telah cuai untuk memastikan keselamatan Plaintif semasa berada di dalam kawasan sekolah tersebut.

12. Samada pihak pentadbiran sekolah turut bertanggungjawab diatas perbuatan dan tindakan buli keatas Plaintif.

DAPATAN MAHKAMAH TINGGI

13. Mahkamah telah memutuskan seperti berikut:

Daripada keterangan plaintif di mahkamah, adalah jelas bahawa kesemua defendan-defendan pertama sehingga kelima telah menumbuk, memukul, menyerang dan mencederakan plaintif di dalam bilik ketua pengawas dan penolong ketua pengawas sekolah SESMA dengan kehadiran ketua pengawas dan penolong ketua pengawas yang mana pada masa kejadian tidak langsung melarang atau menghalang kesemua defendan-defendan pertama hingga kelima daripada mencederakan plaintif. Ini jelas menunjukkan bahawa ketua pengawas dan penolong ketua pengawas selaku wakil pihak pentadbiran sekolah telah bersekongkol dan bersubahat di dalam perbuatan tersebut walaupun mereka tidak mengambil peranan aktif.

14. Mahkamah turut memutuskan bahawa pihak pentadbiran sekolah yang merupakan Defendan Keenam dan Ketujuh di dalam saman ini turut bertanggungjawab terhadap kejadian buli tersebut. Mahkamah memutuskan seperti berikut:

Memandangkan bilik ketua pengawas dan bilik penolong ketua pengawas adalah sebagai wakil pihak pentadbiran khususnya, defendan keenam dan ketujuh harus bertanggungjawab akan apa yang berlaku di dalam bilik tersebut. 

15. Mahkamah Tinggi telah memetik dapatan sebuah kes terdahulu sebagaimana berikut:

It is settled law that a school teacher is under a duty to exercise supervision over his pupils when they are in the school premises, either in the classroom or the playground. The degree of supervision depends on the circumstances of each case, such as the age of the pupils and what they are doing at the material time. If the teacher knows that the pupils are engaged in doing acts which are likely to cause injuries to one another, the teacher is under a duty to take steps to ensure the safety of the acts.

16. Adalah menjadi satu undang-undang bahawa seorang guru sekolah mempunyai tanggungjawab untuk menjaga murid-murid dan pelajar sewaktu mereka berada di dalam premis sekolah.

17. Sekiranya seorang guru mengetahui bahawa pelajar-pelajarnya terlibat di dalam apa-apa perbuatan yang boleh menyebabkan kecederaan terhadap satu sama lain, guru tersebut mempunyai tanggungjawab disisi undang-undang untuk memastikan keselamatan perbuatan tersebut. 

18. Dalam menentukan liabiliti atau tanggungjawab atas kerugian dan pampasan, Mahkamah turut memutuskan seperti berikut:

Setelah menimbang segala keterangan yang ada, mahkamah dengan ini mendapati dan memutuskan bahawa kesemua defendan-defendan adalah bertanggungan cuai terhadap plaintif dan dengan itu kesemua defendan-defendan adalah bertanggungan ke atas kerugian yang dialami oleh plaintif. 

19. Mahkamah telah memberikan gantirugi sebanyak RM546,634.20 kepada Plaintif dan mengarahkan Defendan Pertama sehingga ke Sembilan membayar kos sebanyak RM10,000.00 setiap seorang kepada Plaintif.

(kes diputuskan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Jun 2020)

Muat turun Penghakiman Penuh.

Bacaan lanjut:

Undang-undang anti buli di Malaysia.


bayaran peguam malaysia

Hubungi kami di 0129797494 atau menerusi email di norhafeezlaw@gmail.com atau menerusi kotak pertanyaan untuk sebarang maklumat lanjut.

 

0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.