>

FITNAH DI FACEBOOK DAN SAMAN MALU MEDIA SOSIAL

fitnah dalam facebook dan media sosial

FITNAH DI FACEBOOK DAN SAMAN MALU UNTUK FITNAH DI MEDIA SOSIAL

Perkembangan teknologi semakin pesat dengan apa sahaja maklumat boleh diperolehi dan dikongsi hanya dengan sentuhan hujung jari. Namun begitu, ianya turut membuka ruang yang luas untuk fitnah dan berita palsu berleluasa dan menular dalam masa yang sangat singkat. Apa yang boleh dilakukan sekiranya terdapat fitnah di facebook atau mana-mana platform media sosial lain? Apa kah saman malu boleh difailkan untuk fitnah di media sosial? 

FITNAH MELALUI MEDIA SOSIAL

1. Pada beberapa ketika yang lalu, fitnah di dalam bentuk tulisan (libel), hanya boleh di dapati apabila terdapat kenyataan fitnah di dalam media bercetak seperti akhbar, surat-menyurat, buku dan majalah.

2. Pada hari ini, libel atau fitnah secara bertulis di media sosial mengambil tempat. Platform media sosial yang popular di Malaysia seperti Facebook dan Twitter kadangkala dipenuhi dengan berita palsu dan kenyataan-kenyataan fitnah yang terlalu cepat disebar dan ditularkan.

JENIS FITNAH MEDIA SOSIAL

3. Pada pemerhatian saya, terdapat beberapa jenis kenyataan yang dibuat di media sosial yang boleh menyebabkan tindakan saman malu/fitnah diambil terhadap seseorang itu. Untuk kemudahan, saya menggunakan contoh facebook.

i) Kenyataan Fitnah di Status Facebook

4. Ini adalah jenis fitnah tradisional di mana kenyataan di dalam status yang dibuat oleh seseorang pemilik akaun facebook tersebut mengandungi kenyataan-kenyataan palsu dan boleh difahami sebagai fitnah.

5. Sekiranya kenyataan fitnah itu disiarkan di media sosial pemilik akaun tersebut dan akaun facebook beliau pula terbuka untuk tatapan dan lawatan umum pengguna lain, maka beliau boleh di saman fitnah. 

Contoh: En.Bambang Shah telah memuat naik kenyataan berbunyi "En.Bakhtiar adalah seorang penipu dan beliau telah terlibat dalam kegiatan jenayah" sebagai status di laman facebook beliau dan akaun facebook beliau terbuka untuk tatapan umum (public).
En. Bakhtiar mempunyai hak untuk menyaman En.Bambang Shah untuk fitnah. 
facebook defamation, fitnah media sosial, social media slander libel

ii) Perkongsian kenyataan fitnah di Facebook

6. Kenyataan Fitnah tidak dibuat oleh pemilik akaun facebook tersebut, tetapi beliau telah berkongsi (repost) post daripada orang lain dimana post tersebut mengandungi kenyataan-kenyataan palsu dan boleh difahami sebagai fitnah. 

7. Adakah pemilik akaun facebook yang berkongsi kenyataan atau post daripada orang lain yang mengandungi fitnah itu boleh disaman? Jawapannya, ya. Boleh.

Contoh: En.Bambang Shah telah memuat naik kenyataan berbunyi "En.Bakhtiar adalah seorang penipu dan beliau telah terlibat dalam kegiatan jenayah" sebagai status di laman facebook beliau. Status tersebut telah dikongsi semula oleh En.Ismadi Marzuki di laman beliau sendiri.
En.Bakhtiar berhak dan boleh memfailkan saman malu ke atas En.Ismadi Marzuki kerana berkongsi kenyataan fitnah tersebut.

iii) Komen-komen facebook yang berunsur fitnah

8. Pemilik akaun facebook yang menulis komen-komen yang mengandungi kenyataan palsu dan boleh difahami sebagai fitnah turut boleh di saman walaupun komen-komen beliau di tulis di dinding (wall) pemilik akaun yang lain.

9. Bukan itu sahaja, sekiranya pemilik akaun facebook A telah menulis komen fitnah di dinding pemilik akaun B, pemilik akaun B juga boleh di saman di Mahkamah kerana membenarkan komen-komen fitnah tersebut disiarkan di dinding akaun beliau (3rd Party Posting), sekiranya syarat-syarat tertentu dipenuhi.

Contoh: En.Bambang Shah telah memuat naik kenyataan berbunyi "En.Bakhtiar adalah seorang penipu dan beliau telah terlibat dalam kegiatan jenayah" sebagai status di laman facebook beliau.
En.Bustamam Hakim mencelah dengan tulis komen berbunyi "Betul, En.Bakhtiar memang seorang penipu, penyamun tarbus dan seorang perompak".
En.Bakhtiar bukan sahaja boleh mengambil tindakan terhadap En.Bustamam Hakim kerana komen beliau yang berunsur fitnah, bahkan turut boleh mengambil tindakan terhadap En.Bambang Syah kerana menyiarkan komen daripada En.Bustamam Hakim tersebut.

ANDA DI FITNAH MELALUI FACEBOOK. APA PERLU ANDA BUAT?

10. Selain daripada membuat aduan kepada facebook sendiri, apa yang anda boleh lakukan sekiranya anda di fitnah di media sosial? Bagi maksud untuk mengambil tindakan di Mahkamah terhadap pengguna laman sosial yang memfitnah anda, tindakan yang perlu anda lakukan adalah seperti berikut:

(a) membuat tangkapan skrin kenyataan fitnah yang dibuat yang turut menunjukkan pemilik akaun media sosial yang membuat kenyataan tersebut.

(b) membuat tangkapan skrin pemilik akaun media sosial tersebut ataupun maklumat yang boleh menunjukkan identiti seperti nama, gambar, email dan sebagainya.

(c) membuat tangkapan skrin kesemua komen-komen yang dibuat pada status tersebut.

(d) membuat tangkapan skrin kepada mana-mana perkongsian dan akaun-akaun yang berkongsi kenyataan tersebut. 

Ingin baca rencana tambahan berkenaan Influencer dan undang-undang? Baca disini:

https://www.norhafeezlaw.com/2023/11/panduan-undang-undang-influencers-malaysia.html

https://www.norhafeezlaw.com/2023/10/saman-influencer-5-sebab-utama-kenapa.html


saman fitnah di malaysia

Hubungi kami di 0129797494 atau menerusi email di norhafeezlaw@gmail.com atau menerusi kotak pertanyaan untuk sebarang maklumat lanjut.

SIRI RENCANA SAMAN MALU

i) Apa itu Saman Malu?

ii) Bagaimanakah cara untuk memfailkan Saman Malu? 

iii) Apakah cara melawan Saman Malu dan apakah pembelaan yang anda ada?

iv) Apa dokumen yang perlu ada untuk mulakan saman malu?

v) Kos peguam Saman Malu?

vi) Pampasan dan gantirugi Saman Malu / Fitnah?

vii) Fitnah media sosial (facebook, twitter, instagram)

fitnah di facebook, saman malu media sosial, saman malu twitter, fitnah media sosial


4 Pertanyaan & Jawapan

  1. Saya Wahab Alip dari Johor Bahru perlukan khidmat peguam untuk satu saman malu (Libel) dimedia sosial Facebook.

    BalasPadam
  2. Apabila posting dilakukan tanpa menyebut nama orang dan secara terbuka tetapi orang lain yang terasa dan ingin saman saya. Adakah valid?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bergantung kepada konteks posting yang cik lakukan

      Padam

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.