>

TUNTUT HUTANG MELALUI SAMAN

TUNTUT HUTANG MELALUI SAMAN?

Dikemas kini pada: 25 November 2025

Tuntut hutang melalui saman. Apakah proses sebenar cara tuntut hutang di Mahkamah? Artikel ringkas ini terangkan aliran langkah demi langkah—dari surat tuntutan hutang (Notis Tuntutan), ke failkan saman, sehinggalah perlaksanaan penghakiman.

1. Sejujurnya, untuk menuntut hutang melalui tindakan undang-undang di Mahkamah boleh menelan belanja yang mungkin tinggi dan mengambil masa. Pastikan anda faham risiko, kos dan garis masa sebelum memulakan saman tuntut hutang.

BERJUMPA & MELANTIK PEGUAM

2. Perkara pertama yang kami sarankan adalah untuk berjumpa dan melantik peguam pilihan anda (ataupun kami) untuk mewakili anda di dalam proses membuat tuntutan tersebut.

DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA

3. Sebelum melantik peguam, pastikan anda mempunyai salinan dokumen berkaitan hutang. Jika ada Perjanjian Pemberian Hutang, itu dokumen terbaik untuk dibawa.

4. Bawa juga sebarang bukti bahawa anda telah memberikan wang pinjaman kepada penghutang.

5. Ini termasuk resit pindahan wang atau penyata akaun yang menunjukkan transaksi daripada akaun anda ke akaun penghutang.

6. Jika ada bayaran sebahagian dibuat kepada anda melalui pindahan bank, dapatkan salinan resit atau penyata akaun tersebut.

7. Dokumen-dokumen ini akan menyokong dan menguatkan tuntutan anda jika kes dibawa ke Mahkamah melalui tindakan saman.

8. Jika hutang diberi secara tunai dan tiada dokumen, anda masih boleh menuntut melalui Mahkamah,

9. Cuma proses mungkin sedikit rumit berbanding hutang yang lengkap dokumen sokongannya.

HAD MASA

10. Peguam lazimnya akan semak dahulu tempoh masa (limitasi) sebelum apa-apa tindakan diambil.

11. Undang-undang menetapkan tuntutan hutang hendaklah dibuat dalam tempoh 6 tahun dari tarikh Penghutang gagal membayar.

NOTIS TUNTUTAN (SURAT TUNTUTAN HUTANG)

12. Peguam anda akan mengeluarkan Notis Tuntutan (juga dipanggil surat tuntutan hutang) terhadap Penghutang. Sediakan maklumat lengkap nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat untuk percepatkan proses.

13. Notis Tuntutan ialah surat peguam yang menyatakan fakta ringkas hutang serta menuntut bayaran dalam tempoh (kebiasaan 7 atau 14 hari).

14. Walaupun tidak wajib (kecuali dipersetujui dalam perjanjian), kami menyarankan surat ini dikeluarkan. Ramai Penghutang akan terus membayar selepas menerima surat peguam; namun ada juga yang masih culas.

15. Jika Penghutang gagal membuat pembayaran, anda berhak memfailkan saman.


SAMAN

16. Peguam anda akan menyediakan Saman dan Pernyataan Tuntutan untuk difailkan di Mahkamah. Salinan akan diserahkan kepada Penghutang.

17. Selepas diserahkan, Penghutang lazimnya mempunyai pilihan berikut:

17(a). Tidak mengendahkan Saman dan Pernyataan Tuntutan;

17(b). Mencabar tuntutan dengan memfailkan Memorandum Kehadiran dan melantik peguam dalam masa 14 hari daripada tarikh serahan;

17(c). Bersetuju untuk merekodkan Penghakiman Persetujuan.

PENGHAKIMAN

18. Jika Penghutang gagal memfailkan Memorandum Kehadiran dalam 14 hari, peguam anda akan memohon Perakuan Ketidakhadiran dan Penghakiman Ingkar direkodkan.

19. Penghakiman Ingkar boleh diketepikan jika kemudian Penghutang melantik peguam, memohon mengetepikan dan Mahkamah mendapati ada Pembelaan yang wajar didengar.

20. Jika Penghutang mencabar, keputusan muktamad dibuat melalui Bicara Penuh (dokumen + keterangan saksi dinilai).

21. Penghakiman akan diberikan selaras keputusan Hakim.

22. Untuk jimat masa, peguam mungkin mencadangkan Permohonan Penghakiman Terus (Order 14).

23. Permohonan ini berdasarkan dokumen dan afidavit (tanpa saksi). Untuk berjaya, dokumen sokongan hutang perlu lengkap dan terperinci. Jika dibenarkan, Perintah Penghakiman Terus direkodkan.

24. Penghutang juga boleh bersetuju untuk merekodkan Penghakiman Persetujuan jika tidak mahu mencabar.

25. Setelah anda mendapat Penghakiman — sama ada Ingkar, Persetujuan, Terus atau selepas Bicara — adakah proses tamat? Jawapannya: tidak.

PERLAKSANAAN PENGHAKIMAN

26. Penghakiman di tangan anda ialah paper judgment. Teruskan dengan tindakan perlaksanaan penghakiman.

27. Jika tidak mahu tindakan perlaksanaan, Penghutang lazimnya akan membuat bayaran mengikut terma dalam penghakiman.

Untuk bacaan lanjut:

👉 Kepentingan Perjanjian Hutang

👉 Proses Saman Sivil


ANDA JUGA BOLEH MENGISI BORANG KES HUTANG DI BAWAH UNTUK PENILAIAN RINGKAS.

peguam hutang, tuntutan hutang, saman hutang

Jika anda disaman menuntut hutang, dapatkan penilaian ringkas kes anda melalui Borang Kes Defendan  DI SINI .

_______________________

tipu tanah, tipu pejabat tanah

Penafian: Rencana di dalam Norhafeezlaw[dot]com ini diterbitkan dengan tujuan untuk kesedaran dan pengetahuan umum. Mana-mana bahagian yang terkandung di dalam rencana ini tidak boleh dijadikan panduan untuk memulakan tindakan undang-undang secara sendirian, tanpa terlebih dahulu merujuk kepada seorang peguam yang berpengalaman. 

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan rencana ini atau untuk mengatur sesi konsultasi guaman, anda boleh berhubung dengan mana-mana peguam pilihan anda, atau pun anda boleh menghubungi kami [Firma Guaman Tetuan Hafeez & Hazlina] melalui whatsapp dengan menekan imej diatas.


18 Pertanyaan & Jawapan

  1. salam puan, sekiranya si penghutang membayar balik hutang dalam jumlah yang sedikit untuk mengelakkan beliau untuk di kenakan saman padahal hutang yang ditanggung adalah dalam amaun yang banyak iaitu melebihi rm100,000, apakah yang harus saya lakukan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masih boleh diambil tindakan. Hubungi saya untuk mendapat maklumat lanjut di 0129797494.

      Padam
  2. Slm,sekiranya penghutang itu sykttidak mempunyai aset ,bagaimana kita nak menuntut ,boleh kah kita tuntut dari aset peribadinya.tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh gulungkan syarikat. Boleh tuntut sekiranya ada dokumen directors guarantee dan indemnity.

      Padam
  3. Assalamualaikum puan , bagaimana jika si pemberi hutang mengaibkan penghutang menggunakan Facebook dan menyalah guna gambar peribadi tujuan jahat,adakah saman tersebut akan diteruskan jika si penghutang saman malu

    BalasPadam
  4. Bolehkah kos guaman di masukkan pada tuntutan kepada penghutang?

    BalasPadam
  5. Hi, saya ingin bertanya, jika penghutang adalah customer yang menyewa sesuatu barang dari syarikat kami, bagaimanakah cara untuk kami menuntut semula duit kami..kes sudah berlarutan hampir setahun..tiada langsung khabar dari pihak mereka untuk membayar semula kepada kami, walhal operasi mereka,masih berjalan seperti biasa. Apa yang perlu kami lakukan?

    BalasPadam
  6. Maaf saya ingin bertanya sekiranya hanya ada maklumat nama penuh dan bukti transaksi beserta perbualan whatapp adakah masih boleh dituntut hutang tersebut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk membuat sesuatu tuntutan melalui surat tuntutan peguam, maklumat penting yang perlu ada adalah nama penuh dan sekurang-kurangnya alamat penghutang.

      Padam
  7. Macam mana kalau hutang tersebut dah lebih dari 6 tahun. Adakah masih boleh dituntut

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh cuba dituntut melalui Surat Tuntutan Peguam tetapi tidak boleh dituntut melalui saman kerana ianya melebihi tempoh had masa

      Padam
  8. Salam tuan.Saya ade membeli tanah yg geran dalam proses.ikut perjanjian 3 tahun dapat geran. Tp 5 tahunmasih x dapat geran itu.duit dah habis bayar semua.Saya membuat pembatalan ,ikut perjanjian jika pihak mereka tidak dapat menberi geran dalalm tempoh ditetapkan ,bayaran ppenuh akan dibuat.
    Selepas membuat pembatalan itu.hampir 2 tahun baru dapat x sampai 30% bayaran balik.Bagaimana saya nak menuntut bayaran penuh?berapa kos bayaran peguam?adakah saya akan dapat ganti rugi dari kelewatan bayaran balik itu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masih boleh diambil tindakan. Hubungi saya untuk mendapat maklumat lanjut di 0129797494.

      Padam
  9. Saya menghadapi masalah menyampaikan surat tuntutan apabila kontraktor telah melarikan diri tanpa dapat dikesan. Tuntutan saya sebanyak rm5000. Adakah ia berbaloi saya meneruskan tuntutan ini. Adakah cara lain tanpa penyampaian surat tuntutan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berbaloi atau tidak sesuatu tindakan itu adalah penilaian cik sendiri. Berbaloi bagi sesetengah orang, mugkin tidak berbaloi bagi sesetengah yang lain, cik. Dapatkan nama perniagaan kontraktor dan buat carian SSM untuk dapatkan alamat.

      Padam

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.