MAKLUMAT ORANG YANG INGIN DISAMAN
Kita mempunyai kausa tindakan atau asas untuk memfailkan tindakan di Mahkamah. Kita juga mempunyai locus standi atau hak untuk memfailkan tindakan di Mahkamah. Tindakan kita juga masih lagi di dalam tempoh masa yang ditetapkan. Apa lagi maklumat penting yang kita perlu ada sebelum memfailkan saman?
NAMA PENUH ORANG YANG INGIN DI SAMAN
1. Sekiranya kita ingin memfailkan saman, diantara maklumat yang sangat penting yang perlu ada adalah identiti orang yang ingin anda saman.
2. Identiti disini bermaksud nama penuh orang atau entiti yang ingin kita saman.
3. Proses untuk mendapatkan maklumat ini lazimnya mudah untuk tindakan-tindakan yang berasaskan dokumen yang jelas seperti kontrak dan perjanjian bertulis.
4. Namun ianya sedikit rumit sekiranya tindakan mahkamah itu tidak mempunyai sebarang dokumen yang boleh dirujuk untuk mendapatkan maklumat tersebut.
5. Contohnya, fitnah di facebook dimana akaun yang digunakan oleh pemfitnah adalah akaun palsu (fake account). Ianya akan merumitkan proses untuk mendapatkan maklumat identiti orang yang ingin di saman.
ALAMAT ORANG YANG INGIN DISAMAN
6. Maklumat berkenaan dengan alamat juga adalah penting kerana tanpa alamat, sesuatu notis tuntutan peguam ataupun saman tidak akan dapat diserahkan kepada orang yang ingin disaman.
7. Bagaimana pula sekiranya kita hanya ada alamat lama dan tidak mempunyai sebarang maklumat tentang alamat baru orang yang ingin disaman?
8. Saman tetap boleh difailkan selama mana alamat lama yang kita ada itu adalah alamat terakhir yang kita tahu tentang orang yang kita ingin saman.
9. Apa yang penting adalah kita mempunyai alamat beliau bagi membolehkan peguam menyerahkan surat tuntutan peguam dan saman kepada orang yang ingin disaman tersebut.
NOMBOR KAD PENGENALAN
10. Satu lagi maklumat yang sangat penting adalah nombor kad pengenalan orang yang ingin kita saman.
11. Tanpa maklumat ini, proses mendaftarkan saman di Mahkamah akan menjadi rumit. Oleh itu, adalah amat penting untuk kita mendapatkan maklumat ini sebelum memfailkan saman.
KESIMPULAN
12. Untuk memastikan proses memfailkan saman di Mahkamah dapat disempurnakan dengan baik dan lancar, anda adalah disarankan untuk mendapatkan maklumat-maklumat ini terlebih dahulu.
Untuk mendapatkan maklumat tentang penilaian sesuatu kes sebelum saman, rujuk pautan ini:
https://www.norhafeezlaw.com/2022/05/proses-sebelum-saman.html
Hubungi kami di 0129797494 atau menerusi email di norhafeezlaw@gmail.com atau menerusi kotak pertanyaan untuk sebarang maklumat lanjut.
0 Pertanyaan & Jawapan
Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.