>

APA ITU PROSIDING PERLAKSANAAN PENGHAKIMAN Bhg 2?

 perlaksanaan penghakiman, peguam, norhafeezlaw

 

Rencana ini akan memberikan penerangan ringkas berkenaan dengan apa itu Prosiding Perlaksanaan Penghakiman (Execution of Judgment) yang seterusnya (Prosiding Kebankrapan dan Prosiding Penggulungan Syarikat).

PROSIDING KEBANKRAPAN (BANKRUPTCY PROCEEDINGS)

1. Apabila anda berjaya memperoleh suatu Penghakiman kewangan yang mana jumlah penghakiman (judgment sum) tersebut adalah melebihi RM100,000.00, maka anda mempunyai pilihan untuk memfailkan prosiding kebankrapan terhadap penghutang tersebut.

2. Melalui prosiding kebankrapan ini, sekiranya anda memenuhi kesemua syarat-syarat yang diperuntukkan oleh undang-undang maka anda boleh mendapatkan Perintah Kebankrapan (Bankruptcy Order) terhadap Penghutang.

3. Perintah Kebankrapan ini akan menyebabkan Penghutang akan diisytiharkan muflis atau bankrap.

4. Apabila Penghutang diisytiharkan bankrap atau muflis maka segala aset-aset yang dimiliki oleh Penghutang akan diletakkan dibawah pentadbiran seorang pegawai penerima (official assignee). 

5. Untuk penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh membaca mendapatkan maklumat berkenaan dengan kebankrapan disini : https://www.norhafeezlaw.com/2022/02/memahami-bankrap-muflis.html 

PROSIDING PENGGULUNGAN SYARIKAT (WINDING UP PROCEEDINGS)

6. Sekiranya prosiding kebankrapan adalah prosiding yang dimulakan terhadap individu yang mempunyai hutang penghakiman (judgment debt), maka prosiding penggulungan syarikat pula adalah prosiding yang dikenakan terhadap sesebuah syarikat.

7. Objektif sesuatu prosiding penggulungan syarikat adalah untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa sesebuah syarikat itu tidak lagi mampu untuk membayar hutang.

8. Ini dapat dicapai dengan mendapatkan perintah Mahkamah yang dinamakan sebagai Perintah Penggulungan (Winding Up Order).

9. Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan penggulungan syarikat, anda boleh membaca rencana disini: https://www.norhafeezlaw.com/2022/04/saman-penggulungan-syarikat.html

_________________________

Penafian: Rencana ini diterbitkan dengan tujuan untuk kesedaran dan pengetahuan umum. Mana-mana bahagian yang terkandung di dalam rencana ini tidak boleh dijadikan panduan untuk memulakan tindakan undang-undang secara sendirian, tanpa terlebih dahulu merujuk kepada seorang peguam yang berpengalaman.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan rencana ini atau untuk mengatur sesi konsultasi guaman, anda boleh berhubung dengan mana-mana peguam pilihan anda, atau pun anda boleh menghubungi kami melalui whatsapp dengan menekan imej dibawah.


0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.