Rencana ini akan memberikan penerangan ringkas berkenaan dengan apa itu Prosiding Perlaksanaan Penghakiman (Execution of Judgment), kepentingan melaksanakan penghakiman dan penerangan secara asas jenis-jenis prosiding perlaksanaan yang terdapat di Malaysia (Prosiding Garnisi dan Prosiding Saman Penghutang Penghakiman).
KEPENTINGAN EXECUTION OF JUDGMENT
1. Apabila anda memfailkan sebarang tindakan saman di Mahkamah, objektif anda adalah untuk mendapatkan satu Penghakiman yang berpihak kepada anda.
2. Apabila anda berjaya memenangi sesuatu kes dan berjaya mendapatkan satu Penghakiman, maka tidak akan ada mana-mana pihak lain yang boleh mencabarkan hak anda berdasarkan penghakiman tersebut melainkan ianya diketepikan atau dibatalkan.
3. Selepas sesalinan Penghakiman tersebut diserahkan kepada Penghutang Penghakiman dan beliau gagal untuk membuat bayaran selaras dengan Penghakiman tersebut, maka anda boleh menguatkuasakan atau melaksanakan (execute) Penghakiman tersebut.
4. Terdapat beberapa jenis prosiding perlaksanaan yang disediakan disisi undang-undang.
PROSIDING GARNISI (GARNISHEE PROCEEDINGS)
5. Prosiding garnisi (Garnishee Proceeding) secara kelazimannya adalah prosedur undang-undang yang
digunakan untuk melaksanakan sesuatu Penghakiman yang berasaskan pembayaran wang (monetary judgment).
6. Monetory Judgment adalah sejenis penghakiman yang mengandungi ganti rugi/pampasan kewangan ataupun untuk bayaran balik hutang termasuklah apa-apa kos yang diperintahkan Mahkamah .
7. Secara asasnya, undang-undang dan peraturan berkenaan dengan proses prosiding Garnisi ini diselaras oleh Aturan 49 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
8. Prosiding Garnisi akan membolehkan anda atau pihak yang berhak kepada pembayaran wang tersebut (disebut sebagai Pemiutang Penghakiman) mendapatkan perintah daripada Mahkamah untuk memerintahkan institusi kewangan (contohnya, bank) agar membekukan akaun-akaun bank dan merampas baki simpanan Penghutang Penghakiman yang terdapat di dalam akaun tersebut untuk membayar jumlah hutang Penghakiman.
9. Pembekuan akaun-akaun bank milik Penghutang Penghakiman ini akan menyukarkan pelbagai urusan beliau termasuklah urusan keluar masuk gaji dan pengeluaran wang untuk kegunaan harian.
PROSIDING SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN (JUDGMENT DEBTOR SUMMONS)
10. Prosiding Saman Penghutang Penghakiman (Judgment Debtor Summon) adalah
prosiding di mahkamah bagi memaksa Penghutang Penghakiman untuk membayar jumlah Hutang Penghakiman di dalam sesebuah Penghakiman.
11. Saman Penghutang Penghakiman ini lazimnya adalah satu proses yang melibatkan pemeriksaan
terhadap sumber kewangan, aset dan kekayaan dan juga tanggungan dan liabiliti kewangan si Penghutang Penghakiman, untuk menentukan sama ada beliau
boleh membayar hutang dan amaun yang sesuai untuk beliau membuat bayaran secara bulanan.
12. Lazimnya, si Penghutang Penghakiman akan dihadapkan ke Mahkamah untuk tujuan pemeriksaan.
13. Setelah mengambil kira jumlah hutang, jumlah liabiliti (bil-bil), kegunaan bulanan (makan dan pakaian) serta tanggungan - tanggungan lain yang akan dinilai oleh Mahkamah, maka Hakim akan menetapkan amaun bulanan yang perlu dibayar oleh Penghutang Penghakiman kepada anda.
14. Apa yang akan berlaku sekiranya Penghutang Penghakiman gagal membuat bayaran selaras dengan Perintah Saman Penghutang Penghakiman?
15. Sekiranya beliau gagal, Penghutang Penghakiman akan dihadapkan ke Mahkamah untuk tunjuk sebab (to show cause) kenapa beliau tidak patut disumbat ke dalam penjara.
_________________________
Penafian: Rencana ini diterbitkan dengan tujuan untuk kesedaran dan pengetahuan umum. Mana-mana bahagian yang terkandung di dalam rencana ini tidak boleh dijadikan panduan untuk memulakan tindakan undang-undang secara sendirian, tanpa terlebih dahulu merujuk kepada seorang peguam yang berpengalaman.
Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan rencana ini atau untuk mengatur sesi konsultasi guaman, anda boleh berhubung dengan mana-mana peguam pilihan anda, atau pun anda boleh menghubungi kami melalui whatsapp dengan menekan imej dibawah.
0 Pertanyaan & Jawapan
Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.