Apa itu Saman Malu? Saman malu atau saman fitnah ialah tindakan undang-undang terhadap seseorang yang mengeluarkan kenyataan fitnah mengenai kita, sama ada secara lisan, bertulis atau digital, dan kenyataan tersebut telah disampaikan kepada pihak ketiga.
Kita sering mendengar istilah Saman Malu dalam penggunaan harian. Namun dari sudut undang-undang, rasa malu semata-mata tidak mencukupi untuk memfailkan tindakan sivil.
Tindakan hanya boleh diambil apabila kenyataan tersebut memenuhi unsur-unsur fitnah, dan inilah yang secara tepat diiktiraf sebagai Saman Malu/fitnah atau defamation.
Rujukan berkaitan:
• Fitnah Facebook dan Saman Malu Media Sosial: Baca di sini
• Bagaimanakah Cara untuk Mengaplikasi Syarat Fitnah?: Baca di sini
• Pampasan dan Gantirugi Saman Fitnah?: Baca di sini
• Apakah Dokumen dan Bukti yang Perlu Disediakan Untuk Saman Malu?: Baca di sini
DEFINISI FITNAH DALAM SAMAN MALU
Mahkamah Malaysia di dalam kes klasik Ayob Bin Saud v TS Sambanthamurthi telah memberikan definisi fitnah sebagai berikut:
The law of libel is governed by the Defamation Act 1957 and the burden of proof lies on the plaintiff to show: (a) the words are defamatory; (b) the words refer to the plaintiff; and (c) the words were published.
Berdasarkan dapatan Mahkamah di dalam kes tersebut, undang-undang fitnah ditadbir oleh Akta Fitnah 1957 dan sesuatu kenyataan itu lazimnya boleh dianggap sebagai fitnah apabila:
- kenyataan atau tohmahan itu adalah tidak benar;
- kenyataan atau tohmahan itu merujuk kepada seseorang; dan
- kenyataan atau tohmahan itu disiarkan atau disebar atau disampaikan kepada pihak ketiga (samada secara lisan, bertulis atau digital).
Jika Jailani menulis satu kenyataan di media sosial bahawa “Nor Hafeez curi duit pejabat”, sedangkan perkara itu tidak benar, dan kenyataan itu telah dibaca oleh orang lain — maka itu adalah contoh klasik fitnah yang berpotensi untuk dijadikan asas tindakan.
JENIS-JENIS FITNAH
Fitnah di sisi undang-undang terbahagi kepada dua (2) bentuk utama, iaitu fitnah bertulis/kekal (Libel) dan fitnah lisan (Slander).
LIBEL - Fitnah secara penulisan / bentuk kekal
Libel merujuk kepada fitnah yang disampaikan dalam bentuk yang kekal atau boleh direkod, seperti tulisan, artikel, surat, poster, emel, mesej, video atau posting media sosial (Facebook, WhatsApp, Twitter, Tiktok dan seumpamanya).
Biasanya ia lebih mudah dibuktikan kerana ada rekod yang boleh dicetak atau disimpan dalam bentuk dokumentasi untuk ditunjukkan kepada Mahkamah.
Contohnya: Jailani menulis status Facebook menuduh Nor Hafeez adalah seorang “pemakan rasuah” tanpa bukti, dan posting itu telah disiarkan dan telah dibaca oleh orang ramai. Itu adalah libel.
SLANDER - Fitnah secara lisan / percakapan
Slander pula merujuk kepada fitnah yang berlaku melalui ucapan atau kata-kata, contohnya tuduhan yang dibuat secara lisan dalam mesyuarat atau majlis, atau kenyataan mulut ke mulut yang dinyatakan di hadapan pihak ketiga.
Slander lazimnya mempunyai beban bukti yang lebih rumit namun masih boleh dibuktikan melalui keterangan saksi-saksi yang berkenaan.
Contohnya: Nor Hafeez menuduh “Jailani curi duit tabung masjid” secara lisan di hadapan rakan pejabat atau pelanggan. Maka itu adalah slander.
ELEMEN ATAU SYARAT-SYARAT FITNAH
Saman malu atau fitnah bukanlah tindakan yang mudah dan ia lazimnya melibatkan kos yang tinggi. Ini kerana orang yang difitnah perlu membuktikan elemen-elemen atau syarat-syarat fitnah sebelum Mahkamah boleh memberi sebarang penghakiman.
Apakah syarat-syarat fitnah? Secara asasnya, ada tiga elemen atau syarat-syarat utama yang perlu dibuktikan:
(i) Kenyataan itu tidak benar (tuduhan palsu)
Sesuatu kenyataan atau kata-kata dianggap sebagai fitnah apabila maksud biasa dan semula jadinya memberi gambaran bahawa orang yang difitnah itu adalah seorang yang tidak jujur, berkelakuan buruk, tercela atau tidak berintegriti.
Apatah lagi sekira kesannya menjatuhkan reputasi atau maruah orang yang difitnah di mata masyarakat, sehingga mendedahkannya kepada kebencian, ejekan, celaan atau penghinaan, atau menyebabkan orang ramai memandang rendah serta menjauhinya.
Jika kenyataan itu benar, walaupun ianya memalukan atau mengaibkan, kebenaran tersebut biasanya akan menewaskan tuntutan fitnah kerana “kebenaran” adalah antara pembelaan yang kuat.
(ii) Kenyataan itu merujuk kepada orang yang difitnah
Kenyataan atau kata-kata fitnah itu merujuk kepada orang yang difitnah bermaksud fitnah tersebut hendaklah ditujukan atau merujuk secara tersurat atau tersirat kepada orang yang difitnah.
Sekiranya kenyataan itu sebenarnya merujuk kepada orang lain, atau tidak boleh dikenalpasti merujuk kepada orang yang difitnah, syarat ini tidak akan dipenuhi dan tuntutan lazimnya akan gagal.
(iii) Kenyataan itu disebarkan kepada pihak ketiga
Syarat Fitnah memerlukan penyiaran atau penyebaran (publication).
Apa maksud penyiaran atau penyebaran fitnah? maksudnya, kenyataan fitnah itu disampaikan kepada pihak lain selain daripada orang yang difitnah dan pemfitnah.
Sekiranya tuduhan fitnah itu terkandung di dalam perbualan peribadi hanya diantara pemfitnah dan orang yang difitnah tanpa sebaran kepada pihak ketiga, maka elemen ini dianggap gagal dipenuhi.
PERBEZAAN SYARAT LIBEL DAN SLANDER
Di sinilah ramai orang awam tersilap faham. Untuk Libel, orang yang difitnah hanya perlu memenuhi tiga elemen atau syarat-syarat fitnah yang dinyatakan di atas.
Manakala untuk Slander pula, selain tiga elemen di atas, kebiasaannya orang yang difitnah turut perlu membuktikan satu lagi syarat iaitu terdapatnya kerugian sebenar/khas (actual/special damages).
Apa maksud kerugian sebenar/khas (actual/special damages)?
Apa yang dimaksudkan dengan kerugian sebenar/khas (actual/special damages) berdasarkan teks rujukan lazim Mahkamah iaitu dari Gatley on Libel and Slander adalah seperti berikut:
What constitutes special damage. Special damage for this purpose is some ‘actual temporal loss’ — the loss of some ‘material’ or ‘temporal advantage’ which is ‘pecuniary’ or ‘capable of being estimated in money’. Or, to put it another way, in cases of slander not actionable per se, the law does not presume that damage will be suffered from the publication and the distress felt by the claimant at the injury to his reputation is not sufficient to found his cause of action.
Kerugian sebenar/khas ditafsirkan sebagai kerugian sebenar yang bersifat nyata dan boleh diukur, khususnya kerugian kewangan atau kehilangan manfaat yang boleh dinilai dengan wang.
Dalam kes fitnah slander yang tidak boleh disaman secara automatik (not actionable per se), undang-undang tidak mengandaikan bahawa kerugian telah berlaku hanya kerana kenyataan fitnah itu dibuat.
Rasa tertekan, malu atau tercalar reputasi semata-mata tidak mencukupi; orang yang difitnah wajib membuktikan bahawa beliau benar-benar mengalami kerugian material seperti kehilangan pekerjaan, kehilangan pendapatan, atau kerugian kewangan yang boleh dianggar atau diukur nilainya.
Kes-Kes Slander yang Dikecualikan Dari Pembuktian Kerugian Sebenar?
Undang-undang memperuntukkan dua (2) pengecualian di mana bukti kerugian sebenar tidak diperlukan.
Pertama, sekiranya kata-kata lisan yang disebarkan itu menuduh seorang wanita melakukan perbuatan tidak bermoral seperti tidak suci atau berzina. Dalam keadaan ini, wanita yang difitnah tersebut tidak perlu membuktikan kerugian kewangan untuk memfailkan saman fitnah.
Kedua, jika kenyataan lisan itu menjejaskan atau merendahkan reputasi seseorang dalam jawatan, profesion, kerjaya, perniagaan atau perdagangan yang sedang dijalankannya, tindakan saman boleh difailkan tanpa perlu membuktikan kerugian sebenar.
Contohnya, tuduhan lisan bahawa seorang akauntan menipu pelanggan atau seorang kontraktor menyeleweng wang projek adalah memadai untuk membentuk kes fitnah, walaupun kerugian kewangan khusus belum dapat dibuktikan.
Dalam kedua-dua keadaan ini, undang-undang mengiktiraf bahawa kesan terhadap maruah dan reputasi adalah cukup serius sehingga tidak memerlukan bukti kerugian kewangan sebenar.
BAGAIMANA UNTUK MENGAPLIKASI SYARAT-SYARAT FITNAH DALAM KES SEBENAR?
Contoh libel:
Ali telah memfitnah Ahmad melalui satu post di facebook/whatsapp/email/surat layang dengan mengatakan bahawa Ahmad (elemen 1: merujuk secara jelas kepada orang yang difitnah) adalah seorang pencuri motosikal (elemen 2: kenyataan tidak benar) sedangkan tuduhan itu adalah palsu dan fitnah. Post tersebut pula telah disebarkan secara viral kepada umum (elemen 3: disebar kepada pihak ketiga selain Ali dan Ahmad). Ahmad kini boleh memfailkan tindakan saman fitnah terhadap Ali.
Contoh Slander:
Badrul telah memfitnah Farid secara lisan di hadapan rakan-rakan sekerja dengan mengatakan bahawa Farid telah menyalahgunakan wang syarikat untuk kepentingan peribadi.
Kenyataan tersebut merujuk secara jelas kepada Farid (elemen 1: merujuk kepada orang yang difitnah) dan mengandungi tuduhan yang tidak benar (elemen 2: kenyataan palsu). Tuduhan itu pula telah diucapkan di hadapan pihak ketiga, iaitu rakan-rakan sekerja Farid (elemen 3: disebarkan kepada pihak ketiga).
Memandangkan fitnah ini berlaku secara lisan (slander), Farid perlu membuktikan kerugian sebenar (actual/special damages).
Sebagai contoh, akibat kenyataan tersebut, Farid telah digantung kerja, kehilangan bonus tahunan, atau dinafikan kenaikan pangkat yang sepatutnya diterimanya. Kerugian ini adalah kerugian kewangan yang nyata dan boleh dianggar dengan wang (elemen 4: kerugian sebenar). Sekiranya Farid berjaya membuktikan kerugian tersebut, beliau mempunyai asas yang kukuh untuk memfailkan tindakan saman fitnah terhadap Badrul.
Soalan Lazim Saman Malu (FAQ)
Saman malu atau saman fitnah ialah tindakan undang-undang terhadap seseorang yang mengeluarkan kenyataan fitnah mengenai kita, sama ada secara lisan, bertulis atau digital, dan kenyataan tersebut telah disampaikan kepada pihak ketiga.
Syarat saman malu yang utama ada tiga. Pertama, terdapat kenyataan atau tohmahan yang tidak benar. Kedua, kenyataan atau tohmahan tersebut merujuk kepada orang yang difitnah secara tersurat atau tersirat. Ketiga, kenyataan atau tohmahan tersebut dibaca atau didengar oleh pihak ketiga. Ketiga-tiga syarat ini wajib dipenuhi dan dibuktikan. Gagal untuk membuktikan mana-mana syarat fitnah boleh menyebabkan saman ditolak oleh Mahkamah
Fitnah ada dua jenis. Yang pertama dipanggil libel. Libel adalah sejenis fitnah dalam bentuk kekal samada secara bertulis, bercetak atau rakaman. Yang kedua dipanggil slander. Slander pula Adalah sejenis fitnah dalam bentuk lisan atau ucapan.
Sekiranya kenyataan tersebut benar dan bukan fitnah, maka peguam lazimnya tidak akan menyarankan saman difailkan kerana saman mungkin ditolak kerana gagal memenuhi syarat fitnah.
Boleh tetapi dengan syarat identity pemilik fake account tersebut dapat dikenal pasti. Kegagalan untuk mendapatkan butir-butir pemfitnah boleh menyebabkan saman tidak dapat didaftarkan
Ada. Ada dua jenis keadaan dimana orang yang difitnah secara lisan tidak perlu membuktikan kerugian sebenar. Pertama, fitnah zina terhadap Wanita dan kedua, fitnah terhadap profesyen atau kerja
_______________________


58 Pertanyaan & Jawapan
Saya kena ugut tampar Dan mnganggu emosi Serta mental Boleka saya mnyaman
BalasPadamUgutan untuk melakukan kekerasan adalah satu kesalahan jenayah. Saya mengesyorkan agar laporan Polis dibuat.
BalasPadamSaya .. Di buruk burukan dengan cerita yang tidak tidak sedang saya tidak pernah bertegur sapa dengan orang burukan saya serta memalukan saya di hadapan seseorang apakah patut tindakan yang saya patut lakukan
BalasPadamSebaiknya cuba bersemuka dan berbincang. Jadikan tindakan undang-undang sebagai jalan terakhir kerana ianya akan melibatkan kos yang sangat tinggi.
Padamsalam.blh kah saya failkan saman fitnah/malu kepada orang yg membuat laporan polis keatas saya yg telah menuduh saya meminta sejumlah wang daripadanya sedangkan pengadu sendiri yg bersetuju memberikan sejumlah duit kpd saya supaya saya tidak membuat laporan polis keatas perbuatan anaknya
BalasPadamSalam. Kandungan laporan tidak boleh dijadikan asas yang kukuh untuk tindakan fitnah melainkan kandungannya disebarkan.
Padamsalam. blh ka sy saman malu pada lelaki yg tlh menghamili sy sehinggah sy melahirkan ank.. dia berjanji untuk bertanggungjaqab tapi tidak menunaikan tanggungjawab tersebut.. malah meninggalkan sy dgn ank..
BalasPadamTidak boleh. Namun di beberapa negeri, hamil luar nikah adalah satu kesalahan di sisi Enakmen Jenayah Syariah.
PadamBoleh
BalasPadamAssalamualaikum, saya nak tanya berkenaan hutang, adakah saya salah jika saya mengingatkan orang yang berhutang agar membayar hutang mereka secara berturut. Contohnya, saya mengingatkan beliau dalam tempoh selang beberapa hari dalam masa seminggu & beliau juga telah tetapkan tarikh yg dijanji oleh beliau.Beliau masih enggan memberi respond sehingga block saya di ruang chat walhal beliau sempat memuat naik di status pada tahun sblumnya tentang pembelian phone baru & saya berasa pelik ttg perkara itu. Jadi, saya telah meminta kawan saya untuk membantu saya utk viralkan dalam group yg beliau penah masuk sblum ini dlm 3 hari lepas supaya org lain berhati² dgn beliau. Namun, ada 2 ke 3 org yg tampil mengatakan mereka pernah terkena dgn beliau. Salah sorg member dlm group penah memberi pinjam duit mengatakan beliau tidak membayar duit tersebut dari 2019. Akhirnya saya dpt respond setelah hampir seminggu lebih & membayar duit tersebut namun dia pula seolah mengungut saya yg mengatakan beliau telah membuat laporan polis & telah screenshot setiap chat yg diterimanya hasil kawan saya menyebarkan tentangnya dan saya sudah save semua bukti yg saya tidak menyatakan 1 perkataan utk ugut beliau. Adakah saya perlu risau?
BalasPadamTidak perlu risau, selama mana tiada fitnah atau ugutan jenayah.
BalasPadamSaya kerja delivery lori dari johor ke singapore,Dan baru baru ni saya hantar barang ke satu bangunan di tuas south ave.dan lori saya telah tergeser dengan siling bangunan tersebut,pada hal ketinggiannya 4.2m dan ketinggian lori 4.1m dan saya nak tanya adakah saya harus tanggungjawab atas kerosakan bangunan tersebut dan adakah had ketinggian tersebut salah untuk saya naik ke tingkat atas.
BalasPadamSaya dituduh ambil duit dlm akuan bank..saya rapat dengan anak yg menuduh saya ..saya minta statement bank nk tengok sebab nilai 4k hari yg saya ikut anak dia..nilai xsampai 4k..saya cuma nk tengok statement bank..tapi sampai sekarang ..perkara ni dh jadi buah mulut ke mulut.. sehingga sekampung..lps tu duit zakat kot dibayar dikata hilang dlm akuan saya juga dituduh..saya minta ke pejabat untuk sahihkn buat surat katakan pejabat zakat dh bayar sebagai bukti untuk menuduh saya...tetapi jawapan biar ALLAH tunjukkan...saya xbuat semua tu...dan saya xmau persahabatan terputus saya dh minta kwn baik saya anak kepada yg menuduh..supaya jgn aibkn saya selagi xdak bukti..tetapi tetap sama malukan cerita kepada rakan2 hingga kepada ibubapa saya...patut saya berdiam atau buat sesuatu
BalasPadamBoleh ambil tindakan jika perlu.
PadamAssalam.. boleh ke saman seseorang yang menyimpan gmba bogel.. tapi belum disebarkan lagi dan tiada ugutan lagi mengenai itu.. apa yg prlu dilakukan ? kerana bimbang gmba itu akan trsbar di masa akan dtg..
BalasPadamMenyimpan gambar bogel adalah satu kesalahan yang boleh didakwa. Boleh membuat laporan polis sekiranya terdapat bukti. Sekiranya disebarkan atau diugut, buat laporan secepat mungkin.
PadamSalam..saya nak tnya mcm kes sy ni..sy dlu bekerja dgn bangsa cina dlm 5 tahun..lps tu sy berhenti diats faktor kesihatan sy..dan sy ade berhutang dgn tokey cina yg sy bekerja tu..tp da selesai byr slps sy berhenti kerja..yg x sedap dgr tu dpt tau cerita mengatakan sy mencuri di kedai tempat sy bekerja heboh setaman yg sy duduk sekarang ni..bila tunjuk bukti sampai sekarang xde..sekadar mulut..tempt kerja ada cctv..jiran sebelah rumah sy mmg tak baik tp die selalu ckp mcm mcm..smpi hal mencuri ni pun die sebut di dpn ank sy..kdg sy bole jd stres nk hadap..dgn ank tnya..betul ke ibu..? Apa tindakan yg patut sy buat?
BalasPadamSekiranya tuduhan yang dibuat itu adalah fitnah dan ada saksi saksi yang boleh mengesahkan fitnah tersebut, boleh ambil tindakan.
PadamAssalamualaikum saya nak tanya. Kes saya ni pihak tu yang mula bertindak di sosial media post dengan kata2 sindiran dan memalukan. Lalu saya jugak bertindak utk post balik apa yg ditulis dari dia. Namun, pihak itu telah malu dan dia buat laporan polis untk nak ambil tindakan pada saya kes saman malu. Perlu ka saya bertindak apa-apa???
BalasPadamPenilaian perlu dibuat terhadap kenyataan-kenyataan daripada kedua-dua belah pihak. Sekiranya telah diserahkan dengan sesalinan Writ untuk saman malu, hubungi peguam secepat mungkin.
PadamAssalamualaikum. Saya nak tanya, bolehkah saya buat saman sekiranya pihak yg menfitnah mengaitkan org yang tidak berkaitan dgn masalah mereka? Contohnya pemfitnah ada masalah dengan kakak saya tetapi pemfitnah mengaitkan keluarga kami dgn melemparkan kata2 yg tidak sepatutnya sedangkan kami tidak mengenalinya sama sekali. Sedangkan masalah itu hanya dia dan kakak saya sahaja, adakah saya boleh mengambil tindakan tersebut? Dan saman apakah yg boleh saya lakukan? Terima kasih.
BalasPadamWaalaikumsalam. CIk boleh rujuk rencana kami disini:
Padamhttps://www.norhafeezlaw.com/2023/01/syarat-saman-fitnah.html
salam, ada satu kes ni. di sekolah pelajar A difitnah pembuli oleh pelajar B dan guru memaksa pelajar A tersebut untuk mengaku kesalahan dan telah mengambil tindakan pada pelajar A sedangkan pelajar A tidak melakukan kes buli. dan sekarang pelajar A digelar pembuli dan malu atas kesalahan yang tidak dilakukan, telah mendapati pelajar yersenut diancam dan depress atas tuduhan palsu. boleh failkan fitnah atau saman malu terhadap guru dan pelajar B?
BalasPadambergantung kepada bukti
Padamhttps://www.norhafeezlaw.com/2023/01/apa-itu-fitnah.html
Salam sy nk bertanya berkenaan fitnah yg agak bagi keterlaluan sehingga menganggu seluruh kehidupan sy seharian. Sy warden bekerja di sebuah syarikat dan menjadi warden di asrama atas nama di rahsiakan syarikat tersebut. Pada 1 ketika spokchek telah di buat dan menemui beberapa barang terlarang di dalam asrama. Dlm keadaan tersebut ada di kalangan staf bertanya kepada si terkantoi dgn bahan tersebut, dgn pertanyaan adakah warden terlibat dgn bahan2 dan jugak perkara tersebut.. Persoalan kenapa staff tersebut boleh bertanya soalan mcm tu kepada pelatih mlm tu.. Jdi yg tertangkap mcm keadaan terpaksa mengaku yg warden jugak terlibat dlm hal2 brg terlarang dihadapan polis yg juga turut dlm membuat spokchek di asrama syrikat tersebut.kenapa dan mengapa Apakah tujuan staf2 tersebut berbuat sedemikian. Desas desus ramai mendengar staff tersebut mengeluar pertanyaan sedemikian yg adakah warden terlibat. Sekarang pelatih2 lain tersebut semua menjadi hilang rasa hormat kepada warden sehingga menanggu untuk mentakbiran asrama ketika ini. Di sebab mulut2 staf tersebut, maruah warden kini agak menjadi malu di atas pertuduhan yg dikatakan mcm2 yg agak dikira keterlaluan. Adakah didalam cerita walau tk sepenuhnya, bolehkah sy mengambil tindakan undang2 untuk staff2 tersebut dan juga syarikat atas tuduhan dan tindakan mereka yg mcm sengaja di sbbkan gila nama gila pangkat dan kuasa. Apa patut sy buat. Kalau nk belasah terang2 sy salah. Kalau nk biar bagaimana maruah dan nama sy? 12 tahun berkerja ini pertama kali jadi di sbb mulut. Ikut hati nk santau aja.. Kang jatuh syirik. Jd sy memohon sedikit bantuan nasihat atau lain2 yg boleh sy buktikan yg sy tk terlibat dan tk bersalah. Di sbb kes ni sy jugak hampir menjadi kemurungan di sbb mulut2 manusia yg gila kuasa ini.
BalasPadamUntuk menilai samada cik mempunyai kes untuk saman fitnah, boleh rujuk rencana ini.
Padamhttps://www.norhafeezlaw.com/2023/01/syarat-saman-fitnah.html
Sy nak tanya sekiranyaa sesorng itu selalu viralkan kita d media social dan berckp buruk tentang diri kita (tanpa menggunakn gambar atau pun nama ) bole kah kita menfailkan surat saman ..
BalasPadamPerlu lihat apakah fitnah yang diviralkan dan samada kenyataan tersebut cukup untuk merujuk kepada cik
PadamSalam, saya hendak bertanya, adakah dikira memfitnah, memalukan dan mengugut seseorang apabila dibuat satu gambar yang malabel orang itu sebagai scammer untuk menyuruh hutang dibayar pada waktu yang ditetapkan selepas ditangguh berminggu?
BalasPadamBergantung kepada apa yang ditulis dan disebarkan
PadamAssalamualaikum. . Sy nak brtanya. . Bekas pkerja sya mnbuat satu group whatshap. . Di dlam whthap trsbut mempunyai 7 individu. . Dlam whtsap trsbut. . Diorang menghina dn mnbukak aib . . Smpai tk boleh nak baca. . apa yg diorang cerita sangat trkesan di hati. Dan amat memalukan. . Apakah kita boleh saman malu. .
BalasPadamBergantung kepada kenyataan yang terkandung di dalam group tersebut. Rujuk peguam secepat mungkin
PadamSalam , saya nak bertanya . Jika kita ada komen di mana2 posting . Dan kita komen tgkah laku tuan badan yg kurang adab , tanpa ada ayat maki hamun . Adakah tuan bdan boleh menyaman kita kerana menggap kita menutup periuk nasi mereka ..
BalasPadamPerlu tengok kepada ayat yang digunakan di dalam bahagian komen tersebut. Namun orang yang difitnah atau merasakan dirinya telah difitnah tetap boleh mengambil tindakan sekiranya beliau merasakan tindakan tersebut wajar untuk diputuskan di Mahkamah.
PadamSelamat petang. Bolehkah saya failkan saman malu..setelah saya terbukti tidak bersalah di mahkamah atas tuduhan ugutan sesyen 506 kk...
BalasPadamLaporan Polis, Pendakwaan Jenayah atau kandungan Prosiding Mahkamah adalah terlindung (melalui prinsip absolute privilege) daripada tindakan saman fitnah.
PadamSelamat petang Tuan bolehkah saya Saman malu setelah saya terbukti tidak bersalah tetapi difitnah,dihina oleh 2 orang guru displin,Salah seorang guru displin tersebut telah berkata didalam kelas lain saya perempuan jalang,perempuan murah,bodo bangang rakaman suara telah direkod oleh pelajar lain dan saya telah mendapat rakaman suara tersebut sebagai bukti.laporan rekod saya pun ada sedangkan perkara itu saya tidak buat tapi kena tuduh.
BalasPadamboleh sekiranya ada bukti yang kukuh dan memenuhi syarat
PadamSalam saya nak bertanya bolehkah saya Saman malu kerana ada seorang guru telah menghina Anak saya sebagai perempuan jalang,bodo bangang,murah Dan telah buat tuduhan palsu tetapi tuduhun tersebut telah memalukan Anak saya.Rakaman suara Dan laporan palsu ada dengan saya.
BalasPadambergantung kepada fakta kes. Namun boleh di ambil tindakan sekiranya ada bukti yang kukuh dan memenuhi syarat
PadamSelamat pagi nak tanya macm mana orang tu sebar gambar saya di telegram pastu minta benda tak senoh dengan orang yang mengaibkan smpai kan orang tu menyamar chat saya smpai dia cakap saya jual diri ..padahal saya tak buat ape ape
BalasPadamSekiranya mempunyai bukti yang mencukupi, boleh dibawa untuk rujuk kepada peguam
PadamAsalamulaikum..sy nk tanya..
BalasPadamAda seorg ini berhutang dgn sy..sebayak rm450.. sehingga kini tidak bayar.. sy ada buat status di fb, berbunyi "(sipola)nama
Selesaikan hutang kamu sebanyak RM450. Bertangguh tidak bayar hingga sekarang!!senyap langsung!".. sy mempunyai ss yg belia tidak respont akan byr hutang..selepas pos 30minit itu beliau respon.. mengaku salah.. dan mahu saman malu mengaib kan beliau.. sy berbuat demikian utk mendapatkan respond beliau sbb tindakan beliau byk alasan dan tak balas msg sy ketika sy minta hutang sebelom ini..ada kah boleh bergitu tuan.. utk pautan fb sy delete selepas 30 minit beliau respond..mohon maklum balas
perlu lihat kepada bukti secara keseluruhan sebelum boleh membuat penilaian.
PadamAssalamualaikum.. nak tanya seorang pejawat awam bawahan boleh atau tidak buat saman malu, tuntutan ganti rugi melibatkan kerjaya sehingga di buang kerja secara keji.dan kehilang skim pencen.
BalasPadamKes urine tidak ikut sop
(Saman pegawai atasan dan pegawai yang terlibat kes kianat untuk berhenti sesorang secara jahat pada anggota bawahan.) Terlepas dari kesalahan dadah.
Tapi Kes urine digugurkan dalaman jerk. cuma nk bawak kemahkamah awam peguam yg dilantik n buat bayaran awal guaman rm4000 Peguam diam tiada apa tindakan dokuman n keterangan dah ambil.
Penjanjian awal nk buat saman tiba2 jdi nk selamatkan perkhimatan ambil pencen tpi perkhimatan ditamatkan tidak disokong perkhimatan berpencen. Mcm mna nk bawak kes sy nie lantik peguam dah buat pembayaran guaman tpi x buat kerja.
Apa tindakan yg boleh sy buat pada pegawai2 yg cuba buat kianat tujuan niat jahat pada dri sy.
Rujuk semula peguamcara yang telah dilantik, runding dan dapatkan penjelasan
PadamSaya dan suami telah diserang di rumah dengan cara menuduh dan cuba untuk menjatuhkan maruah suami,siap kecoh sekampung kononnya mereka dipihak yang benar,tuduhan tersebut..mereka menyatakan yang suami bercerita kpd jiran2 yang anak mereka telah dirogol oleh bapa tiri sendri..bila saya minta mereka bukti tuduhan,mereka cuma kaitkan nama seseorang yang sampaikn kpd mereka..sy telah mbuat laporan polis..polis sdah mgambil tindakan dan beri amaran kpd mereka..tetapi akibat dr kes tersebut,kmi sperti dipulaukan..sya tdak kisah klau tdak btegur siapa dgn jiran..sbb majoriti mreka adalah bkn warga malaysia,cma d sini..blh kh saman malu/fitnah atas apa yg berlaku..
BalasPadamFitnah melalui percakapan ada syarat-syarat yang ketat. Sekiranya memenuhi syaratnya, boleh saman.
Padamboleh ke saya nak failkan saman malu ke ats org ketiga kerana menfitnah sy ,fitnah yg mcm ni ( kawin dgn pak sanggup, menggandung ank org lain kwin dgn org lain)
BalasPadamsekiranya memenuhi syarat, boleh.
PadamSalam, Saya telah di chat oleh kaka Ipar Saya dengan kata2 yg kesat Dan pernyataan yang berbaur fitnah Dan pencemaran nama baik. Chat Dan voice note berisi kandungan makian& kata2 kesat, fitnah Dan pencemaran nama baik. Boleh kah kes sebegini Saya failkan Saman fitnah?
BalasPadamsekiranya ianya tidak disebarkan kepada mana mana pihak ketiga selain cik, ianya tidak mencukupi syarat untuk memfailkan saman fitnah
PadamSaya ingin bertanya, bolehkah kalau kita ingin saman fitnah terhadap orang yang telah melemparkan fitnah terhadap kita. Tapi dia melakukan fitnah secara chatting dengan orang lain. Namun perkara tu sudah tersebar dan membuat orang lain memandang serong dan memberi tanggapan buruk terhadap keluarga saya.
BalasPadamSekiranya memenuhi syaratnya, boleh.
PadamSalam Boleh saya tahu. Adakah keadaan yang berikut boleh kita guna saman malu:
BalasPadamSi A tidak pernah baik dengan B (officemates) kerana selalu ditegur buat salah dalam urusan kerja. si A ada group whatsapp informal dgn staff lain dan Si B tiada di dalam itu. Dalam group tersebut, Si A telah melabel si B dgn perkataan yang kurang enak seperti s*nd*l. Adakah situasi ini termasuk dlm kategori yang dibolehkan saman malu?
Ya. Boleh
PadamJiran saya telah buat repot polis palsu terhadap saya dan kenyataan yang diberi semua tidak benar Boleh ke saya buat saman malu kerana masa tu saya tengah bekerja dan polis telah datang ke rumah dan menelefon saya untuk ke balai polis bagi keterangan.Perkara ini telah mengganggu masa saya bekerja dan keluarga say.
BalasPadamtidak disaran. Baca lebih lanjut disini: https://www.norhafeezlaw.com/2020/12/pembelaan-fitnah-keistimewaan-mutlak.html
PadamAnda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.