>

KEPENTINGAN STATUS SYARIKAT SEBELUM SAMAN

status syarikat di ssm


Rencana ini akan membincangkan secara ringkas berkenaan jenis-jenis status kewujudan sesebuah syarikat berdasarkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan apa maksudnya di dalam konteks memulakan tindakan saman. 

KEPENTINGAN STATUS SYARIKAT 


1. Sekiranya anda berhasrat untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap sesebuah syarikat, perkara pertama yang anda perlu pastikan adalah status kewujudan syarikat tersebut.

2. Disinilah kefahaman tentang jenis-jenis status sebuah syarikat itu akan menjadi penting.

BAGAIMANA CARA UNTUK MENGETAHUI STATUS SESEBUAH SYARIKAT?


3. Cara untuk mengetahui status kewujudan sesebuah syarikat adalah dengan membuat Cabutan Carian Syarikat SSM yang boleh dibuat dengan mudah. 

JENIS STATUS SYARIKAT

SYARIKAT AKTIF (ACTIVE COMPANIES)

4. Syarikat yang berstatus aktif, di dalam konteks cabutan carian syarikat, bermaksud sesebuah syarikat tersebut masih wujud dan aktif. 

5. Anda boleh memfailkan saman terhadap syarikat yang masih aktif menjalankan perniagaan.

SYARIKAT DORMAN (DORMANT COMPANIES)

6. Syarikat yang dorman pula bermaksud syarikat tersebut masih lagi wujud namun tidak lagi aktif menjalankan perniagaan. 

7. Undang-undang tidak menghalang anda untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sesebuah syarikat yang dorman, namun terdapat risiko-risiko yang perlu difahami dan seterusnya diterima sekiranya ingin terus mengambil tindakan.

SYARIKAT DITUTUP (DISSOLVED COMPANIES)

6. Syarikat yang telah ditutup bermaksud syarikat tersebut tidak lagi wujud. Terdapat pelbagai sebab dan alasan kenapa sesebuah syarikat boleh ditutup. 

7. Anda tidak boleh mengambil tindakan terhadap syarikat-syarikat yang bersatus ditutup kerana penutupan sesebuah syarikat menunjukkan syarikat tersebut tidak lagi wujud.

SYARIKAT DIGULUNGKAN (WOUND UP COMPANIES)

8. Syarikat yang sedang digulungkan bermaksud syarikat tersebut masih wujud namun ianya di dalam proses penggulungan dan seterusnya penutupan (dissolve). 

9. Penggulungan secara lazimnya berlaku, diantara lainnya, apabila sesebuat syarikat itu tidak lagi mempu membayar hutang-hutang syarikat dan syarikat tersebut, samada digulungkan oleh pemiutang-pemiutang nya ataupun ia memilih untuk membuat penggulungan suka rela. 

10. Cara yang terbaik untuk membuat tuntutan terhadap sesebuah syarikat yang sedang digulungkan adalah dengan memajukan Dokumen Bukti Keberhutangan (Proof of Debt).

_________________________


Penafian: Rencana ini diterbitkan dengan tujuan untuk kesedaran dan pengetahuan umum. Mana-mana bahagian yang terkandung di dalam rencana ini tidak boleh dijadikan panduan untuk memulakan tindakan undang-undang secara sendirian, tanpa terlebih dahulu merujuk kepada seorang peguam yang berpengalaman.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan rencana ini atau untuk mengatur sesi konsultasi guaman, anda boleh berhubung dengan mana-mana peguam pilihan anda, atau pun anda boleh menghubungi kami melalui whatsapp dengan menekan imej diatas.

0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.