>

PROSEDUR DAN PROSES PERCERAIAN (NON MUSLIM) DI MALAYSIA

perceraian bukan islam


PROSEDUR DAN PROSES PERCERAIAN NON MUSLIM DI MALAYSIA DI DALAM BAHASA MUDAH

Apakah prosedur dan proses pembubaran perkahwinan atau perceraian non muslim di Malaysia? Apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum perceraian boleh didaftarkan di Mahkamah? Rencana ini akan memberi penjelasan secara mudah tentang prosedur dan proses perceraian bagi Non Muslim di Semenanjung Malaysia. 

UNDANG-UNDANG PERCERAIAN NON MUSLIM

2. Perkara pertama yang perlu kita ambil tahu adalah prosedur dan proses pembubaran perkahwinan atau perceraian non muslim di Malaysia adalah tertakluk dibawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.

JENIS-JENIS PEMBUBARAN PERKAHWINAN

3. Di bawah Akta, secara lazimnya terdapat 3 jenis pembubaran perkahwinan iaitu:

(a) Perceraian (divorce) (s.52);

(b) Pemisahan kehakiman (judicial separation) (s.64); dan

(c) Pembatalan perkahwinan (nullity of marriege) (s.67).

4. Apakah perbezaan ketiga-tiga jenis pembubaran perkahwinan ini? Perceraian biasanya difailkan apabila kedua-dua suami dan isteri percaya bahawa perkahwinan tersebut perlu dibubarkan.  Perceraian secara lazimnya akan difailkan secara bersama.

5. Pemisahan kehakiman pula selalunya difailkan salah satu pihak samada oleh suami atau isteri disebabkan berlakunya keretakan perkahwinan (marriege breakdown) (sebagai contohnya, zina atau ditinggalkan sekurang-kurangnya 2 tahun).

6. Pembatalan perkahwinan pula kebiasaanya dipohon oleh salah satu pihak apabila berlakunya senario-senario yang akan menyebabkan sesuatu perkahwinan itu tidak sah (void) atau boleh dibatalkan (voidable). Sebagai contoh; pasangan sebenarnya telah mempunyai suami atau isteri lain (perkahwinan menjadi tidak sah) atau perkahwinan dilakukan secara paksa (perkahwinan boleh dibatalkan).

7. Beza di antara tidak sah (void) dan boleh dibatalkan (voidable) adalah sekiranya berlaku senario yang menyebabkan perkahwinan itu tidak sah maka pasangan tiada pilihan selain daripada membubarkan perkahwinan tersebut. Sekiranya berlaku senario yang menyebabkan perkahwinan tersebut boleh dibatalkan, pasangan mempunyai pilihan samada untuk membubarkan atau meneruskan perkahwinan tersebut.

SYARAT-SYARAT PERCERAIAN

8. Terdapat 3 syarat utama yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu perkahwinan itu boleh dibubarkan iaitu yang pertama; perkahwinan tersebut hendaklah didaftarkan, kedua; perkahwinan tersebut adalah monogami (tidak melebihi seorang) dan ketiga; pihak-pihak hendaklah tinggal atau bermastautin (berdomisil) di Malaysia. Syarat-syarat ini terpakai kepada ketiga-tiga jenis pembubaran perkahwinan (s. 48 (1), s.48 (2) dan s.67).

9. Selain daripada itu, sesuatu permohonan perceraian tidak boleh dibuat sekiranya tempoh dua tahun daripada tarikh perkahwinan masih belum luput. Secara mudahnya, perceraian hanya boleh didaftarkan selepas dua tahun dari tarikh perkahwinan (s.50).

10. Seperkara lagi, lazimnya sesuatu permohonan perceraian atau pemisahan kehakiman tidak boleh dibuat sebelum suami dan isteri dirujuk ke Tribunal Perkahwinan (conciliatory body) untuk sesi kaunseling. Hanya selepas Perakuan Tribunal JPNKC29 diperolehi barulah satu permohonan perceraian boleh dibuat dan diteruskan (s.106).

TRIBUNAL PERKAHWINAN BAGI NON MUSLIM

11.  Fungsi Tribunal Perkahwinan (dibawah Jabatan Pendaftaran negara) adalah sebagai satu platform untuk suami dan isteri mendapatkan kaunseling bagi tujuan pendamaian dan lazimnya apabila salah satu daripada pasangan tersebut enggan untuk bercerai.

12. Sebelum sesuatu permohonan rujukan ke Tribunal Perkahwinan boleh dibuat, sesuatu perkahwinan itu hendaklah berumur lebih daripada 2 tahun daripada tarikh perkahwinan dan pihak-pihak tidak boleh diwakili oleh orang lain samada ahli keluarga atau peguam.

13. Pasangan boleh hadir ke cawangan JPN bersama dengan sesalinan kad pengenalan, passport asal dan salinan, sijil pendaftaran perkahwinan asal dan salinan serta laporan polis (jika berkaitan) dan menyerahkan borang JPNKC 14 (muat turun DI SINI). 

14. Bayaran yang dikenakan untuk memfailkan borang JPNKC14 adalah RM2.00 manakala bayaran untuk mendapatkan Perakuan Tribunal JPN KC29 adalah RM20.00.

15. Walaubagaimana pun, syarat untuk mendapatkan Perakuan Tribunal ini tidak terpakai untuk senario perceraian seperti berikut:

(a) perceraian disebabkan alasan masuk islam;

(b) perceraian dibuat secara persetujuan bersama;

(c) pasangan telah ditinggalkan (deserted) dan tidak tahu dimana pasangan yang satu lagi berada;

(d) pasangan yang satu lagi tinggal di luar negara dan tiada kemungkinan untuk dia hadir di dalam masa 6 bulan dari tarikh permohonan dibuat;

(e) pasangan yang satu lagi enggan hadir;

(f) pasangan yang satu lagi sedang menjalani hukuman penjara tidak kurang dari 5 tahun;

(g) pasangan satu lagi menghidapi penyakit mental yang tidak boleh dirawat; dan

(h) mahkamah bersetuju bahawa terdapat keadaan khas (exceptional circumstances) yang menyebabkan rujukan ke Tribunal Perkahwinan adalah tidak sesuai.     

SUAMI BUKAN WARGANEGARA

16. Salah satu syarat yang perlu dipenuhi sebelum seseorang boleh memfailkan petisyen perceraian adalah kedua-dua pihak hendaklah bemastautin di Malaysia. Bagaimana pula keadaan di mana suami adalah bukan warganegara dan telah lari (deserted) atau telah dihantar pulang ke negara asalnya (deported) meninggalkan si isteri?

17. S.49 Akta memberikan bidangkuasa kepada Mahkamah untuk mendengar permohonan perceraian daripada seorang isteri yang ditinggalkan oleh suami yang bukan warganegara selama mana sebelum pulang ke negara asalnya si suami telah bermastautin di Malaysia dan si isteri telah bermastautin di Malaysia tidak kurang dari 2 tahun sebelum permohonan di failkan.

18. Seksyen ini bukan sahaja terpakai kepada suami warga asing atau bukan warganegara, malah kepada suami yang dihukum buang negeri (banishment) dan diusir (expulsion) berdasarkan mana-mana undang-undang bertulis di dalam negara.

non muslim divorce

PERCERAIAN

19. Sekiranya suami dan isteri bersetuju secara bersama untuk membubarkan perkahwinan, mereka boleh memfailkan permohonan untuk perceraian secara bersama (joint petition) selepas tempoh dua tahun dari tarikh perkahwinan mereka.

20. Mahkamah akan memberikan Dekri Perceraian selepas ia berpuas hati bahawa kedua-dua pihak membuat keputusan tanpa paksaan, peruntukan terhadap isteri dan penjagaan anak-anak telah dipersetujui.

PEMISAHAN KEHAKIMAN

21. Permohonan untuk Pemisahan Kehakiman boleh dibuat samada oleh suami ataupun isteri. Lazimnya permohonan ini dibuat apabila sesuatu perkahwinan tersebut telah mengalami keretakan yang tidak lagi boleh dipulihkan (irretrievably broken down) akibat daripada perbuatan pihak yang satu lagi.

22. Terdapat 4 keadaan dimana sesuatu keretakan itu dianggap sebagai keretakan yang tidak lagi boleh dipulihkan. Yang pertama adalah; 

(i) apabila pihak yang satu lagi melakukan zina dan adalah mustahil untuk pemohon untuk terus hidup bersama dengannya. 

(ii) apabila pihak yang satu lagi berkelakuan tidak munasabah. Sebagai contoh pasangan yang alkoholik atau menggunakan dadah;

(iii) apabila pihak yang satu lagi telah meninggalkan pemohon tidak kurang daripada dua tahun sebelum tarikh permohonan; dan

(iii) apabila kedua-dua pihak sudah tinggal berasingan tidak kurang daripada dua tahun sebelum tarikh permohonan. 

23. Sekiranya permohonan untuk Pemisahan Kehakiman tersebut dibuat kerana pihak yang satu lagi tersebut melakukan zina, maka pasangan zina tersebut hendaklah dijadikan responden bersama dimana pemohon boleh menuntut gantirugi dan kos daripada pasangan zina tersebut (s.58 & s.59).

PEMBATALAN PERKAHWINAN

24. Sebagaimana yang kita sedia maklum, pembatalan perkahwinan (nullity of marriege) boleh berlaku apabila berlakunya senario yang boleh menyebabkan perkahwinan tersebut tidak sah (void) atau boleh dibatalkan (voidable).

25. Terdapat 4 senario yang digariskan oleh Akta yang akan secara mutlak menyebabkan sesuatu perkahwinan itu tidak sah. Senario itu adalah:

(a) pasangan yang satu lagi masih mempunyai suami atau isteri lain yang belum diceraikan;

(b) perkahwinan bawah umur 18 tahun;

(c) pasangan adalah ahli keluarga yang tidak dibenarkan berkahwin; dan

(d) pasangan bukanlah jantina yang dinyatakan.

26. Senario yang digariskan oleh Akta dimana ianya boleh menyebabkan perkahwinan itu dibatalkan adalah seperti berikut:

(a) pihak yang satu lagi tidak mampu mengadakan hubungan kelamin;

(b) pihak yang satu lagi enggan melalukan hubungan kelamin;

(c) perkahwinan secara paksa;

(d) pihak yang satu lagi menghidap penyakit mental; 

(e) pihak yang satu lagi menghidap penyakit kelamin; dan

(f) pihak yang satu lagi mengandungkan anak orang lain.

Untuk maklumat lanjut, rujuk pautan berikut:

πŸ‘‰ Proses cerai Non Muslim (Bukan Islam)

πŸ‘‰ Isu yang perlu diputuskan sebelum cerai

πŸ‘‰ Bolehkah bercerai dalam tempoh 2 tahun

πŸ‘‰ Hak penjagaan anak selepas cerai

πŸ‘‰ Pembahagian aset perkahwinan

πŸ‘‰ Soal Jawab ringkas tentang perceraian Non Muslim (BM/BI)

peguam cerai non muslim

Mencari peguam di Kuala Lumpur? Hubungi kami di 0129797494 atau menerusi email di norhafeezlaw@gmail.com atau menerusi kotak pertanyaan untuk sebarang maklumat lanjut.

non muslim divorce in malaysia

28 Pertanyaan & Jawapan

  1. Kalau isteri dah tawar hati dekat suami macam mana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh berbincang dengan suami atau menghadiri kaunseling menerusi tribunal perkahwinan di JPN.

      Padam
    2. saya ada surat proses penceraian dimahkamah yang difailkan oleh bekas isteri.. Sekarang saya nak tanya bagaimana saya nak mendapatkan sijil penceraian dari jpn? Apa procidure2 yg saya akan lalui? Kerana bekas isteri tidak tahu dimana dia berada.Perkahwinan kami didaftarkan melalui JPN. Boleh saya minta sedikit penjelasan dari situasi ini ye tuan/puan.. Terima kasih. (Kes non muslim)

      Padam
    3. Cara paling mudah adalah menghubungi peguam yang memfailkan petisyen bagi pihak isteri dan minta sesalinan dekri perceraian. Rujuk surat proses yang tuan terima. Yang kedua, sekiranya ada nombor petisyen, boleh minta peguam tuan untuk membuat carian fail di Mahkamah dan dapatkan salinan Dekri tersebut.

      Padam
  2. Perlu kah dua² pasangan hadir di pejabat Tribunal?

    BalasPadam
  3. saya ada seorang kwn yg ingin bercerai dgn istri nya kwn sy ini krja krajaan,pkwinan mreka sudah lbih 5 tahun,ttpi spnjg pkwinan mreka tdk pnh bsama krana jarak jauh,dan tdk ada psefahaman lg,kwn sy ckp die kne byr 3k utk pguam utk pnceraian itu..mmg kene bebayar ke pnceraian itu bila kedua² nya dh bsetuju utk bcerai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apabila menggunakan perkhidmatan peguam maka akan ada yuran guaman yang perlu dibayar.

      Padam
  4. Jika salah satu pasangan yg sudah memeluk agama Islam harus rujuk di JPN atau makhamah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh rujuk kepada peguam untuk memulakan proses perceraian di Mahkamah.

      Padam
  5. salam hormat. saya suami non muslim, telah berkahwin selama 13 tahun. isteri saya sering mengungkit dan serta bersikap kasar terhadap saya malahan isteri saya selalu meninggalkan saya ketika susah. Selain itu mertua saya dan keluarga sentiasa mencampuri urusan rumahtangga saya. Isteri saya juga selalu membuat keputusan sendiri ibarat macam saya sudah meninggal dunia. Sejak betkahwin isteri saya juga tidak pernah menghargai saya sebagai suami. Saya telah lama bertahan namun tidak ada yang berubah sehingga sekarang dan saya mengambil keputusan untuk bercerai dengan isteri saya tersebut. Apakah keperluan dokumentasi perceraian dan prosedur yang patut saya buat untuk urusan perceraian?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh hubungi En.Hafeez secara whatsapp di talian 0129797494 untuk atur konsultasi

      Padam
  6. Jika seorang istri bukan warga negara minta cerai, boleh kah ?

    BalasPadam
  7. Saya ingin bertanya,perkhawinan saya dh lebih 17tahun,suami pula kerja sebagai buruh kasar,selama dia bekerja dia takde beri saya duit cuma duit utk anak2 dia saja,saya pula dh berhenti kerja,tp selama saya bekerja selama 7 bulan itu,semua perbelanjaan rumah saya yang tanggung,bayar,sampai adik2 dn mak saya masuk campur dlm rumahtangga saya,cakap saya kerja untuk saya sendiri saja,saya dh cukup sabar,betul2 cukup sabar dngn perangai suami mcm tu,Klau ikut agama lain kan,Klau suami tak beri nafkah dngn isteri,mmg isteri tk sanggup dngn suami mcm tu,cuma ingat anak2 sj,lps tu,saya ada cakap dengan suami saya tak sanggup lg nk bersama dia lg,saya nak cerai.suami cakap dia boleh cerai tp hak penjagaan anak2 dia yg ambik,berhak sbb saya yg minta cerai,masatu saya cakap saya nak khawin dngn org lain,suami cakap okay,saya bincang dngn suami elok2,bincang cara baik tp dia pijak perut saya dan cubaan utk cekik leher saya,saya cuba tolak kaki dia tp manalah saya dapat lawan dia,saya ada cerita semua ini dngn sepupu saya,sepupu saya marah,lelaki yg saya mau kahwin tu tidak tau hal ini,saya diamkan saja.bila saya ikut lelaki yg saya mau kahwin tu walaupun blum sah cerai,keluarga saya baru tahu perut saya kena pijak dan leher saya dicekik oleh suami tp keluarga saya tak kisah semua itu,malah mak saya cakap,padan muka sbb buat suami mcm itu,saya dah beberapa kali minta cerai dari suami tapi dia tak nak dngn alasan nnt duit BPR takde lg,saya tak sanggup lg nk bersama suami lg,keluarga mentua pula sebelahkan suami juga..Sya tak tahu nak buat apa lagi,kadang2 saya nak lari dari semua orang,saya sayangkan anak2 walaupun saya nak kahwin lg,anak2 tetap nombor satu,tetap datang tengok anak2..Klau saya ada masalah rumahtangga,saya akan cerita dngn sepupu saya,tp keluarga saya cakap sepupu saya tu hasut saya nak cerai dngn suami..saya bukanlah org yg berduit,suami takde beri duit,bila saya ckp nk kahwin lg masatu,lps Sya jumpa lelaki dan keluarga lelaki yg Sya nk kahwin tu,keluarga Sya tak bagi Sya kluar dari rumah,Sya nk pergi JPN nk failkan perceraian pun tk dpt...tp bapa saya ada cakap,biarlah dia nk ikut lelaki tu,jngn ambil tahu hal dia,dia mau dngn laki tu,biarlah,..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh hubungi En.Hafeez secara whatsapp di talian 0129797494 untuk atur konsultasi

      Padam
  8. Bagaimana nak serahkan petition cerai isteri warga spain dan kini berada diluar negara?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah lebih dua tahun tinggal berasingan, buat secara single petition

      Padam
  9. salam cik...sy non muslim, sy nak tnya klau istri tawar hati dgn suami dsbbkn suami sllu tengking ank, boleh failkan surat cerai kah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sarankan cuba berbincang dengan suami dengan baik. Sekiranya perbincangan gagal, rujuk perkara ini ke Tribunal Perkahwinan dengan mendapatkan borang JPNKC14 di JPN berdekatan.

      Padam
  10. Salam saya no muslim.saya ingin bertanya soalan perceraian nie saya sudah pergi JPN ambil fail cerai saya ingin bercerai dengan suami lagi sudah hampir 3 tahun kami tinggal berasingan.kerana suami tidak bertanggungjawab dan menyalahi dadah maksud penagih dadah jadi banyak hal lagi yg tidak dapat dijelaskan. Jadi bagaimana apa perlu saya lakukan.tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh hubungi En.Hafeez secara whatsapp di talian 0129797494 untuk atur konsultasi

      Padam
  11. Salam, saya non muslim,, saya sudah berkawin 18 thn, dan saya ada 4 orang anak,, saya orang indonesia tapi sudah PR, saya ingin bercerai dengan suami saya, tapi saya tidak ada uang untuk bayar peguam,, saya ada bekerja tapi gaji tidak tentu,, saya ingin bercerai dgn suami, sebab pertama dulu masa saya bersalin ank pertama dan ke2,, saya dapati suami selingkuh,,, tapi saya memberi kesempatan pada suami,, dan dia berjanji tidak akan mengulangi,, tapi sekarang suami semakin tidak menghargai saya, suami saya seorang pemabuk, dan kalau dia sudah mabuk,, dia akan terus mengata saya dan anak2,,, cuma beban buat dia,, sekarang saya tak tau nak macam mana,, terimakasih harap dapat maklum balas dari Tn

    BalasPadam
  12. Boleh ke suami menceraikan kita tanpa pengetahuan kita? Misalnya kita dah 5 tahun tak tinggal dengan suami. Macam mana nak cek samada kita dah diceraikan atau belum

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh iaitu melalui pemfailan Single Petition dengan alasan-alasan yang khusus. Cuba semak dengan JPN berkenaan status perkahwinan cik.

      Padam
  13. Kalau saya dan suami dah 5 tahun tidak tinggal bersama, dapat kah suami menceraikan saya tanpa pengetahuan dan persetujuan dari saya? Macam mana nak tahu yang saya sudah diceraikan atau belum?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh iaitu melalui pemfailan Single Petition dengan alasan-alasan yang khusus. Cuba semak dengan JPN berkenaan status perkahwinan cik.

      Padam

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.