>

PENGECUALIAN PERLINDUNGAN? MEMAHAMI HAKCIPTA MENERUSI PANDUAN AKTA HAKCIPTA (1987) - Bahagian 4.

pelanggaran hakcipta

KEADAAN BAGAIMANA PERLINDUNGAN HAKCIPTA AKAN DIKECUALIKAN

1. Sebagaimana yang telah kita jelaskan pada rencana sebelum ini (boleh di baca DI SINI), selama mana sesuatu karya dilindungi di bawah Akta Hakcipta 1987, pemilik Hakcipta mempunyai hak eksklusif untuk mengawal bagaimana karya beliau di cetak semula, ditunjukkan atau dikomersialkan.

2. Walau bagaimana pun Akta Hakcipta 1987 telah memberikan panduan di dalam keadaan bagaimana perlindungan Hakcipta terhadap sesuatu karya tersebut akan dikecualikan.

3. Apakah yang dimaksudkan dengan pengecualian perlindungan? Ianya bermaksud, sekiranya berlaku keadaan-keadaan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta berkaitan dengan penggunaan sesuatu karya itu, ianya tidak akan dianggap sebagai perlanggaran hakcipta.

4. Pencipta karya tidak boleh menguatkuasakan hak eksklusif untuk mengawal karya beliau di dalam keadaan-keadaan, diantara lainnya, seperti yang berikut:

(a) karya beliau digunakan untuk tujuan kajian, pembelajaran peribadi, kritikan, ulasan dan untuk tujuan penyampaian berita atau isu semasa selama mana ianya dibuat menerusi urusan yang adil (fair dealing) dan tajuk karya serta penciptanya disebut; 

(b) karya beliau digunakan untuk tujuan parodi;

(c) karya seni beliau turut disertakan didalam suatu filem atau siaran kerana ianya terletak di tempat awam;

(d) pengeluaran dan pengedaran model salinan karya seni beliau yang terletak di tempat awam; 

(e) karya beliau termasuk kedalam karya seni, rakaman suara, filem atau siaran secara kebetulan;

(f) karya beliau digunakan dalam bentul ilustrasi yang digunakan untuk tujuan pengajaran (teaching);

(g) karya beliau digunakan untuk tujuan peperiksaan (examination) samada sebagai soalan atau jawapan;

(h) pengeluaran semula sesuatu siaran di sekolah dan universiti terhadap apa-apa siaran yang ditujukan untuk sekolah dan universiti itu sendiri.

(i) penggunaan sesuatu siaran untuk tujuan kegunaan persendirian;

(j) karya beliau digunakan dan digubah kedalam format untuk kegunaan orang kelainan upaya (OKU) yang cacat pendengaran atau penglihatan oleh badan yang tidak berasaskan keuntungan (non-profit organization);

(k) karya sastera beliau dibaca di tempat awam selama mana dinyatakan penciptanya;

(l) karya beliau digunakan oleh Arkib atau Perpustakaan Negara/Negeri atas arahan kerajaan selama mana ianya tidak berasaskan keuntungan dan tiada bayaran dikenakan untuk pertunjukan karya tersebut kepada orang awam;

(m) karya beliau digunakan oleh kelab atau institusi tidak berasaskan keuntungan di mana penggunaan tersebut adalah untuk pertunjukan amal dan tiada bayaran di kenakan.

5. Di atas adalah di antara keadaan-keadaan di mana pencipta atau pemilik Hakcipta tidak akan mengawal penggunaan karya-karya mereka atau di dalam erti kata lain, tiada perlindungan Hakcipta dikenakan apabila karya pencipta tersebut digunakan di dalam keadaan-keadaan yang dinyatakan.

Untuk maklumat lanjut, rujuk pautan berikut:

👉 Apa itu Hakcipta (Copyright)

👉 Jenis karya yang dilindungi Akta Hakcipta.

👉 Tempoh masa perlindungan Hakcipta

👉 Karya yang tidak dilindungi Hakcipta

👉 Tindakan apabila Hakcipta dilanggar

👉 Kesalahan Hakcipta yang boleh didakwa


Hubungi kami di 0129797494 atau menerusi email di norhafeezlaw@gmail.com atau menerusi kotak pertanyaan untuk sebarang maklumat lanjut.   

1 Pertanyaan & Jawapan

  1. Copyright law that the duration of copyright protection in Malaysia is the life of the owner plus 50 years after the death of the owner, beginning the next calendar year. Such protection provides the owner with proper protection. But such situation will be different if the owner is a corporation, whereby the lifespan of it might be endless. Hypothesise, by using doctrinal approach, on why the situation could be considered as justified.

    BalasPadam

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.