>

MENYAMAN SYARIKAT DAN ENTERPRISE

cara fail saman syarikat dan enterprise, peguam mewakili syarikat

Rencana ini akan membincangkan secara ringkas berkenaan dengan kapasiti perundangan sesebuah perniagaan Enterprise dan syarikat berbentuk Sendirian Berhad. Adakah pemilik perniagaan Enterprise di saman dan bagaimana cara untuk menyaman syarikat sendirian berhad? 

1. Katakan anda telah memasuki perjanjian dengan dua entiti perniagaan, satu sebuah perniagaan Enterprise dan satu lagi adalah sebuah syarikat sendirian berhad.

2. Kedua-dua entiti ini telah melakukan perlanggaran kontrak (breach of contract) terhadap anda. Bagaimanakah cara untuk anda memulakan tindakan saman terhadap perniagaan Enterprise dan Syarikat Sendirian Berhad tersebut?

MENYAMAN PERNIAGAAN ENTERPRISE

3. Untuk menyaman sebuah perniagaan Enterprise, anda boleh memfailkan saman terhadap pemilik syarikat enterprise secara terus atas kapasiti peribadi.

4. Ini bermaksud pihak yang akan dinamakan di dalam Writ anda adalah pemilik perniagaan Enterprise tersebut dan bukan semata-mata menamakan perniagaan Enterprise tersebut sahaja di dalam saman. 

5. Sekiranya anda menyaman perniagaan Enterprise itu sahaja tanpa menamakan pemilik perniagaan tersebut, tuntutan anda di dalam saman tesebut boleh ditolak.

6. Kenapa? Kerana sesebuah perniagaan Enterprise dianggap sebagai entiti yang tidak mempunyai personaliti undang-undang (legal personality) sendiri.

7. Apa sahaja yang dilakukan oleh perniagaan Enterprise tersebut, samada menandatangani apa-apa perjanjian, memasuki transaksi jual beli atau menjalankan apa-apa aktiviti perniagaannya, ia sebenarnya dianggap dilakukan oleh pemilik Enterprise itu sendiri. 

8. Oleh itu, jika terdapat tindakan undang-undang, perlanggaran kontrak atau kewajipan hutang yang dilakukan oleh sesebuah perniagaan Enterprise, pemilik Enterprise itu sendiri akan dan boleh disaman (atau menyaman) atas kapasiti peribadi kerana ia dianggap sebagai entiti yang sama dengan Enterprise tersebut.

MENYAMAN SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD

9. Berbeza dengan perniagaan enterprise, sebuah syarikat sendirian berhad dianggap dan diiktiraf (recognized) disisi undang-undang sebagai entiti yang mempunyai personaliti dan kapasiti undang-undang sendiri. 

10. Oleh yang demikian, sekiranya ada apa-apa perlanggaran kontrak atau tuntutan hutang atau gantirugi terhadap syarikat sendirian berhad tersebut, maka saman yang difailkan hendaklah menamakan syarikat tersebut sebagai pihak.

11. Pemilik atau anggota syarikat tersebut tidak boleh disaman atas kapasiti peribadi. Ini bermakna hanya syarikat tersebut yang boleh disaman dan bukan pemilik syarikatnya.


_________________________


Penafian: Rencana ini diterbitkan dengan tujuan untuk kesedaran dan pengetahuan umum. Mana-mana bahagian yang terkandung di dalam rencana ini tidak boleh dijadikan panduan untuk memulakan tindakan undang-undang secara sendirian, tanpa terlebih dahulu merujuk kepada seorang peguam yang berpengalaman.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan rencana ini atau untuk mengatur sesi konsultasi guaman, anda boleh berhubung dengan mana-mana peguam pilihan anda, atau pun anda boleh menghubungi kami melalui whatsapp dengan menekan imej dibawah.

0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.