Dikemas kini pada: 28 April 2026
Perceraian non muslim di Malaysia tidak boleh dibuat secara terus tanpa memenuhi syarat undang-undang. Secara ringkas, pasangan perlu memastikan perkahwinan telah melepasi tempoh minimum, memenuhi syarat asas, dan dalam kebanyakan keadaan dirujuk terlebih dahulu ke Tribunal Perkahwinan sebelum memfailkan permohonan di Mahkamah. Artikel ini menerangkan keseluruhan proses secara mudah supaya anda boleh faham sama ada perceraian itu boleh difailkan dan bagaimana ia dilakukan.
Rujukan berkaitan:
Apakah undang-undang perceraian non muslim di Malaysia?
2. Perkara pertama yang perlu kita ambil tahu adalah prosedur dan proses pembubaran perkahwinan atau perceraian non muslim di Malaysia adalah tertakluk dibawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.
Apakah jenis pembubaran perkahwinan yang wujud?
3. Di bawah Akta, secara lazimnya terdapat 3 jenis pembubaran perkahwinan iaitu:
- (a) Perceraian (divorce) (s.52);
- (b) Pemisahan kehakiman (judicial separation) (s.64); dan
- (c) Pembatalan perkahwinan (nullity of marriage) (s.67).
4. Apakah perbezaan ketiga-tiga jenis pembubaran perkahwinan ini? Perceraian biasanya difailkan apabila kedua-dua suami dan isteri percaya bahawa perkahwinan tersebut perlu dibubarkan.
5. Perceraian secara lazimnya akan difailkan selepas tempoh dua tahun dan dilakukan secara bersama melalui pemfailan Petisyen Bersama (Joint Petition).
6. Pemisahan kehakiman pula selalunya difailkan salah satu pihak, samada oleh suami atau isteri, disebabkan berlakunya keretakan perkahwinan (marriege breakdown) (sebagai contohnya, zina (adultery) atau ditinggalkan bersendiri tidak kurang dari tempoh 2 tahun).
7. Pembatalan perkahwinan pula kebiasaanya dipohon oleh salah satu pihak apabila berlakunya senario-senario yang akan menyebabkan sesuatu perkahwinan itu tidak sah (void) atau boleh dibatalkan (voidable).
8. Sebagai contoh; pasangan sebenarnya telah mempunyai suami atau isteri lain (perkahwinan menjadi tidak sah) atau perkahwinan dilakukan secara paksa (perkahwinan boleh dibatalkan).
9. Beza di antara tidak sah (void) dan boleh dibatalkan (voidable) adalah sekiranya berlaku senario yang menyebabkan perkahwinan itu tidak sah maka pasangan tiada pilihan selain daripada membubarkan perkahwinan tersebut.
10. Sekiranya berlaku senario yang menyebabkan perkahwinan tersebut boleh dibatalkan, pasangan mempunyai pilihan samada untuk membubarkan atau meneruskan perkahwinan tersebut.
Apakah syarat utama sebelum perceraian boleh difailkan?
11. Terdapat 3 syarat utama yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu perkahwinan itu boleh dibubarkan iaitu yang pertama; perkahwinan tersebut hendaklah didaftarkan, kedua; perkahwinan tersebut adalah monogami (tidak melebihi seorang) dan ketiga; pihak-pihak hendaklah tinggal atau bermastautin (berdomisil) di Malaysia. Syarat-syarat ini terpakai kepada ketiga-tiga jenis pembubaran perkahwinan (s. 48 (1), s.48 (2) dan s.67).
12. Selain daripada itu, sesuatu permohonan perceraian tidak boleh dibuat sekiranya tempoh dua tahun daripada tarikh perkahwinan masih belum luput. Secara mudahnya, perceraian hanya boleh didaftarkan selepas dua tahun dari tarikh perkahwinan (s.50).
13. Seperkara lagi, lazimnya sesuatu permohonan perceraian atau pemisahan kehakiman tidak boleh dibuat sebelum suami dan isteri dirujuk ke Tribunal Perkahwinan (conciliatory body) untuk sesi kaunseling.
14. Hanya selepas Perakuan Tribunal JPNKC29 diperolehi barulah satu permohonan perceraian boleh dibuat dan diteruskan di Mahkamah (s.106).
Apakah fungsi Tribunal Perkahwinan?
15. Fungsi Tribunal Perkahwinan (dibawah Jabatan Pendaftaran negara/JPN) adalah sebagai satu platform untuk suami dan isteri mendapatkan kaunseling bagi tujuan pendamaian. Terutamanya apabila salah satu daripada pasangan tersebut enggan untuk bercerai.
16. Contohnya; sekiranya si suami ingin bercerai namun si isteri enggan atau tidak setuju untuk bercerai, maka rujukan kepada Tribunal Perkahwinan adalah wajib dan si suami tersebut tidak boleh meneruskan dengan pemfailan petisyen perceraian tanpa pengesahan rujukan ke Tribunal Perkahwinan.
17. Sebelum sesuatu permohonan rujukan ke Tribunal Perkahwinan boleh dibuat, sesuatu perkahwinan itu hendaklah berumur lebih daripada 2 tahun daripada tarikh perkahwinan dan pihak-pihak tidak boleh diwakili oleh orang lain samada ahli keluarga atau peguam.
18. Pasangan hendaklah hadir ke cawangan JPN bersama dengan sesalinan kad pengenalan, passport asal dan salinan, sijil pendaftaran perkahwinan asal dan salinan serta laporan polis (jika berkaitan) dan menyerahkan borang JPNKC 14 (muat turun DI SINI).
19. Bayaran yang dikenakan untuk memfailkan borang JPNKC14 adalah RM2.00 manakala bayaran untuk mendapatkan Perakuan Tribunal JPN KC29 adalah RM20.00.
Nota penting tentang Tribunal Perkahwinan dan JPN
Tribunal Perkahwinan atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak boleh mengeluarkan Perintah Perceraian. Fungsi Tribunal Perkahwinan lazimnya adalah berkaitan proses rujukan, kaunseling atau pengeluaran Perakuan Tribunal, bergantung kepada keadaan kes. Perintah Perceraian hanya boleh dibuat oleh Mahkamah selepas petisyen atau permohonan perceraian difailkan dan dipertimbangkan oleh Mahkamah.
20. Walaubagaimana pun, syarat untuk mendapatkan Perakuan Tribunal ini boleh dikecualikan untuk senario perceraian seperti berikut:
- (a) perceraian disebabkan alasan masuk islam;
- (b) perceraian dibuat secara persetujuan bersama;
- (c) pasangan telah ditinggalkan (deserted) dan tidak tahu dimana pasangan yang satu lagi berada;
- (d) pasangan yang satu lagi tinggal di luar negara dan tiada kemungkinan untuk dia hadir di dalam masa 6 bulan dari tarikh permohonan dibuat;
- (e) pasangan yang satu lagi enggan hadir;
- (f) pasangan yang satu lagi sedang menjalani hukuman penjara tidak kurang dari 5 tahun;
- (g) pasangan satu lagi menghidapi penyakit mental yang tidak boleh dirawat; dan
- (h) mahkamah bersetuju bahawa terdapat keadaan khas (exceptional circumstances) yang menyebabkan rujukan ke Tribunal Perkahwinan adalah tidak sesuai.
Bagaimana jika suami bukan warganegara?
21. Salah satu syarat yang perlu dipenuhi sebelum seseorang boleh memfailkan petisyen perceraian adalah kedua-dua pihak hendaklah bemastautin di Malaysia.
22. Bagaimana pula keadaan di mana suami adalah bukan warganegara dan telah lari (deserted) atau telah dihantar pulang ke negara asalnya (deported) meninggalkan si isteri?
23. S.49 Akta memberikan bidangkuasa kepada Mahkamah untuk mendengar permohonan perceraian daripada seorang isteri yang ditinggalkan oleh suami yang bukan warganegara selama mana sebelum pulang ke negara asalnya si suami telah bermastautin di Malaysia dan si isteri telah bermastautin di Malaysia tidak kurang dari 2 tahun sebelum permohonan di failkan.
24. Seksyen ini bukan sahaja terpakai kepada suami warga asing atau bukan warganegara, malah kepada suami yang dihukum buang negeri (banishment) dan diusir (expulsion) berdasarkan mana-mana undang-undang bertulis di dalam negara.
Bagaimana proses perceraian dilakukan di Mahkamah?
PERCERAIAN
25. Untuk perceraian yang memenuhi syaratnya, sekiranya suami dan isteri bersetuju secara bersama untuk bercerai, maka mereka boleh memfailkan permohonan untuk perceraian secara bersama (joint petition) (dan dokumen-dokumen lain yang berkenaan) selepas tempoh dua tahun dari tarikh perkahwinan mereka.
26. Petisyen tersebut akan didengarkan dan Mahkamah akan memberikan Dekri Perceraian selepas ia berpuas hati bahawa kedua-dua pihak membuat keputusan tanpa paksaan, peruntukan terhadap isteri dan penjagaan anak-anak telah dipersetujui.
PEMISAHAN KEHAKIMAN
27. Permohonan untuk Pemisahan Kehakiman boleh dibuat samada oleh suami ataupun isteri. Lazimnya permohonan ini dibuat apabila sesuatu perkahwinan tersebut telah mengalami keretakan yang tidak lagi boleh dipulihkan (irretrievably broken down) akibat daripada perbuatan pihak yang satu lagi.
28. Terdapat 4 keadaan di mana sesuatu keretakan itu dianggap sebagai keretakan yang tidak lagi boleh dipulihkan. Yang pertama adalah:
- (i) apabila pihak yang satu lagi melakukan zina dan adalah mustahil untuk pemohon untuk terus hidup bersama dengannya;
- (ii) apabila pihak yang satu lagi berkelakuan tidak munasabah, sebagai contoh pasangan yang alkoholik atau menggunakan dadah;
- (iii) apabila pihak yang satu lagi telah meninggalkan pemohon tidak kurang daripada dua tahun sebelum tarikh permohonan; dan
- (iv) apabila kedua-dua pihak sudah tinggal berasingan tidak kurang daripada dua tahun sebelum tarikh permohonan.
29. Sekiranya permohonan untuk Pemisahan Kehakiman tersebut dibuat kerana pihak yang satu lagi tersebut melakukan zina, maka pasangan zina tersebut hendaklah dijadikan responden bersama dimana pemohon boleh menuntut gantirugi dan kos daripada pasangan zina tersebut (s.58 & s.59).
PEMBATALAN PERKAHWINAN
30. Sebagaimana yang kita sedia maklum, pembatalan perkahwinan (nullity of marriege) boleh berlaku apabila berlakunya senario yang boleh menyebabkan perkahwinan tersebut tidak sah (void) atau boleh dibatalkan (voidable).
31. Terdapat 4 senario yang digariskan oleh Akta yang akan secara mutlak menyebabkan sesuatu perkahwinan itu tidak sah. Senario itu adalah:
- (a) pasangan yang satu lagi masih mempunyai suami atau isteri lain yang belum diceraikan;
- (b) perkahwinan bawah umur 18 tahun;
- (c) pasangan adalah ahli keluarga yang tidak dibenarkan berkahwin; dan
- (d) pasangan bukanlah jantina yang dinyatakan.
32. Senario yang digariskan oleh Akta di mana ia boleh menyebabkan perkahwinan itu dibatalkan adalah seperti berikut:
- (a) pihak yang satu lagi tidak mampu mengadakan hubungan kelamin;
- (b) pihak yang satu lagi enggan melakukan hubungan kelamin;
- (c) perkahwinan secara paksa;
- (d) pihak yang satu lagi menghidap penyakit mental;
- (e) pihak yang satu lagi menghidap penyakit kelamin; dan
- (f) pihak yang satu lagi mengandungkan anak orang lain.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Bolehkah perceraian difailkan sebelum 2 tahun perkahwinan?
Secara umum tidak boleh. Undang-undang menetapkan tempoh minimum 2 tahun dari tarikh perkahwinan sebelum perceraian boleh difailkan, kecuali dalam keadaan khas yang dibenarkan oleh Mahkamah.
2. Adakah wajib pergi Tribunal Perkahwinan sebelum fail cerai?
Kebiasaannya ya. Terutamanya apabila salah seorang pasangan tidak bersetuju dengan perceraian. Suami isteri akan dirujuk ke Tribunal Perkahwinan terlebih dahulu untuk kaunseling dan mendapatkan Perakuan Tribunal sebelum permohonan perceraian boleh difailkan, kecuali dalam situasi tertentu yang dikecualikan.
3. Bolehkah cerai jika pasangan tidak setuju?
Boleh. Dalam keadaan ini, perceraian boleh difailkan secara single petition dengan alasan tertentu seperti zina, tingkah laku tidak munasabah atau telah tinggal berasingan untuk tempoh tertentu.
4. Bolehkah cerai jika pasangan hilang atau tidak dapat dikesan?
Boleh. Undang-undang membenarkan perceraian difailkan tanpa kehadiran pasangan dalam keadaan tertentu seperti pasangan tidak dapat dikesan atau berada di luar negara.
5. Adakah JPN atau Tribunal Perkahwinan boleh mengeluarkan sijil cerai?
Tidak. JPN atau Tribunal Perkahwinan tidak mempunyai kuasa untuk membubarkan perkahwinan. Hanya Mahkamah boleh mengeluarkan Perintah Perceraian melalui Dekri Perceraian.
6. Perlu ke guna peguam untuk perceraian non muslim?
Secara praktikal, ya. Penggunaan peguam sangat penting untuk memastikan dokumen disediakan dengan betul dan proses Mahkamah berjalan lancar.
7. Bagaimana untuk menghubungi peguam yang boleh memfailkan Petisyen Bersama (joint petition)?
Untuk mendapatkan khidmat guaman bagi memfailkan Petisyen Bersama atau joint petition, anda boleh menghubungi Tetuan Hafeez & Hazlina melalui WhatsApp di pautan ini: https://wa.me/60129797494.
_______________________


56 Pertanyaan & Jawapan
Kalau isteri dah tawar hati dekat suami macam mana
BalasPadamBoleh berbincang dengan suami atau menghadiri kaunseling menerusi tribunal perkahwinan di JPN.
Padamsaya ada surat proses penceraian dimahkamah yang difailkan oleh bekas isteri.. Sekarang saya nak tanya bagaimana saya nak mendapatkan sijil penceraian dari jpn? Apa procidure2 yg saya akan lalui? Kerana bekas isteri tidak tahu dimana dia berada.Perkahwinan kami didaftarkan melalui JPN. Boleh saya minta sedikit penjelasan dari situasi ini ye tuan/puan.. Terima kasih. (Kes non muslim)
PadamCara paling mudah adalah menghubungi peguam yang memfailkan petisyen bagi pihak isteri dan minta sesalinan dekri perceraian. Rujuk surat proses yang tuan terima. Yang kedua, sekiranya ada nombor petisyen, boleh minta peguam tuan untuk membuat carian fail di Mahkamah dan dapatkan salinan Dekri tersebut.
PadamPerlu kah dua² pasangan hadir di pejabat Tribunal?
BalasPadamperlu
PadamJika salah seorang tidak hadir selama 3 sesi tribunal. Adakah peroses penceraian gagal?
Padamsaya ada seorang kwn yg ingin bercerai dgn istri nya kwn sy ini krja krajaan,pkwinan mreka sudah lbih 5 tahun,ttpi spnjg pkwinan mreka tdk pnh bsama krana jarak jauh,dan tdk ada psefahaman lg,kwn sy ckp die kne byr 3k utk pguam utk pnceraian itu..mmg kene bebayar ke pnceraian itu bila kedua² nya dh bsetuju utk bcerai
BalasPadamApabila menggunakan perkhidmatan peguam maka akan ada yuran guaman yang perlu dibayar.
PadamJika salah satu pasangan yg sudah memeluk agama Islam harus rujuk di JPN atau makhamah
BalasPadamBoleh rujuk kepada peguam untuk memulakan proses perceraian di Mahkamah.
Padamsalam hormat. saya suami non muslim, telah berkahwin selama 13 tahun. isteri saya sering mengungkit dan serta bersikap kasar terhadap saya malahan isteri saya selalu meninggalkan saya ketika susah. Selain itu mertua saya dan keluarga sentiasa mencampuri urusan rumahtangga saya. Isteri saya juga selalu membuat keputusan sendiri ibarat macam saya sudah meninggal dunia. Sejak betkahwin isteri saya juga tidak pernah menghargai saya sebagai suami. Saya telah lama bertahan namun tidak ada yang berubah sehingga sekarang dan saya mengambil keputusan untuk bercerai dengan isteri saya tersebut. Apakah keperluan dokumentasi perceraian dan prosedur yang patut saya buat untuk urusan perceraian?
BalasPadamBoleh hubungi En.Hafeez secara whatsapp di talian 0129797494 untuk atur konsultasi
PadamJika seorang istri bukan warga negara minta cerai, boleh kah ?
BalasPadamkalau perkahwinan didaftar secara sah, boleh.
PadamCara nya MCM mna .....
PadamLantik peguam. Peguam akan uruskan pemfailan dokumen-dokumen yang diperlukan.
Padamhttps://www.norhafeezlaw.com/2021/09/cerai-non-muslim-bukan-islam-2022.html
Saya ingin bertanya,perkhawinan saya dh lebih 17tahun,suami pula kerja sebagai buruh kasar,selama dia bekerja dia takde beri saya duit cuma duit utk anak2 dia saja,saya pula dh berhenti kerja,tp selama saya bekerja selama 7 bulan itu,semua perbelanjaan rumah saya yang tanggung,bayar,sampai adik2 dn mak saya masuk campur dlm rumahtangga saya,cakap saya kerja untuk saya sendiri saja,saya dh cukup sabar,betul2 cukup sabar dngn perangai suami mcm tu,Klau ikut agama lain kan,Klau suami tak beri nafkah dngn isteri,mmg isteri tk sanggup dngn suami mcm tu,cuma ingat anak2 sj,lps tu,saya ada cakap dengan suami saya tak sanggup lg nk bersama dia lg,saya nak cerai.suami cakap dia boleh cerai tp hak penjagaan anak2 dia yg ambik,berhak sbb saya yg minta cerai,masatu saya cakap saya nak khawin dngn org lain,suami cakap okay,saya bincang dngn suami elok2,bincang cara baik tp dia pijak perut saya dan cubaan utk cekik leher saya,saya cuba tolak kaki dia tp manalah saya dapat lawan dia,saya ada cerita semua ini dngn sepupu saya,sepupu saya marah,lelaki yg saya mau kahwin tu tidak tau hal ini,saya diamkan saja.bila saya ikut lelaki yg saya mau kahwin tu walaupun blum sah cerai,keluarga saya baru tahu perut saya kena pijak dan leher saya dicekik oleh suami tp keluarga saya tak kisah semua itu,malah mak saya cakap,padan muka sbb buat suami mcm itu,saya dah beberapa kali minta cerai dari suami tapi dia tak nak dngn alasan nnt duit BPR takde lg,saya tak sanggup lg nk bersama suami lg,keluarga mentua pula sebelahkan suami juga..Sya tak tahu nak buat apa lagi,kadang2 saya nak lari dari semua orang,saya sayangkan anak2 walaupun saya nak kahwin lg,anak2 tetap nombor satu,tetap datang tengok anak2..Klau saya ada masalah rumahtangga,saya akan cerita dngn sepupu saya,tp keluarga saya cakap sepupu saya tu hasut saya nak cerai dngn suami..saya bukanlah org yg berduit,suami takde beri duit,bila saya ckp nk kahwin lg masatu,lps Sya jumpa lelaki dan keluarga lelaki yg Sya nk kahwin tu,keluarga Sya tak bagi Sya kluar dari rumah,Sya nk pergi JPN nk failkan perceraian pun tk dpt...tp bapa saya ada cakap,biarlah dia nk ikut lelaki tu,jngn ambil tahu hal dia,dia mau dngn laki tu,biarlah,..
BalasPadamBoleh hubungi En.Hafeez secara whatsapp di talian 0129797494 untuk atur konsultasi
PadamBagaimana nak serahkan petition cerai isteri warga spain dan kini berada diluar negara?
BalasPadamKalau dah lebih dua tahun tinggal berasingan, buat secara single petition
Padamsalam cik...sy non muslim, sy nak tnya klau istri tawar hati dgn suami dsbbkn suami sllu tengking ank, boleh failkan surat cerai kah?
BalasPadamSaya sarankan cuba berbincang dengan suami dengan baik. Sekiranya perbincangan gagal, rujuk perkara ini ke Tribunal Perkahwinan dengan mendapatkan borang JPNKC14 di JPN berdekatan.
PadamSalam saya no muslim.saya ingin bertanya soalan perceraian nie saya sudah pergi JPN ambil fail cerai saya ingin bercerai dengan suami lagi sudah hampir 3 tahun kami tinggal berasingan.kerana suami tidak bertanggungjawab dan menyalahi dadah maksud penagih dadah jadi banyak hal lagi yg tidak dapat dijelaskan. Jadi bagaimana apa perlu saya lakukan.tq
BalasPadamBoleh hubungi En.Hafeez secara whatsapp di talian 0129797494 untuk atur konsultasi
PadamSalam, saya non muslim,, saya sudah berkawin 18 thn, dan saya ada 4 orang anak,, saya orang indonesia tapi sudah PR, saya ingin bercerai dengan suami saya, tapi saya tidak ada uang untuk bayar peguam,, saya ada bekerja tapi gaji tidak tentu,, saya ingin bercerai dgn suami, sebab pertama dulu masa saya bersalin ank pertama dan ke2,, saya dapati suami selingkuh,,, tapi saya memberi kesempatan pada suami,, dan dia berjanji tidak akan mengulangi,, tapi sekarang suami semakin tidak menghargai saya, suami saya seorang pemabuk, dan kalau dia sudah mabuk,, dia akan terus mengata saya dan anak2,,, cuma beban buat dia,, sekarang saya tak tau nak macam mana,, terimakasih harap dapat maklum balas dari Tn
BalasPadamHadir ke JPN dan dapatkan borang tribunal
PadamBoleh ke suami menceraikan kita tanpa pengetahuan kita? Misalnya kita dah 5 tahun tak tinggal dengan suami. Macam mana nak cek samada kita dah diceraikan atau belum
BalasPadamBoleh iaitu melalui pemfailan Single Petition dengan alasan-alasan yang khusus. Cuba semak dengan JPN berkenaan status perkahwinan cik.
PadamKalau saya dan suami dah 5 tahun tidak tinggal bersama, dapat kah suami menceraikan saya tanpa pengetahuan dan persetujuan dari saya? Macam mana nak tahu yang saya sudah diceraikan atau belum?
BalasPadamBoleh iaitu melalui pemfailan Single Petition dengan alasan-alasan yang khusus. Cuba semak dengan JPN berkenaan status perkahwinan cik.
Padamsalam saya non muslim,saya seorang isteri,usia perkhawinan baru masuk 3 tahun setengah,khawin tahun 2020,dh ada anak 2 org,tpi saya khawin terpaksa sbp mngdung luar nikah,Walaupun masa tu saya dah cakap dengan suami saya yang saya tak sedia lagi tapi dia beria sgt nak jugak khawin sebap anak yang saya kandung tu anak dia,masa tu covid lg,dia duduk semenanjung saya duduk sabah,memang pjj dari tarikh khawin jpn tu sampai bersalin sampaila umur baby 6 bulan lebih baru dapat duduk serumah sbp dah bgi klongaran pjj boleh flight,hubungan masa tu masih ok,masih bgi nafkah,lpas duduk serumah dengan dia start dah gaduh2 sbp tak kemas rumah,bukan tak kemas rumah tp dah kemas anak bgi sepah blik,dia ni blik kerja hadap fon sja, tolong jga anak,basic2 dalam rumah dia tak buat,lepas saya lahirkan anak kedua,perangai makin teruk walaupun saya dah cuba bercakap dengan dia ,cuba tegur perangai,bukan sekali tegur tp dah berkali kali,siap menipu lgi terutama pasal kewangan,dia berhutang dan hbiskan duit tu dengan main judi,duit tak pernah bgi dah,dia buat mcm kami tiada dalam rumah ni,smpai nak buat susu anak pun dia tak pandai,dia sibuk sangat dengan life dia,walaupun saya ada potongan sbp dia army tpi itu pun rm395 sebulan sja,saya memang takda simpanan sebap potongan tu end up dengan beli keperluan rumah,keperluan anak,bayar bill air&elektrikwaktu khawin tu duit simpanan sya hbis sbp saya tolong dia,masa tu kewangan dia memang tak cukup sbp tu saya tolong dia,kdg saya rasa prkhawinan ni tiada mkna,saya sedih sgt sbp saya dah terima dia dan bhrap dia jd leader yg baik dlm rumah tangga,tp at the end saya dpt mcm ni,pling saya takut klau hutang2 dia tu,waris dia tulis nama saya,kalau ada apa2 saya yg byar nt,sebenarnya saya ,yg saya risau tu,masa depan anak saya,saya dah tak tau nak bt apa,kdg saya rasa saya nak bercerai tpi saya tak sanggup sbp saya buntu sgt,please help me😭😭
BalasPadamRujuk tribunal di JPN dimana perkahwinan Puan didaftarkan. Untuk maklumat lanjut baca disini https://www.norhafeezlaw.com/2022/02/pengecualian-tribunal-perkahwinan.html
Padamjika sudah sah bercerai,berapa lama kah tempoh untuk pasangan boleh berkahwin semula? Maksud saya,bila kah tempoh boleh daftar perkahwinan semula?
BalasPadamSetelah dekri nisi dijadikan mutlak. https://www.norhafeezlaw.com/2021/03/faq-divorce-non-muslim-2021.html
PadamHi jika suami memaksa isteri untuk join petition, disebabkan pihak ketiga, boleh tak isteri buat report polis?
BalasPadamBoleh sekiranya untuk buat cover report.
Padamhttps://www.norhafeezlaw.com/2021/09/cerai-non-muslim-bukan-islam-2022.html
Hello. Mcm mana mau urus perceraian di sabah ya?
BalasPadamUsia perkahwinan 7 tahun. Dua anak.
Kmi tinggl masih menumpang di rmh org tua aku. Aku pula yg merasa serba slh tdk tau mau mula darimna mau bantu suami. Jdi brfikir mau cerai biar dia cari istri baru sbb mslhnya dari diri aku sndiri tdk pandai membantu suami. Aku tdk tahan sentiasa gaduh hal anak. Tdk tau juga ni mau jelaskan mcm mna. Mungkn aku yg tawar hati sda sma sikap suami. Aku dilema mau brtahan atau menyerah sja. Aku rasa aku beban kalau bertahan apa lgi tertekan sama perasaan sndiri smua urusan anak² d rmh aku yg urus. Suami cuma tau mengarah ja. Tpi skrng aku pun sda mula kerja d tmpt suami bekerja. Dia kerja serahan tingkap. Aku pula cuma cleaner pjbt. Ntahlh mungkin mslhnya dari aku sndiri tdk memahami mungkin. Hmm..
Pergi je JPN dan dapatkan borang tribunal. selepas itu, cik dapatkan khidmat daripada peguam yang berdekatan dengan cik. Itu yang terbaik.
Padamhttps://www.norhafeezlaw.com/2020/11/proses-perceraian-bukan-islam.html
mcm kes sy (muslim), suami non muslim revert to muslim sdh tiga tahun dan baru shj bnikah dgn saya. sy bru tahu die masih ad istri (non muslim) dan sudah bcerai scara lisan, tidak melalui mahkamah. skarang status mereka masih suami istri. dan pihak isteri nak buat cerai secara (joint petition). jadi apa yg perlu disdiakan oleh suami dan pihak isteri (non muslim) ? dan brapakah kos yg tersebut? terima kasih.
BalasPadamHubungi peguam pilihan atau hubungi kami di talian 0129797494 untuk persediaan dokumen dan kos
Padamjika suami dia curang tapi dengan sejenis apakah yang perlu saya lakukan? sekarang kami mempunyai cahaya mata, adakah sukar untuk saya meminta penceraian dan mengambil hak penjagaan anak?
BalasPadamrujuk tribunal di JPN terlebih dahulu
PadamHii saya nak tau if dua² pihak bersetuju utk bercerai perlu dapatkan khidmat guaman ke?
BalasPadamya
PadamKalau daftar khawin mahkamah anak negeri di Sabah (non Muslim) lepas tu fail cerai d semenanjung boleh ke? Sbp suami kerja semenanjung,
BalasPadamjika saya tidak mahu bercerai macam mna
BalasPadamBincang penyelesaian di tribunal perkahwinan
PadamSelamat petang. Utk kes saya, suami ajak cerai atas alasan dah takda hati dan saya tanpa berfikir panjang terus menyetujui perkara tersebut. Namun pada sebelah malam tu saya berniat enggan bercerai kerana memikirkan anak kami yg masih kecil. Pada malam tersebut juga saya terdetik untuk check hp dia, dan mengetahui suami saya ada hubungan sulit dengan perempuan lain selama beberapa bulan. Saya merasakan alasan dah takda hati hanyalah alasan semata-mata kerana berdasarkan chat yg saya baca, suami saya dan perempuan tersebut telah merancang untuk hdiup bersama. Boleh tak kalau saya nak tuntut orang ketiga tersebut walaupun kami bersetuju untuk bercerai?
BalasPadamBoleh failkan single petition dengan alasan adultery dan tarik pihak ketiga selama mana ada butir-butir individu tersebut. Tapi perlu bukti yang kukuh
PadamHi, jika suami kita yg buat hal dia ada perempuan lain, tp dia juga yang mau file cerai. Bolehkah kita tuntut suami utk mmbayar nafkah selama 5tahun 2k sebulan, kerna laki sy gaji tinggi, tp kami blm ada ank.
BalasPadamBoleh dituntut, belum tentu dapat.
PadamBlh sya tanya..bagaimana klau istri yang minta tanpa suami???
BalasPadamSekiranya soalan yang cik maksudkan adalah failkan cerai secara sendirian, jawapannya boleh sekiranya syaratnya dipenuhi.
Padamsy dan husband sda bkhawin 8tahun dan mempunyai 2 org ank..selama perkhawinan husband pernah berlaku curang dan kes tbaru curang dan sudah bzina dengan perempuan lain..tapi bukti yang sy ada dihapuskan oleh husband..adakah sy masih blh menuntut penceraian?
BalasPadam2022, wktu tu sy nonmuslim, bpisah ( rujuk tribunal 1x shja tp xdpt kata sepakat) dgn isteri nonmuslim juga. 2023 sy pindh ke smnnjung, dan dh peluk islam and untill now dia masih non muslim. Sy x pernh rujuk jpn dan biarkn shja. Bru² ni sy terima divorce petiton untuk hadir june 2025 di miri. Skiranya sy tak dpt hadir, ( kos pergi balik ke swak) adekah prosiding akn diteruskn sdgkn sy sudh muslim? Adakah sy akn dikenakan tindakan? Mohon pencerahan 🙏
BalasPadamAnda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.