>

KENA SAMAN MALU?

kena saman, kena saman malu, disaman

KENA SAMAN MALU/FITNAH?

Anda kena saman malu? Apa yang perlu anda lakukan sekiranya anda di saman malu atau fitnah?

1. Orang awam sentiasa disarankan agar berhati-hati apabila menularkan apa-apa kenyataan yang bersifat tuduhan kepada seseorang. Walaupun kenyataan itu dirasakan benar dan betul sekalipun.

2. Begitu juga apabila berkomunikasi di media sosial. Masyarakat perlu berwaspada dan mengambil sikap menahan diri (restraint) sebelum membuat sebarang ulasan dan komen. 

3. Lebih-lebih lagi jika komen tersebut merujuk kepada keperibadian dan sahsiah seseorang yang lain.

4. Kenapa? Kerana kadang-kadang tanpa kita sedari, di dalam ghairah kita memberi sokongan kepada sesuatu pihak, kita terjerumus ke dalam situasi fitnah yang boleh menyebabkan kita di heret ke Mahkamah.

#rujukpeguam, rujuk peguam, peguam scam, saman scammer

KENA SAMAN MALU / FITNAH?

5. Apa yang perlu anda lakukan sekiranya anda menerima sesalinan Saman daripada peguam?

6. Sejurus menerima Saman, anda amat-amat disarankan untuk merujuk kepada peguam pilihan anda (atau hubungi kami). Dapatkan pandangan peguam yang berpengalaman.

7. Bawa sesalinan dokumen-dokumen yang anda terima daripada peguam Plaintif (orang yang menyaman anda). 

8. Dokumen-dokumen tersebut kebiasaannya adalah sesalinan surat iringan peguamcara, sesalinan Saman dan sesalinan Pernyataan Tuntutan. Buat salinan dokumen-dokumen ini untuk diserahkan kepada peguamcara anda.

9. Anda turut disarankan supaya jangan berlengah-lengah mendapatkan nasihat daripada peguam yang berpengalaman kerana setiap proses Mahkamah dengan masa-masa yang tertentu.

10. Kegagalan memasukkan kehadiran untuk sesuatu kes didalam masa yang ditetapkan, boleh menyebabkan suatu Penghakiman Interlokutori dikenakan terhadap anda.

11. Kegagalan memfailkan Pembelaan di dalam masa yang ditetapkan juga boleh menyebabkan anda dikenakan Penghakiman.

12. Ini bukan sahaja akan merumitkan keadaan dan memanjangkan masa, malah boleh menyebabkan anda terpaksa membayar kos guaman yang lebih tinggi untuk memohon membatalkan Penghakiman tersebut.

NASIHAT PEGUAM

13. Apakah jenis-jenis nasihat yang boleh anda perolehi daripada peguam anda? Nasihat guaman bergantung kepada pengalaman peguam itu sendiri.

14. Namun secara lazimnya, peguam akan menilai dan memberi pandangan berkenaan dengan kekuatan sesuatu kes terutamanya membuat penilaian tentang kenyataan-kenyataan anda samada ianya adalah fitnah ataupun tidak disisi undang-undang.

15. Peguam juga akan menasihati dari segi had masa dan pembelaan-pembelaan yang wajar digunakan.

16. Selain daripada itu, peguam juga akan memberikan nasihat yang relevan berkenaan tindakan-tindakan yang lanjut mengikut keadaan dan proses kes tersebut di Mahkamah.


kos saman malu fitnah

Kami juga menyediakan Borang Kes yang anda boleh isi untuk mengetahui secara lebih mudah dan cepat samada anda mempunyai kes fitnah atau pun tidak. Klik BORANG KES FITNAH NORHAFEEZLAW

Mencari peguam di Kuala Lumpur? Hubungi kami di 0129797494 (waktu pejabat sahaja - 9.00 pagi hingga 6.00 petang) atau menerusi email di norhafeezlaw@gmail.com atau menerusi kotak pertanyaan untuk sebarang maklumat lanjut.



0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.