Kenyataan Media Majlis Peguam | Memahami Profesion Undang-Undang: Siapakah Peguam?
Ramai orang tidak sedar bahawa bukan semua yang memberi nasihat undang-undang secara terbuka — terutamanya di media sosial — benar-benar layak sebagai peguam.
Ini berikutan kewujudan segelintir individu - individu yang tampil di media - media sosial memberi nasihat-nasihat perundangan dan menampilkan diri mereka seolah - olah mereka adalah peguam - peguam yang beramal (practicing lawyers), sedangkan hakikatnya mereka adalah bukan peguam.
Mengapa pembezaan nasihat-nasihat undang-undang daripada peguam dengan bukan peguam itu penting kepada orang awam? Kerana individu-individu yang bukan peguam, tidak boleh dipertanggungjawabkan dengan kenyataan-kenyataan yang mereka berikan.
Sedangkan peguam pula bukan sahaja perlu bertanggungjawab di atas setiap tindakan mereka, bahkan berdepan risiko tindakan disiplin, atau lebih teruk, tindakan undang-undang dek kerana apa yang keluar dari mulut mereka.
Itu di antara sebabnya, para peguam sangat berhati-hati memberi nasihat-nasihat khusus kepada anak-anak guam mereka.
Kenyataan media oleh Yang di Pertua, Badan Peguam Malaysia ini memberi penerangan yang jelas tentang bagaimana untuk mengenal pasti peguam sah di sisi undang-undang, serta langkah-langkah perlindungan yang boleh diambil oleh orang awam agar tidak tertipu dengan individu yang menyamar atau bertindak di luar bidang kuasa mereka.





0 Pertanyaan & Jawapan
Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.