>

KES MAKCIK AZAN - PERINGATAN TENTANG BESARNYA KESAN FITNAH MEDIA SOSIAL

 

KES MAKCIK AZAN - PERINGATAN TENTANG BESARNYA KESAN FITNAH MEDIA SOSIAL.

Di zaman teknologi dewasa ini, maklumat dan kemudahan untuk berkongsi maklumat adalah dihujung jari. Namun, kadangkala di dalam keghairahan kita untuk memuat naik dan berkongsi maklumat, kita turut membuka ruang yang besar untuk diambil tindakan. 

Dengan menggunakan kes Makcik Azan yang baru sahaja viral pada baru-baru ini, kita akan mengkaji apakah langkah-langkah wajar yang perlu kita fahami untuk mengelakkan diri kita daripada di saman kerana didakwa memfitnah melalui media sosial?

1. Media sosial adalah sebahagian daripada kehidupan untuk era teknologi hari ini. Media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram, sebagai contoh, atau perkhidmatan mesej perisian seperti Whatsapp, Telegram atau Wechat memainkan peranan yang sangat penting sebagai platform penyebaran informasi dan maklumat kepada umum.

2. Informasi, samada yang benar atau yang tidak benar, bukan sahaja boleh tersebar dengan mudah bahkan informasi tersebut boleh tersebar dengan sangat cepat dan dengan sangat meluas. Mudah, cepat dan meluas; ramuan yang tidak enak untuk pembelaan terhadap sesuatu kes fitnah.

3. Didalam keghairahan untuk berkongsi maklumat kepada orang lain ini jugalah kita mendapati bahawa ramai di antara kita yang terleka, cuai atau lebih teruk, enggan untuk mengambil langkah untuk berjaga-jaga dari segi mendapatkan pengesahan tentang apa-apa sahaja maklumat yang disebarkan.

4. Hasilnya daripada kelekaan, kecuaian dan kegagalan ini, maka tidak hairanlah bukan sedikit orang awam di heret ke Mahkamah dan dikenakan tindakan undang-undang kerana menyebarkan sesuatu kenyataan fitnah ataupun tuduhan palsu terhadap orang lain.

5. Malah, perkara yang jauh lebih utama yang tidak boleh kita ambil lewa adalah mungkin disebabkan oleh kelekaan, kecuaian dan kegagalan kita itu, reputasi, nama baik, maruah dan kehidupan seseorang yang tidak berdosa boleh musnah dan hancur.

kes makcik azan

6. Masih ingat kes makcik azan baru baru ini? Pada sekitar bulan Mac 2021 yang lalu, satu rakaman video tentang seorang wanita di perkarangan sebuah masjid telah disebarkan dengan cukup meluas melalui media sosial. 

kes makcik azan fitnah
Pelbagai laman memuat naik kisah Makcik Azan tanpa menyelidik kesahihan maklumat dan konteks video tersebut.

7. Ianya dimuat naik oleh individu yang tidak bertanggung jawab, disebar dan ditularkan pula oleh puluhan laman-laman di internet dan juga ribuan individu yang tidak bertanggungjawab di pelbagai platform media sosial dengan tajuk-tajuk yang membawa maksud seolah-olah wanita tersebut meluru kedalam masjid dan menutup sistem pembesar suara masjid kerana bunyi azan yang terlalu kuat.

makcik azan fitnah
Penularan video fitnah dengan tajuk-tajuk provokasi palsu boleh menyebabkan maruah, reputasi dan kehidupan seseorang musnah dengan sekelip mata.

8. Oleh kerana azan adalah suatu isu agama yang cukup-cukup sensitif di Malaysia, maka berbondong-bondonglah netizen mengambil kesempatan untuk menghentam wanita tersebut dengan pelbagai fitnah baru, maki hamun, carutan dan yang lebih teruk, ugutan bunuh.


9. Hanya apabila seorang jiran memberikan penjelasan sebenarnya tentang apa yang berlaku barulah berbondong-bondong laman-laman yang memuatnaik video makcik azan tersebut menurunkan video-video mereka dan meminta maaf.

10. Wanita tersebut? Kerosakan yang berlaku keatas kehidupan beliau sudah tidak boleh diperbaiki. Setiap hari beliau diselubungi paranoia dan ketakutan. Kehidupan sudah tidak normal lagi buat beliau. 

11. beliau boleh mengambil tindakan di Mahkamah dan menuntut ganti rugi dengan amaun ratusan ribu terhadap semua media-media dan individu-individu yang menyebarkan fitnah terhadap beliau, namun adakah kehidupannya akan kembali seperti biasa?

12. Oleh yang demikian, sama-sama kita saling memperingati bahawa mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Cegah diri daripada membuat sebarang kenyataan palsu terhadap seseorang di media sosial. Cegah diri daripada mengulang sebar dan menularkan kenyataan atau informasi berkenaan seseorang tanpa mengetahui kesahihan informasi tersebut.

Hubungi kami di 0129797494 atau menerusi email di norhafeezlaw@gmail.com atau menerusi kotak pertanyaan untuk sebarang maklumat lanjut.

SIRI RENCANA SAMAN MALU

i) Apa itu Saman Malu?

ii) Bagaimanakah cara untuk memfailkan Saman Malu? 

iii) Apakah cara melawan Saman Malu dan apakah pembelaan yang anda ada?

iv) Apa dokumen yang perlu ada untuk mulakan saman malu?

v) Kos peguam Saman Malu?

vi) Pampasan dan gantirugi Saman Malu / Fitnah?

vii) Fitnah media sosial (facebook, twitter, instagram)

makcik azan

0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.