KENA SAMAN PINJAMAN PELAJARAN? KENAPA PERLU LANTIK PEGUAM DAN MENCABAR TUNTUTAN

kena saman pinjaman pelajaran dan tindakan undang-undang di Malaysia

Dikemas kini pada: 26 Februari 2026

Tidak semua saman pinjaman pelajaran perlu diterima bulat-bulat dan diakui keabsahan tindakan saman tersebut. Dalam situasi tertentu, saman pinjaman pelajaran boleh dicabar, dirunding, atau sekurang-kurangnya dikawal risikonya. Artikel ini menerangkan kenapa pelajar, pekerja atau peminjam yang kena saman wajar mempertimbangkan untuk melantik peguam, serta kemungkinan asas yang lazim digunakan untuk mencabar atau melembutkan kesan saman.

Rujukan berkaitan:

• Saman Perjanjian Biasiswa Pelajaran: Baca di sini

• Sebab Kenapa Disaman Biasiswa Pelajaran: Baca di sini

• Penjamin Pinjaman Pelajaran & Tanggungjawab Undang-Undang: Baca di sini

Saman Pinjaman Pelajaran: Kenapa Ia Tidak Semestinya Jelas dan Straightforward

1. Secara umum, saman pinjaman pelajaran berlaku apabila pemberi pinjaman seperti Universiti atau Institusi yang berkaitan, mendakwa peminjam gagal mematuhi obligasi atau tanggungjawab pembayaran di bawah perjanjian pinjaman.

2. Namun dari sudut undang-undang, saman jenis ini tidak selalunya bersifat “hitam dan putih”. Ia bergantung kepada kandungan, terma dan syarat perjanjian yang ditandatangani, rekod pembayaran, notis yang diberikan, dan cara tuntutan itu difailkan.

3. Kesilapan biasa peminjam ialah menganggap saman pinjaman pelajaran pasti akan kalah. Hakikatnya, terdapat situasi tertentu di mana saman boleh dicabar sepenuhnya atau dikurangkan impaknya.

Bila Saman Pinjaman Pelajaran Boleh Dicabar?

4. Tidak semua kes perlu perbicaraan panjang. Namun, antara kemungkinan asas yang lazim dipertimbangkan oleh peguam ialah seperti berikut.

Isu dokumen dan pematuhan prosedur.
5. Dalam sesetengah kes, terdapat persoalan sama ada notis, penyata akaun, atau dokumen sokongan boleh menyokong tuntutan yang dibuat. Kecacatan dokumentasi atau kegagalan mematuhi prosedur tertentu boleh menjejaskan kekuatan tuntutan.

6. Kadang-kadang terdapat kes-kes dimana perjanjian yang ditandatangani tidak mempunyai terma-terma yang membolehkan tuntutan difailkan.

7. Malah lebih teruk, ada keadaan di mana, tuntutan tidak disokong oleh sebarang perjanjian pinjaman pelajaran.

Isu jumlah tuntutan dan pengiraan.
8. Bukan semua jumlah yang dituntut adalah tepat. Kesilapan pengiraan faedah, penalti, atau bayaran yang tidak dikreditkan boleh membuka ruang untuk mencabar sebahagian tuntutan atau merundingkan semula.

Isu penangguhan, kelulusan atau keadaan khas.
7. Ada peminjam yang pernah memohon penangguhan, penstrukturan semula, atau mempunyai keadaan khas (contohnya kesihatan atau status pekerjaan). Fakta-fakta ini, jika disokong bukti, boleh memberi kesan besar kepada hala kes.

Kenapa Lantikan Peguam Memberi Kelebihan Nyata

8. Peguam bukan sekadar “menjawab saman”. Peranan sebenar peguam ialah menilai risiko, mengenal pasti titik lemah tuntutan, dan menentukan strategi paling selamat—sama ada untuk mencabar, merunding, atau mengehadkan pendedahan kewangan kita.

9. Dalam banyak kes pinjaman pelajaran, keputusan awal yang salah (contohnya gagal memfailkan pembelaan yang betul atau kandungan pembelaan terlalu longgar) boleh mengunci kedudukan kita sehingga sukar dipulihkan. Di sinilah nasihat profesional menjadi kritikal.

10. Lantikan peguam juga menghantar isyarat jelas kepada pihak penuntut bahawa kes ini ditangani secara serius, berfakta, dan berstruktur— faktor yang sering mempengaruhi rundingan dan pendekatan pihak lawan.

Risiko Jika Kita Hadapi Saman Ini Sendiri

11. Risiko paling ketara ialah kehilangan peluang untuk mencabar atau merunding di peringkat awal. Kesilapan prosedur boleh menyebabkan keputusan dibuat tanpa pertimbangan penuh fakta kita.

12. Selain itu, ramai peminjam hanya sedar implikasi sebenar—seperti kos tambahan dan kesan jangka panjang—apabila kes sudah berada di peringkat lanjut. Pada ketika itu, pilihan yang ada menjadi lebih terhad.

Soalan Lazim (FAQ)

Adakah semua saman pinjaman pelajaran boleh dicabar?
Sekiranya terma perjanjian jelas dan tindakan yang dilakukan pemberi pinjaman mengikut syarat dan terma yang sepatutnya maka ianya sukar dicabar. Tetapi banyak kes memerlukan penilaian terma perjanjian dan fakta sebelum menentukan sama ada cabaran atau rundingan wajar dilakukan.

Perlu ke lantik peguam kalau hutang memang wujud?
Walaupun hutang wujud, isu jumlah, prosedur dan remedi masih relevan. Peguam membantu memastikan anda tidak menanggung liabiliti melebihi sepatutnya.

Apa langkah paling selamat bila terima saman pinjaman pelajaran?
Jangan abaikan. Semak dokumen, kumpul bukti, dan dapatkan nasihat peguam sebelum membuat sebarang tindakan atau pengakuan.

_______________________

Hafeez Hazlina Fima Guaman Kuala Lumpur

Penafian: Rencana di dalam Norhafeezlaw[dot]com ini diterbitkan dengan tujuan untuk kesedaran dan pengetahuan umum. Mana-mana bahagian yang terkandung di dalam rencana ini tidak boleh dijadikan panduan untuk memulakan tindakan undang-undang secara sendirian, tanpa terlebih dahulu merujuk kepada seorang peguam yang berpengalaman. Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan rencana ini atau untuk mengatur sesi konsultasi guaman, anda boleh berhubung dengan mana-mana peguam pilihan anda, atau pun anda boleh menghubungi kami [Firma Guaman Tetuan Hafeez & Hazlina] melalui whatsapp dengan menekan imej diatas.

0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.