Macam Mana Saya Boleh Kena Saman Malu?
Dalam era media sosial hari ini, sesiapa sahaja boleh menyatakan pandangan, pendapat dan pengalaman secara terbuka. Namun, tidak semua kenyataan yang dibuat di media sosial itu selamat. Jika sesuatu kenyataan itu menjejaskan maruah atau reputasi seseorang, ia boleh membawa kepada saman malu atau tindakan undang-undang atas kesalahan fitnah bertulis (libel).
Saman malu adalah tindakan undang-undang yang diambil oleh seseorang yang merasakan nama baik atau reputasinya telah tercemar akibat kenyataan palsu yang diterbitkan atau disebarkan oleh pihak lain. Di Malaysia, fitnah tidak hanya berlaku melalui surat dan media cetak. Ia kini lebih banyak berlaku di Facebook, TikTok, Instagram, WhatsApp Group dan ulasan di ruangan komen.
Bagaimana Anda Boleh Kena Saman Malu?
Anda boleh disaman jika:
- Anda memuat naik atau menulis kenyataan yang berunsur tuduhan dan tidak berasaskan fakta.
- Anda meninggalkan komen yang menjatuhkan reputasi seseorang.
- Anda membenarkan komen fitnah kekal di ruang komen media sosial anda.
- Anda membuat share / repost / retweet / forward kenyataan fitnah tanpa menyemak kesahihannya terlebih dahulu.
Alasan seperti “saya hanya berkongsi” atau “saya tak tahu itu fitnah” tidak boleh dijadikan pembelaan di Mahkamah.
Apa Yang Perlu Dilakukan?
Sentiasa semak dahulu sebelum tulis atau berkongsi apa-apa perkara melibatkan reputasi orang lain. Jika tidak pasti, jangan siarkan. Kerana satu posting boleh menyebabkan anda terpaksa membayar ganti rugi yang besar di Mahkamah.
Tonton Infovideo: Kena Saman Malu dan Fitnah Media Sosial.
Untuk penjelasan yang lebih mudah difahami, saya kongsikan satu infovideo khas di YouTube mengenai kena saman malu dan fitnah di Media Sosial. Klik dan tonton di bawah:
______________________








