>

MENCARI MAKLUMAT PEGUAM


CARA MENYEMAK KESAHIHAN “PEGUAM” YANG MENGHUBUNGI ANDA

Dikemas kini pada: 21 November 2025

Dewasa ini, skim penipuan yang menggunakan penyamaran sebagai “peguam” semakin menjadi-jadi. Scammer tahu bahawa orang awam sering panik apabila mendengar perkataan seperti “saman”, “penghakiman”, dan “tindakan undang-undang”. Justeru, penting untuk kita tahu cara melakukan verifikasi rasmi sama ada seseorang itu benar-benar seorang peguam berdaftar atau sekadar scammer yang menggunakan gelaran itu untuk memeras wang.

1. Anda boleh membuka enjin carian Google dan menaip “Malaysian Bar” atau “Majlis Peguam”, ataupun terus ke laman web rasmi Majlis Peguam di pautan https://www.malaysianbar.org.my.



2. Pada muka depan laman web Majlis Peguam, klik pada pautan Legal Directory.



3. Dalam direktori tersebut, taip nama peguam atau firma guaman yang ingin disemak. Pastikan ejaan tepat. Jika individu itu benar-benar seorang peguam, namanya akan muncul bersama maklumat firma guaman.



4. Sekiranya nama tidak tersenarai, maka besar kemungkinan individu tersebut bukan seorang peguam berdaftar. Sentiasa berhati-hati dan jangan berikan maklumat peribadi atau membuat apa-apa bayaran.


SOALAN LAZIM (FAQ) BERKAITAN SEMAKAN MAKLUMAT PEGUAM

1. Adakah orang awam boleh semak peguam secara online?
Ya. Orang awam boleh menyemak status seseorang peguam melalui direktori rasmi Majlis Peguam di laman Malaysian Bar.

2. Adakah orang awam boleh semak firma guaman secara online?
Boleh. Direktori Majlis Peguam turut memaparkan senarai firma guaman yang berdaftar dan sah di sisi undang-undang.

3. Mengapa verifikasi melalui laman Majlis Peguam sangat penting?
Kerana scammer sering menyamar sebagai peguam. Semakan rasmi memastikan anda tidak diperdaya untuk membuat pembayaran atau menyerahkan data peribadi kepada pihak tidak bertanggungjawab.

Artikel berkaitan:

• Kenyataan Media Majlis Peguam: Memahami Peranan Peguam Baca di sini

• Infovideo: Kenapa Perlu Melantik Peguam Baca di sini

• Kena Saman dan Melantik Peguam Baca di sini

• Menukar Peguam: Apa Yang Perlu Anda Tahu Baca di sini

_______________________

tipu tanah, tipu pejabat tanah

Penafian: Rencana di dalam Norhafeezlaw[dot]com ini diterbitkan dengan tujuan untuk kesedaran dan pengetahuan umum. Mana-mana bahagian yang terkandung di dalam rencana ini tidak boleh dijadikan panduan untuk memulakan tindakan undang-undang secara sendirian, tanpa terlebih dahulu merujuk kepada seorang peguam yang berpengalaman. Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan rencana ini atau untuk mengatur sesi konsultasi guaman, anda boleh berhubung dengan mana-mana peguam pilihan anda, atau pun anda boleh menghubungi kami [Firma Guaman Tetuan Hafeez & Hazlina] melalui whatsapp dengan menekan imej diatas.

0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.