>

FITNAH SYARIKAT ATAU PERNIAGAAN

 saman fitnah syarikat


FITNAH SYARIKAT ATAU PERNIAGAAN

Kita seringkali mendengar tentang fitnah terhadap individu namun bagaimana pula tentang fitnah syarikat atau perniagaan? Adakah sebuah syarikat boleh difitnah atau memulakan saman fitnah?

ADAKAH SYARIKAT BOLEH MEMULAKAN TINDAKAN SAMAN MALU / FITNAH?

1. Ya. Sesebuah syarikat atau perniagaan boleh memulakan tindakan saman terhadap orang yang memfitnah perniagaan syarikat tersebut. Undang-undang mengiktiraf sesebuah syarikat sebagai entiti yang berhak menyaman dan di saman. 

2. Namun saman berkenaan dengan fitnah terhadap syarikat atau perniagaan syarikat terrsebut tidak difailkan dibawah kausa tindakan Saman Malu atau Defamation, tetapi kausa yang dikenali sebagai Malicious Falsehood.

3. Jenis syarikat yang boleh menyaman dan juga disaman termasuklah syarikat sendirian berhad, syarikat berhad dan syarikat jenis perkongsian liabiliti terhad. Syarikat-syarikat jenis ini berhak menyaman atau di saman di atas nama syarikat itu sendiri.

SYARIKAT ENTERPRISE BOLEH MENYAMAN?

4. Berlainan pula dengan syarikat jenis milikan tunggal atau yang lebih dikenali sebagai syarikat enterprise, syarikat jenis ini hanya boleh menyaman dan di saman dengan menggunakan nama pemilik berdaftar perniagaan tersebut.

5. Namun sekiranya terdapat fitnah yang disebarkan keatas nama-nama syarikat-syarikat enterprise ini, pemiliknya tetap boleh memfailkan saman malu/fitnah terhadap pemfitnah, walaupun nama pemiliknya tidak dirujuk atau disebut.

ADAKAH SYARIKAT BOLEH DIFITNAH?

6. Adakah syarikat atau sesuatu perniagaan itu boleh dfitnah? Jawapannya adalah ya. Sesebuah syarikat boleh difitnah. Namun syarat-syarat dan beban pembuktian fitnah terhadap sesebuah syarikat adalah berbeza dengan fitnah yang dibuat terhadap individu.

fitnah syarikat

KESAN FITNAH TERHADAP SYARIKAT

7. Pada lazimnya, kesan fitnah terhadap sesebuah syarikat boleh menyebabkan syarikat tersebut mengalami kemerosotan dalam perniagaan, nama baik dan reputasi syarikat tersebut tercemar, malah boleh menyebabkan sesebuah syarikat tersebut lingkup.

REPUTASI DAN NAMA BAIK SYARIKAT

8. Apatah lagi bagi sesebuah syarikat atau perniagaan, reputasi dan nama baik (good will) adalah segala-galanya. Syarikat atau perniagaan yang sudah lama bertapak cukup tuntas di dalam menjaga reputasi dan nama baiknya. 

9. Ini adalah kerana kesan sesuatu fitnah terhadap syarikat atau perniagaan amatlah besar apatah lagi sekiranya fitnah tersebut disebar atau ditularkan dengan meluas.

10. Sebagai contoh, kita boleh lihat baru-baru ini telah tular berkenaan kartel daging haram di media sosial. Terdapat individu yang telah menyebarkan nama-nama syarikat yang kononnya terbabit di dalam kes tersebut.

11. Syarikat Raihanah Cold Storage Sdn Bhd tidak menunggu masa yang lama untuk mengambil tindakan melalui peguamnya terhadap individu tersebut dengan menuntut pampasan sebanyak RM50 juta.

12. Reputasi dan nama baik adalah segala-galanya bagi sebuah syarikat atau perniagaan. Kesan dari sesuatu fitnah yang ditularkan keatas sesebuah syarikat tersebut akan memberikan kesan negatif yang sukar dipulihkan, walaupun tindakan Mahkamah telah diambil.

13. Oleh yang demikian, berhati-hati lah di dalam berkongsi maklumat yang tidak sahih di media sosial kerana implikasi yang boleh dikenakan adalah sangat besar. 

Kami juga menyediakan Borang Kes yang anda boleh isi untuk mengetahui secara lebih mudah dan cepat samada anda mempunyai kes fitnah atau pun tidak. Klik BORANG KES FITNAH NORHAFEEZLAW

_________________________


Penafian: Rencana ini diterbitkan dengan tujuan untuk kesedaran dan pengetahuan umum. Mana-mana bahagian yang terkandung di dalam rencana ini tidak boleh dijadikan panduan untuk memulakan tindakan undang-undang secara sendirian, tanpa terlebih dahulu merujuk kepada seorang peguam yang berpengalaman. 

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan rencana ini atau untuk mengatur sesi konsultasi guaman, anda boleh berhubung dengan mana-mana peguam pilihan anda, atau pun anda boleh menghubungi kami melalui whatsapp dengan menekan imej diatas.

SIRI RENCANA SAMAN MALU

i) Apa itu Saman Malu?

ii) Bagaimanakah cara untuk memfailkan Saman Malu? 

iii) Apakah cara melawan Saman Malu dan apakah pembelaan yang anda ada?

iv) Apa dokumen yang perlu ada untuk mulakan saman malu?

v) Kos peguam Saman Malu?

vi) Pampasan dan gantirugi Saman Malu / Fitnah?

vii) Fitnah media sosial (facebook, twitter, instagram)



2 Pertanyaan & Jawapan

  1. Thanks for inviting me to check out your blog. There's so much information I can gain here.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abam Kie.. it is such an honour, sir, to have you visiting my humble blog. Thank you again sir.

      Padam

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.