>

SAMAN MALU / FITNAH? ANDA DI SAMAN? APAKAH PEMBELAAN YANG ANDA ADA?

 

peguam saman fitnah peguam saman malu



ANDA DISAMAN MALU/FITNAH? INI ADALAH PEMBELAAN YANG BOLEH ANDA DIGUNAKAN.


1. Anda kena Saman Malu atau Saman Fitnah? Fitnah berlaku apabila pemfitnah mengeluarkan suatu kenyataan secara bertulis (libel) ataupun secara ucapan/verbal (slander) terhadap seseorang di mana kenyataan tersebut adalah kenyataan yang tidak benar, merujuk kepada kepada orang yang difitnah dan ianya disebarkan kepada pihak ketiga.

2. Terdapat beberapa jenis pembelaan yang sering digunakan oleh peguam untuk menjustifikasi sesuatu kenyataan yang terbukti sebagai fitnah. 

a. FAIR COMMENT

Pembelaan fair comment ataupun ulasan yang adil. Melalui pembelaan ini peguamcara akan menunjukkan kepada Mahkamah bahawa kenyataan tersebut adalah sejenis ulasan iaitu pendapat tentang sesuatu kenyataan fakta dan ianya dilakukan untuk kepentingan awam.

b. ABSOLUTE PRIVILEGE

Absolute Privilege ataupun Keistimewaan Mutlak adalah perlindungan muktamad yang diberikan kepada seseorang terhadap dakwaan fitnah. Di antara contoh Keistimewaan Mutlak adalah kandungan laporan polis. Seseorang itu tidak boleh disaman walaupun kandungan polis beliau didapati akhirnya sebagai tidak benar. Walau bagaimana pun perlindungan ini tidak diberikan kepada seseorang yang menyiarkan kandungan laporan tersebut kepada umum. (Boleh baca kupasan terperinci DI SINI)

c. QUALIFIED PRIVILEGE

Qualified Privilege ataupun Perlindungan Bersyarat adalah di mana si pelaku mempunyai tanggungjawab di sisi undang-undang, moral dan juga sosial untuk membuat laporan dan laporan tersebut dibuat tanpa niat jahat serta orang menerima laporan tersebut juga mempunyai tanggungjawab untuk menerima laporan tersebut.

d.  CONSENT

Consent ataupun kebenaran. Melalui pembelaan ini peguamcara akan menunjukkan bahawa orang yang difitnah sebenarnya telah memberikan kebenaran kepada pemfitnah untuk mengeluarkan kenyataan tersebut.

e. REYNOLDS PRIVILEGE

Reynolds Privilege ataupun Perlindungan Reynolds adalah secara umumnya perlindungan yang diberikan terhadap penerbit-penerbit surat khabar ataupun majalah. Namun untuk mendapat perlindungan ini, pemfitnah hendaklah membuktikan bahawa kenyataan yang dibuat adalah untuk kepentingan awam dan telah melakukan langkah-langkah untuk memastikan kesahihan maklumat yang diterima sebelum ianya diterbitkan.

f. REPORTAGE

Reportage ataupun Pelaporan adalah pembelaan yang diberikan khusus kepada wartawan. Untuk mendapat perlindungan dibawah Reportage, seseorang wartawan tersebut hendaklah membuktikan bahawa laporan yang dibuat adalah neutral dan tidak menyebelahi mana-mana pihak, laporan dibuat terhadap kedua-dua belah pihak (pemfitnah dan yang difitnah) dan wartawan tersebut tidak menganggap laporan tersebut sebagai pandangan beliau sendiri.

3. Diatas adalah diantara beberapa jenis pembelaan yang sering digunakan didalam sesuatu kes-kes fitnah. Jenis-jenis pembelaan ini tidak terhadap kepada yang disenaraikan diatas sahaja. Terdapat beberapa lagi jenis pembelaan yang digunakan oleh peguam seperti pembelaan justifikasi dan abuse of process yang wajar diberi perhatian. Sekiranya anda disaman fitnah, pastikan anda merujuk terus kepada peguam dan mendapatkan nasihat peguam dengan sewajarnya. 

4. Untuk membaca kes bagaimana di antara pembelaan-pembelaan ini digunakan dan bagaimana ia boleh gagal, boleh baca DI SINI (kes Saman Fitnah Doula Masyitah). Untuk mengetahui apa kah dokumen yang anda perlu sediakan sebelum berjumpa peguam, baca DI SINI.

Kami juga menyediakan Borang Kes yang anda boleh isi untuk mengetahui secara lebih mudah dan cepat samada anda mempunyai kes fitnah atau pun tidak. Klik BORANG KES FITNAH NORHAFEEZLAW. 


Penafian: Rencana ini diterbitkan dengan tujuan untuk kesedaran dan pengetahuan umum. Mana-mana bahagian yang terkandung di dalam rencana ini tidak boleh dijadikan panduan untuk memulakan tindakan undang-undang secara sendirian, tanpa terlebih dahulu merujuk kepada seorang peguam yang berpengalaman.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan rencana ini atau untuk mengatur sesi konsultasi guaman, anda boleh berhubung dengan mana-mana peguam pilihan anda, atau pun anda boleh menghubungi kami melalui whatsapp dengan menekan imej diatas.

0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.