>

BAGAIMANA UNTUK MEMFAILKAN SAMAN MALU/FITNAH?

 

cara memfailkan saman malu


BAGAIMANA UNTUK MEMFAILKAN SAMAN MALU / FITNAH?

**Dikemaskini pada Jan 2024**

Apa itu Saman Malu? Kita sering mendengar tentang terma Saman Malu. Namun disisi undang-undang, seseorang tidak boleh mengambil tindakan sivil hanya kerana beliau dimalukan kecuali di dalam keadaan sesuatu kenyataan itu mempunyai unsur-unsur fitnah. Tindakan yang diiktiraf oleh undang-undang hanyalah apa yang boleh difahami sebagai Saman Fitnah/Defamation.

JENIS-JENIS FITNAH.

1. Bagaimana sesuatu fitnah itu boleh berlaku? Apakah jenis-jenis fitnah? Fitnah disisi undang-undang terbahagi kepada dua iaitu:

a. Fitnah secara penulisan samada di media cetak atau media sosial (termasuk didalam facebook/twitter/whatsapp/surat layang dsbgnya). Fitnah jenis ini dikenali sebagai Libel. Fitnah libel berlaku apabila terdapat sesuatu kenyataan yang mempunyai tuduhan palsu, yang lazimnya dalam bentuk penulisan, terhadap orang yang difitnah itu dan ianya disebar dan ditular (diviral) kepada orang lain.

b. Fitnah secara verbal (tohmahan/buah mulut). Fitnah jenis ini dikenali sebagai Slander. Fitnah slander selalunya berlaku apabila sesuatu ucapan atau kata-kata yang mempunyai tuduhan palsu terhadap orang yang difitnah itu dan ucapan atau kata-kata itu dinyatakan dihadapan pihak ketiga.

2. Orang awam boleh mendapatkan nasihat peguam untuk penjelasan yang lebih terperinci berkenaan dengan perbezaan diantara kedua-dua jenis Fitnah dan bagaimana untuk menetapkan anggaran kerugian yang perlu dituntut didalam Saman.

ELEMEN FITNAH

3. Saman fitnah bukanlah suatu tindakan yang mudah dan ianya melibatkan kos yang tinggi. Ini kerana terdapat tiga elemen atau dalam bahasa mudahnya, syarat-syarat penting yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu pihak boleh mendapatkan Penghakiman terhadap pemfitnah. 

4. Saman yang difailkan oleh sesuatu pihak hendaklah menunjukkan elemen yang berikut:

i. Kenyataan yang tidak benar itu hendaklah merujuk kepada Orang yang difitnahSekiranya kenyataan tersebut dapat dibuktikan secara jelas merujuk kepada orang lain selain daripada Orang yang difitnah, walaupun Orang yang difitnah terkesan dengan kenyataan tersebut, Orang yang difitnah dianggap gagal untuk memenuhi elemen ini

ii. Orang yang difitnah hendaklah menunjukkan bahawa kenyataan yang dirujuk mengandungi kenyataan yang tidak benar atau tuduhan palsu; Sekiranya kenyataan tersebut adalah fakta dan kenyataan yang benar dan betul, walaupun ianya memalukan atau mengaibkan, Orang yang difitnah dianggap gagal untuk memenuhi elemen ini.

iii. Kenyataan yang tidak benar tersebut telah disebarkan kepada mana-mana pihak ketiga. Sekiranya kenyataan tersebut didapati tidak benar dan sememangnya merujuk kepada Orang yang difitnah, tetapi ianya tidak disebarkan kepada pihak ketiga yang lain, Orang yang difitnah dianggap gagal untuk memenuhi elemen ini.

Contoh A:

Ali telah memfitnah Ahmad melalui post di facebook/whatsapp/email/surat layang dengan mengatakan bahawa Ahmad (elemen 1: merujuk secara jelas kepada orang yang difitnah) adalah seorang pencuri motosikal (elemen 2: kenyataan tidak benar) sedangkan tuduhan itu adalah palsu dan fitnah. Post tersebut pula telah disebarkan secara viral kepada umum (elemen 3: disebar kepada pihak ketiga selain Ali dan Ahmad). Ahmad kini boleh memfailkan tindakan saman fitnah terhadap Ali.  

Contoh B:

Gopal telah berhutang dengan Raju sebanyak RM20,000.00 dan enggan membayar hutang tersebut walaupun telah diminta untuk berbuat sedemikian. Raju pun bertindak dengan menyebarkan post di facebook/whatsapp/email/surat layang dengan mengatakan bahawa Gopal telah gagal membayar hutangnya kepada Raju. Gopal mendapat malu tetapi Gopal tidak mempunyai kes yang baik untuk tindakan saman fitnah terhadap Raju kerana apa yang disebarkan itu adalah kebenaran. 

5. Terdapat beberapa syarat tambahan lain yang perlu dipenuhi oleh seseorang Plaintif didalam Pernyataan Tuntutannya untuk menguatkan dakwaan fitnah beliau. Pihak peguam akan memberikan penerangan secara terperinci berkenaan syarat-syarat ini.
 
peguam saman malu

6. Oleh yang demikian, sebelum mendapatkan nasihat guaman, pastikan kesemua dokumen-dokumen berkaitan dengan fitnah tersebut dicetak dan dibawa bersama bagi memudahkan peguam membuat penilaian dan membuat anggaran berkenaan jumlah dan jenis kerugian yang boleh dituntut di Mahkamah.

7. Kami juga menyediakan Borang Kes yang anda boleh isi untuk mengetahui secara lebih mudah samada anda mempunyai kes fitnah atau pun tidak. Klik BORANG KES FITNAH NORHAFEEZLAW

8. Didalam contoh B di atas, kebenaran telah menewaskan tindakan saman fitnah keatas Raju. Apakah pembelaan-pembelaan yang sering digunakan untuk menewaskan tuntutan Saman Malu? Anda boleh membacanya DI SINI. Apakah dokumen yang perlu anda sediakan sebelum berjumpa peguam? Baca DI SINI.

9. Bagaimana pula sekiranya syarikat atau perniagaan anda dicemari dengan tuduhan palsu? Adakah anda boleh boleh mengambil tindakan? Baca DI SINI.

_________________________


Penafian: Rencana ini diterbitkan dengan tujuan untuk kesedaran dan pengetahuan umum. Mana-mana bahagian yang terkandung di dalam rencana ini tidak boleh dijadikan panduan untuk memulakan tindakan undang-undang secara sendirian, tanpa terlebih dahulu merujuk kepada seorang peguam yang berpengalaman.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan rencana ini atau untuk mengatur sesi konsultasi guaman, anda boleh berhubung dengan mana-mana peguam pilihan anda, atau pun anda boleh menghubungi kami melalui whatsapp dengan menekan imej diatas.


 SIRI RENCANA SAMAN MALU

29 Pertanyaan & Jawapan

  1. Saya kena ugut tampar Dan mnganggu emosi Serta mental Boleka saya mnyaman

    BalasPadam
  2. Ugutan untuk melakukan kekerasan adalah satu kesalahan jenayah. Saya mengesyorkan agar laporan Polis dibuat.

    BalasPadam
  3. Saya .. Di buruk burukan dengan cerita yang tidak tidak sedang saya tidak pernah bertegur sapa dengan orang burukan saya serta memalukan saya di hadapan seseorang apakah patut tindakan yang saya patut lakukan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebaiknya cuba bersemuka dan berbincang. Jadikan tindakan undang-undang sebagai jalan terakhir kerana ianya akan melibatkan kos yang sangat tinggi.

      Padam
  4. salam.blh kah saya failkan saman fitnah/malu kepada orang yg membuat laporan polis keatas saya yg telah menuduh saya meminta sejumlah wang daripadanya sedangkan pengadu sendiri yg bersetuju memberikan sejumlah duit kpd saya supaya saya tidak membuat laporan polis keatas perbuatan anaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Kandungan laporan tidak boleh dijadikan asas yang kukuh untuk tindakan fitnah melainkan kandungannya disebarkan.

      Padam
  5. salam. blh ka sy saman malu pada lelaki yg tlh menghamili sy sehinggah sy melahirkan ank.. dia berjanji untuk bertanggungjaqab tapi tidak menunaikan tanggungjawab tersebut.. malah meninggalkan sy dgn ank..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak boleh. Namun di beberapa negeri, hamil luar nikah adalah satu kesalahan di sisi Enakmen Jenayah Syariah.

      Padam
  6. assalamulaikum..

    saya nak tanya jika seseorang membuat cerita,mengata dan mengajak kawan buat fintah dalam whatsapp group adakan saya ambil tindakan?

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum, saya nak tanya berkenaan hutang, adakah saya salah jika saya mengingatkan orang yang berhutang agar membayar hutang mereka secara berturut. Contohnya, saya mengingatkan beliau dalam tempoh selang beberapa hari dalam masa seminggu & beliau juga telah tetapkan tarikh yg dijanji oleh beliau.Beliau masih enggan memberi respond sehingga block saya di ruang chat walhal beliau sempat memuat naik di status pada tahun sblumnya tentang pembelian phone baru & saya berasa pelik ttg perkara itu. Jadi, saya telah meminta kawan saya untuk membantu saya utk viralkan dalam group yg beliau penah masuk sblum ini dlm 3 hari lepas supaya org lain berhati² dgn beliau. Namun, ada 2 ke 3 org yg tampil mengatakan mereka pernah terkena dgn beliau. Salah sorg member dlm group penah memberi pinjam duit mengatakan beliau tidak membayar duit tersebut dari 2019. Akhirnya saya dpt respond setelah hampir seminggu lebih & membayar duit tersebut namun dia pula seolah mengungut saya yg mengatakan beliau telah membuat laporan polis & telah screenshot setiap chat yg diterimanya hasil kawan saya menyebarkan tentangnya dan saya sudah save semua bukti yg saya tidak menyatakan 1 perkataan utk ugut beliau. Adakah saya perlu risau?

    BalasPadam
  8. Tidak perlu risau, selama mana tiada fitnah atau ugutan jenayah.

    BalasPadam
  9. Saya kerja delivery lori dari johor ke singapore,Dan baru baru ni saya hantar barang ke satu bangunan di tuas south ave.dan lori saya telah tergeser dengan siling bangunan tersebut,pada hal ketinggiannya 4.2m dan ketinggian lori 4.1m dan saya nak tanya adakah saya harus tanggungjawab atas kerosakan bangunan tersebut dan adakah had ketinggian tersebut salah untuk saya naik ke tingkat atas.

    BalasPadam
  10. Saya dituduh ambil duit dlm akuan bank..saya rapat dengan anak yg menuduh saya ..saya minta statement bank nk tengok sebab nilai 4k hari yg saya ikut anak dia..nilai xsampai 4k..saya cuma nk tengok statement bank..tapi sampai sekarang ..perkara ni dh jadi buah mulut ke mulut.. sehingga sekampung..lps tu duit zakat kot dibayar dikata hilang dlm akuan saya juga dituduh..saya minta ke pejabat untuk sahihkn buat surat katakan pejabat zakat dh bayar sebagai bukti untuk menuduh saya...tetapi jawapan biar ALLAH tunjukkan...saya xbuat semua tu...dan saya xmau persahabatan terputus saya dh minta kwn baik saya anak kepada yg menuduh..supaya jgn aibkn saya selagi xdak bukti..tetapi tetap sama malukan cerita kepada rakan2 hingga kepada ibubapa saya...patut saya berdiam atau buat sesuatu

    BalasPadam
  11. Assalam.. boleh ke saman seseorang yang menyimpan gmba bogel.. tapi belum disebarkan lagi dan tiada ugutan lagi mengenai itu.. apa yg prlu dilakukan ? kerana bimbang gmba itu akan trsbar di masa akan dtg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menyimpan gambar bogel adalah satu kesalahan yang boleh didakwa. Boleh membuat laporan polis sekiranya terdapat bukti. Sekiranya disebarkan atau diugut, buat laporan secepat mungkin.

      Padam
  12. Salam..saya nak tnya mcm kes sy ni..sy dlu bekerja dgn bangsa cina dlm 5 tahun..lps tu sy berhenti diats faktor kesihatan sy..dan sy ade berhutang dgn tokey cina yg sy bekerja tu..tp da selesai byr slps sy berhenti kerja..yg x sedap dgr tu dpt tau cerita mengatakan sy mencuri di kedai tempat sy bekerja heboh setaman yg sy duduk sekarang ni..bila tunjuk bukti sampai sekarang xde..sekadar mulut..tempt kerja ada cctv..jiran sebelah rumah sy mmg tak baik tp die selalu ckp mcm mcm..smpi hal mencuri ni pun die sebut di dpn ank sy..kdg sy bole jd stres nk hadap..dgn ank tnya..betul ke ibu..? Apa tindakan yg patut sy buat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekiranya tuduhan yang dibuat itu adalah fitnah dan ada saksi saksi yang boleh mengesahkan fitnah tersebut, boleh ambil tindakan.

      Padam
  13. Assalamualaikum saya nak tanya. Kes saya ni pihak tu yang mula bertindak di sosial media post dengan kata2 sindiran dan memalukan. Lalu saya jugak bertindak utk post balik apa yg ditulis dari dia. Namun, pihak itu telah malu dan dia buat laporan polis untk nak ambil tindakan pada saya kes saman malu. Perlu ka saya bertindak apa-apa???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penilaian perlu dibuat terhadap kenyataan-kenyataan daripada kedua-dua belah pihak. Sekiranya telah diserahkan dengan sesalinan Writ untuk saman malu, hubungi peguam secepat mungkin.

      Padam
  14. Assalamualaikum. Saya nak tanya, bolehkah saya buat saman sekiranya pihak yg menfitnah mengaitkan org yang tidak berkaitan dgn masalah mereka? Contohnya pemfitnah ada masalah dengan kakak saya tetapi pemfitnah mengaitkan keluarga kami dgn melemparkan kata2 yg tidak sepatutnya sedangkan kami tidak mengenalinya sama sekali. Sedangkan masalah itu hanya dia dan kakak saya sahaja, adakah saya boleh mengambil tindakan tersebut? Dan saman apakah yg boleh saya lakukan? Terima kasih.

    BalasPadam
  15. salam, ada satu kes ni. di sekolah pelajar A difitnah pembuli oleh pelajar B dan guru memaksa pelajar A tersebut untuk mengaku kesalahan dan telah mengambil tindakan pada pelajar A sedangkan pelajar A tidak melakukan kes buli. dan sekarang pelajar A digelar pembuli dan malu atas kesalahan yang tidak dilakukan, telah mendapati pelajar yersenut diancam dan depress atas tuduhan palsu. boleh failkan fitnah atau saman malu terhadap guru dan pelajar B?

    BalasPadam
  16. Salam sy nk bertanya berkenaan fitnah yg agak bagi keterlaluan sehingga menganggu seluruh kehidupan sy seharian. Sy warden bekerja di sebuah syarikat dan menjadi warden di asrama atas nama di rahsiakan syarikat tersebut. Pada 1 ketika spokchek telah di buat dan menemui beberapa barang terlarang di dalam asrama. Dlm keadaan tersebut ada di kalangan staf bertanya kepada si terkantoi dgn bahan tersebut, dgn pertanyaan adakah warden terlibat dgn bahan2 dan jugak perkara tersebut.. Persoalan kenapa staff tersebut boleh bertanya soalan mcm tu kepada pelatih mlm tu.. Jdi yg tertangkap mcm keadaan terpaksa mengaku yg warden jugak terlibat dlm hal2 brg terlarang dihadapan polis yg juga turut dlm membuat spokchek di asrama syrikat tersebut.kenapa dan mengapa Apakah tujuan staf2 tersebut berbuat sedemikian. Desas desus ramai mendengar staff tersebut mengeluar pertanyaan sedemikian yg adakah warden terlibat. Sekarang pelatih2 lain tersebut semua menjadi hilang rasa hormat kepada warden sehingga menanggu untuk mentakbiran asrama ketika ini. Di sebab mulut2 staf tersebut, maruah warden kini agak menjadi malu di atas pertuduhan yg dikatakan mcm2 yg agak dikira keterlaluan. Adakah didalam cerita walau tk sepenuhnya, bolehkah sy mengambil tindakan undang2 untuk staff2 tersebut dan juga syarikat atas tuduhan dan tindakan mereka yg mcm sengaja di sbbkan gila nama gila pangkat dan kuasa. Apa patut sy buat. Kalau nk belasah terang2 sy salah. Kalau nk biar bagaimana maruah dan nama sy? 12 tahun berkerja ini pertama kali jadi di sbb mulut. Ikut hati nk santau aja.. Kang jatuh syirik. Jd sy memohon sedikit bantuan nasihat atau lain2 yg boleh sy buktikan yg sy tk terlibat dan tk bersalah. Di sbb kes ni sy jugak hampir menjadi kemurungan di sbb mulut2 manusia yg gila kuasa ini.

    BalasPadam
  17. Sy nak tanya sekiranyaa sesorng itu selalu viralkan kita d media social dan berckp buruk tentang diri kita (tanpa menggunakn gambar atau pun nama ) bole kah kita menfailkan surat saman ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perlu lihat apakah fitnah yang diviralkan dan samada kenyataan tersebut cukup untuk merujuk kepada cik

      Padam

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.