>

SAMAN DARI TNB

saman TNB, kena saman TNB 2022, saman api

SAMAN DARI TNB

Anda menerima Saman daripada TNB (Tenaga Nasional Berhad) untuk tunggakan bil atau kes usikan pepasangan meter? Apa yang perlu anda buat?

1. Secara lazimnya, terdapat dua (2) jenis tindakan sivil yang kebiasaanya akan difailkan oleh pihak TNB terhadap pengguna. 

2. Tindakan undang-undang yang pertama adalah saman untuk tunggakan bil TNB dan yang keduanya, apa yang dikenali sebagai saman untuk usikan pepasangan meter TNB ataupun Meter Tempering.

SAMAN TUNGGAKAN BIL TNB

3. Apa itu saman kerana tunggakan bil TNB? Secara mudahnya, ianya adalah tindakan undang-undang yang dijalankan terhadap pengguna-pengguna yang mempunyai tunggakan bil-bil elektrik TNB.

4. TNB masih boleh memfailkan saman untuk tunggakan bil walaupun mereka telah memotong bekalan elektrik ke premis-premis pengguna berdaftar.

5. Anda disarankan untuk sentiasa menyemak bil-bil elektrik bulanan untuk memastikan tidak berlakunya sebarang tunggakan. Ia juga dapat mengelakkan anda dari dikenakan tindakan.

SAMAN USIKAN PEPASANGAN METER TNB

6. Apa itu saman usikan pepasangan meter TNB? Secara mudahnya, ianya adalah tindakan terhadap kerugian kepada TNB yang disebabkan oleh pengguna-pengguna berdaftar mengusik meter elektrik TNB.

7. Apa yang dimaksudkan dengan mengusik meter elektrik? Perbuatan ini adalah apabila pengguna, dengan apa-apa cara, telah menyebabkan bacaan meter tidak selaras dengan kadar penggunaan elektrik.

8. Lazimnya perbuatan ini dilakukan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memastikan bil-bil yang dikenakan ke atas mereka menjadi lebih rendah daripada kadar penggunaan sebenar.

BIL ELEKTRIK RUMAH SEWA / PREMIS YANG DISEWAKAN

9. Bagaimana pula dengan keadaan dimana anda menerima saman TNB untuk rumah atau premis yang anda sewakan kepada pihak ketiga (penyewa)?

10. Terdapat kes di Mahkamah yang telah memutuskan bahawa sekiranya saman yang dikenakan keatas anda itu adalah untuk rumah atau premis yang anda sewakan kepada orang lain, anda tetap akan bertanggungjawab keatas tindakan tersebut.

11. Ini adalah kerana apabila pengguna berdaftar untuk meter tersebut adalah anda, maka anda perlu bertanggungjawab untuk penggunaannya.

12. Mahkamah Rayuan di dalam kes Thomas Thomas @ Mohan A/L K Thomas v Tenaga Nasional Berhad telah memutuskan seperti yang berikut:

Walaupun premis-premis tersebut disewakan kepada dan diduduki oleh pihak ketiga, perayu tidak dapat melarikan diri daripada fakta bahawa perjanjian untuk pembekalan elektrik kepada premis-premis tersebut adalah di antara dia dan TNB dan tidak melibatkan mana-mana pihak ketiga. Oleh itu, setakat berkenaan penggunaan elektrik di premis-premis tersebut, ia adalah satu-satunya tanggungjawab perayu, sebagai ‘consumer’ di bawah perjanjian, untuk membayar kesemua caj yang belum dibayar kepada TNB

13. Jadi, apa yang anda boleh buat apabila berlakunya keadaan begitu? Anda sebenarnya boleh mengambil tindakan saman terhadap pihak ketiga atau penyewa yang menduduki premis tersebut untuk membayar pampasan atau gantirugi amaun yang terpaksa anda bayar kepada TNB.

14. Untuk memastikan tindakan tersebut berjalan lancar, anda juga perlu memastikan bahawa perjanjian  sewaan anda itu mempunyai ketetapan yang jelas tentang bayaran bil elektrik dan/atau tanggungan tunggakan sekira berlakunya sebarang masalah.

Untuk maklumat lanjut, rujuk pautan berikut:

👉 Apa yang perlu dilakukan sekiranya menerima Saman?

👉 Kesan Penghakiman Ingkar


gangguan seksual di malaysia

Hubungi kami di 0129797494 atau menerusi email di norhafeezlaw@gmail.com atau menerusi kotak pertanyaan untuk sebarang maklumat lanjut.


4 Pertanyaan & Jawapan

  1. Adakah terdapat sebarang cara untuk Saman TNB memutuskan bekalan tanpa Notis

    BalasPadam
    Balasan
    1. lazimnya sebelum memutuskan bekalan, TNB akan memberikan notis kepada pemilik akaun. Isunya samada notis tersebut diterima atau tidak. Boleh berhubung dengan saya melalui whatsapp untuk maklumat lanjut di 0129797494

      Padam
  2. Saya berasa musykil dengan tindakan TNB yang tidak wajar. Jika dilihat dari bil, logik ke rumah saya tak ada penyewa selama 3 bulan tapi bil letrik tiga tiga RM669

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cek balik dengan TNB. Kalau betul tidak ada orang lansung, dirisaukan mungkin ada orang pintas bekalan.

      Padam

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.