>

SAYA NAK SAMAN FITNAH

saman malu, peguam saman fitnah

Saman Malu atau Saman Fitnah mungkin kelihatan seperti suatu kes yang "straight forward" di mata orang awam, tetapi ia sebenarnya suatu kes yang rumit. Undang-undang telah menetapkan pelbagai syarat yang wajib dipenuhi untuk memastikan sesuatu tindakan yang difailkan di Mahkamah mempunyai asas dan sandaran undang-undang yang baik dan konkrit.

Jangan hairan sekiranya fi atau yuran guaman yang dikenakan oleh peguam-peguam yang berpengalaman mengendalikan kes-kes saman fitnah boleh mencecah belasan ribu jika bukan puluhan ribu (bergantung kepada tahap kerumitan kes-kes yang dikendalikan). 

Untuk memudahkan rujukan dan panduan anda sebelum anda memulakan sesuatu kes berasaskan tort fitnah, anda boleh cuba mengisi borang kes yang kami sediakan disini. Semoga jawapan yang anda perolehi boleh memberikan anda serba sedikit panduan dalam membuat penilaian asas samada anda mempunyai kes yang baik ataupun tidak.

Perlu diingatkan bahawa jawapan dan penerangan yang anda perolehi daripada borang kes ini hanyalah bertujuan sebagai panduan dan maklumat semata-mata. Ianya tidak boleh dijadikan sebagai asas untuk memulakan sesuatu tindakan tanpa terlebih dahulu mendapat nasihat serta rujukan daripada peguam yang bertauliah. 

Klik pautan dibawah.

BORANG KES FITNAH NORHAFEEZLAW

0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.